Saturday, December 28, 2013

Mesyuarat akhir tahun PAGparanormal (2013)

Salam Sejahtera semua.Selesai sudah mesyuarat akhir tahun bersama krew PAGparanormal pada malam ini iaitu 28 Dis 2013.Salah satu tajuk yang dikemukan pada mesyuarat kali ini ialah `Sesi fotoshot Krew PAGparanormal bagi Season 2014` yang akan dilakukan di sebuah lokasi rahsia di satu daerah yang mempunyai tempat-tempat bersejarah dan `struktur-struktur` tinggal atau lama zaman penjajahan Tentera Jepun dan Inggeris.Selain dari itu kami sempat membincangkan hala tuju PAGparanormal pada season akan datang termasuk untuk meneruskan edisi khas Dark Tour PAGparanormal bersama peminat blogger dan FBian yang telah pun mendaftar nama untuk menjadi `sukarelawan atau pemerhati` disetiap kajian yang dijalankan oleh PAGparanormal Malaysia.InsyaAllah dengan berkat doa dan kesabaran pihak kami akan cuba mewujudkan satu program atau rencana berbentuk genre `dokumentari paranormal` yang berkualiti melalui channel youtube kami.Dengan harapan semuanya berjalan dengan lancar.

Kita koyak logo lama..nampak logo baru didalamnya..
Selamat tinggal Tahun 2013..
(kita buka buku baru dan azam baru)

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas