Monday, March 31, 2014

Yang Pelik-Pelik jer..

Anjing dipercayai jelmaan hantu ditangkap

Seekor anjing yang dipercayai jelmaan hantu cekik ditangkap oleh penduduk sebuah kampung di wilayah Jawa Tengah.

Lembaga yang bertukar menjadi haiwan itu berjaya ditangkap oleh penduduk Nglengkong, Desa Sayung di sini malam kelmarin dan kini dikurung di pejabat daerah Sayung.

Anjing tersebut kemudian disimpan di dalam sebuah sangkar dan menjadi tumpuan penduduk tempatan.

Akhbar itu tidak menjelaskan bagaimana 'hantu' itu ditangkap tetapi penduduk kampung tersebut percaya ia muncul dalam bentuk hantu cekik.

Penduduk mendakwa hantu itu menjelma semasa musim kemarau apabila banyak tanaman kurang dihasilkan.

Hantu itu dipercayai mencekik mangsa yang berkhayal tetapi ramai tidak mempercayai hantu tersebut menjelma menjadi anjing.

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas