Seorang lelaki yang meniaga di tebing sungai mencadangkan kami duduk di John's Place bajet hotel. Harganya murah tak sampai RM70 dan masih baru katanya. Kami terus ke sana dan memang pun nampak baru dan aku meninjau biliknya yang sedang dikemas dan memang nampak luas dan bersih. Cuma aku tak berani untuk menginap di situ kerana di bawah hotel itu kedai makannya dipenuhi lelaki yang minum arak. Cara mereka pandang kami pun macam tak pernah jumpa manusia dan kawasan sekitarnya terasa sunyi dan tempatnya tersorok dari laluan jalan utama.
Untuk keselamatan diri kami menginap di Harbour View hotel yang terletak bersebelahan dengan John's Place.
Harbour View Hotel. Gambar songlap dari web rasminya. |
Harga standard room yang paling murah RM155. Harga bilik kami RM166 kerana mengadap sungai dan tiada sarapan pagi untuk harga ini. Aku teruskan saja pro dan kontra bilik ini.
Pro
----
1. Berdekatan dengan Water Front dan kedai-kedai souvenir.
2. Kebiasaan hotel bisnes (Wifi, tv satelit, peti ais mini, pengering rambut)
Kontra
--------
1. Bilik nampak lama dan kecil
2. Katil rapat ke dinding.
3. Jangan terkejut ada bible dalam laci
4. Tak ada seterika (macam ini hotel untuk orang bisnes ?)
5. Saluran paip hendak cuci anu tak ada. Nak tarik paip mandi tak sampai. Terpaksalah guna gelas. Agaknya hotel ni khusus di buat untuk orang barat menginap.
Ini video bilik hotel tu.
No comments:
Post a Comment