Teori Baru Soal Hilangnya MH370: Pesawat Zombie
Sudah masuk 2 minggu pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang tanpa jejak. Spekulasi masih terus berkembang liar dengan berbagai teori dan cerita baru. Salah satunya yang muncul adalah teori soal "pesawat zombi".
Teori ini pertama kali disampaikan oleh pakar penerbangan Clive Irving di Daily Beast beberapa hari lalu. Dalam teori zombi ini, pesawat mampu terbang dengan sendirinya setelah seluruh orang yang berada di dalamnya -penumpang, pilot dan kru- kehilangan pengsan kerana kehilangan tekanan, ledakan, asap atau gas di dalam kabin.
Situasi ‘pesawat zombi’
Selepas penerbangan MH370 disahkan berakhir di selatan Lautan Hindi, persoalan penting diperkatakan kini ialah mengapa dan bagaimana pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) itu melencong jauh dari laluan asal sebelum menuju ke kawasan dianggap hujung dunia.
Mengulas persoalan itu, pakar penerbangan dalam dan luar negara sependapat ia boleh berlaku disebabkan beberapa kemungkinan, termasuk kerosakan mekanikal pesawat dan rampasan.
Turut tidak ditolak ialah kemungkinan pesawat membawa 239 penumpang dan kru dari Kuala Lumpur ke Beijing itu mengalami situasi kapal terbang hantu atau ‘pesawat zombi.’
Penganalisis penerbangan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pesawat zombi merujuk kepada keadaan semua penumpang dan anak kapal tidak sedarkan diri disebabkan beberapa keadaan tertentu.
Beliau yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Halatuju Program Aeroangkasa Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia berkata, berikutan keadaan itu, pesawat terus terbang tanpa pengendali sehingga kehabisan minyak dan akhirnya terhempas.
No comments:
Post a Comment