Monday, December 2, 2013

Langkah pertama: Tempah tempat tinggal 6 bulan lebih awal SEBELUM KE JEPUN

langkah pertama yang korang kena buat kalau nak melancong murah ni adalah berbaik2 dengan pakcik google so korang boleh tempah HOSTEL lebih awal.diulangi HOSTEL bukan HOTEL.why?dengar je perkataan HOSTEL je terus korang tarik diri dari ek?haha...meh sini aku nak gitau HOSTEL kat luar negara tu bukan macam HOSTEL atau MOTEL di MESIA.kat MESIA je yang kotor berdaki cam tak pernah cuci 10 tahun.tapi kalau kat negara yang korang tahu sikap diorang memang kaki pembersih cam JEPUN,KOREA,maybe TAIWAN.korang boleh tempah HOSTEL dengan senang hati.

meh aku cerita pengalaman aku tempah tempat tinggal di HOSTEL.camni.Aku nak gi jepun tapi hotel mahal gila so aku tanya la pakcik GOOGLE sbb aku selalu melawat orang tua cam pakcik GOOGLE ni.so apa jawapannya tempah HOSTEL atau RYOKAN.apa benda RYOKAN tu?senang cerita RYOKAN ni adalah rumah orang jepun yang diubahsuai untuk jadi HOSTEL.aku lebih suka RYOKAN sebab keluarga jepun tu yang akan uruskan kita.so kita akan dapat merasakan kehidupan sebenar orang jepun tu sendiri.panjangnya aku membebel so jom kita pergi step by step camna cara nak tempah HOSTEL ni.please korang aku ingatkan tempah awal2 sebab HOSTEL2 camni macam goreng pisang panas.kejap je dah abis.so rancang betul2.
Bilik air kat hostel aku...kecik!tapi canggih gila...korang tak payahla nak susah payah bawak shampoo or shower gel.sbb diorang mmg dah sediakan.so guna je.lembut je rambut aku bila guna shampoo diorang.best!

tandas dia pun bersih gila.jenis WASHLET...eh tak tau juga washlet tu apa?washlet ni mangkuk tandas yg jenis memancutkan air secara automatik dari mangkuk tandas tu sendiri untuk basuh korang punya ****.so korang tak payahla bawak botol ke apa bagai bila nak basuh korang punya ****.tapi kalau korang rasa korang jenis pakai air banyak cam kawan aku R******L tu,korang boleh la bawak botol air sekali.boleh basuh cuci tahap gaban.

sapa2 yang rasa nak mandi ala2 bath tub boleh la try bilik air fesyen ni.kat hostel selalunya disediakan 2 jenis bilik air berbeza:jenis shower or jenis bath tub.pilihlah mana korang suka.aku main bantai je mana2 pun asalkan bersih dan wangi.
katil dia cam gini ye kawan2.korang pilihla bilik mana yang korang nak.yang jenis 2 katil sebilik ke,4 katil sebilik ke or 6 katil sebilik ke.lagi banyak katil sebilik,lagi murah.aku pilih 6 katil sebilik so sempat la buat kawan dari thailand,hongkong,taiwan,jepun and orang mesia juga.semua jenis katil dia ada privasi camna tu.setiap katil dia ada langsir,so korang boleh la berprivasi sendiri2 ye.rujuk gambar bawah
haa..kan ada langsir camtu.korang tutup je langsir mean korang nakkan privasi.orang lain tak kan kacau punya.ni katil jenis 4 sebilik.aku dengan kawan2 aku (3 orang) tinggal dalam bilik ni 2 malam kat osaka.best gila.
selalunya bilik private kat RYOKAN camnila.tidur tanpa katil.gaya orang jepun.tapi aku suka pakai katil so aku ambik bilik murah.bilik jenis camni selalunya mahal dalam rm 40 berbanding bilik lain,sebab private room japanese style.kalau korang nak merasa gaya orang jepun tido,silakan la tempah awal.
penggunaan komputer percuma untuk 3 jam pertama.3 jam weh...lama tu.sebab tu aku tak pernah kena bayar.haha.lagi satu internet percuma setiap hari tanpa had dah la laju.aku gila happy meng-upload gambar aku ke fb.haha

Untuk pengetahuan korang hostel selalunya 4 tingkat.tingkat ke 3 atau tingkat 1 khas untuk makan dan tengok tv.ni contoh ruang makan kat hostel osaka hana (osaka) yang aku tinggal selesa gila.
pinggan,mangkuk,cawan dan semua bagai FREE USE.

sapa kata HOTEL lagi SELESA.HOTEL ada ke nak sediakan ruangan camni free,dah la semua peralatan elektrik FREE USE.RICE COOKER ke,HAIR DRYER ke,MICRO WAVE ke,atau CEREK air pun free.nak masak pun bleh DAPUR ELAKTRIK FREE.cuma MESIN BASUH BAJU je korang kena bayar dalam 300 yen.aku tetap kata HOSTEL IS THE BEST.

ok jom mula langkah pertama:korang kena tempah bilik dulu guna kredit kad

  1. Tempahan boleh dibuat dengan cara korang masuk laman web ni HOSTELWORLD.COM.kalau korang malas sangat nah link web tu KLIK SINI atau AGODA.COM korang KLIK SINI. aku selalu guna hostelworld ja.
  2. Pastu korang tempahlah cam biasa2...eh tak reti nak tempah...iksh2..nampak sangat jarang ziarah pakcik GOOGLE.tapi tak pe aku akan ajarkan cara nak menempah.korang KLIK SINI.korang mesti ingat nak menmpah ni mesti pakai kredit kad.kalau takde mintak pinjam yang bini punya ke,ayah punya ke or kawan punya.aku pun takde kredit kad so aku pinjam yang kawan punya.kawan aku semua baik2 belaka.thank you Z******H.
  3. pastu korang print la tempahan tu or save je.ingat bawa kertas tempahan tu bila korang nak check in kat hostel nanti.camna cara nak check in kat hostel tu.tak tahu juga.takpe korang KLIK SINI 
  4. dah settle bab penempahan hostel.next korang kena tempah flight.naik je AIR ASIA.kalau ke JEPUN korang akan naik AIR BUS.luas sangat.Cara nak beat harga tiket air asia, korang check je minah ni punya blog dia ada terangkan cara nak beat harga flight air asia KLIK SINI
nak teruskan ke langkah kedua , cara menempah tempat tinggal...korang KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas