Benarkah Highland Towers berhantu?
...Dalam pada itu, dakwaan terbabit disangkal oleh kumpulan lain yang turut aktif melalukan kajian dan penyelidikan berkenaan dengan kewujudan makhluk halus ini.
Pengembaraan Alam Ghaib (PAG Paranormal) cuba merungkai kesahihan kisah misteri disebalik Highland Tower tersebut wujud ataupun sekadar rekaan yang digembar gemburkan banyak pihak.
Menurut jurucakap PAG Paranormal, Azree Jaafar, 33, kawasan tersebut sebelum ini dipenuhi semak samun dan dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang penyeliaan menjadikan kawasan tersebut tidak ubah seperti berlukar.
"Tambahan pula, terdapat dua bangunan usang kosong dan ditinggalkan hampir 20 tahun menampakkan tempat tersebut menjadi suatu tempat yang seram," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Hakikatnya, ujar Azree, sepanjang kajian yang dijalankan PAG Paranormal, tiada sebarang bukti yang boleh mengklasifikasikan tempat terbabit adalah tempat berhantu.
"Mungkin pihak yang mendakwa kawasan yang pernah menjadi sisa runtuhan bangunan itu berhantu hanyalah secara kebetulan ataupun sekadar bualan mulut sahaja.
"Mereka mungkin hanya untuk menakut-nakutkan orang ramai dengan merekayasa cerita untuk lebih menarik dan menyedapkan telinga mendengar," jelasnya.
PAG Paranormal yang ditubuhkan sejak 2009 telah banyak membuat kajian berkenaan dengan alam ghaib menggunakan cara tradisional dan moden.
"Sepanjang kajian, pengalaman yang menyeramkan adalah semasa membuat kajian di Penjara Pudu dan jalan lama Karak, Pahang.
"Kajian tersebut jelas membuktikan bahawa wujud kejadian aneh seperti kedengaran suara perempuan yang mengilai dan menjerit," ceritanya.
Kejadian aneh di Highland Towers pula tidak pernah dirasainya, namun tidak dinafikan bahawa tempat itu turut mempunyai 'penghuni' ekoran dua bangunan yang sudah lama dibiarkan begitu sahaja dan tidak dihuni.
Artikel Penuh: Klik Sini
© Utusan Melayu (M) Bhd 7/12/2013
No comments:
Post a Comment