Wednesday, December 4, 2013

Kisah Hari Pertama Aku Di Osaka Jepun


aku sampai di kansai airport lebih kurang pukul 10.30 malam (5jam 30 minit perjalanan).cam biasa la turun je dari plane aku dengan kawan aku meluru ke toilet...haha...aku tak suka sangat guna toilet dalam kapal terbang tu.so lepas settle everything dalam toilet baru la aku ambik beg galas aku.mmg beg galas je sbb aku nak betul2 back pack.aku pakai dua beg galas satu yang besar (mountain bag 60 L) satu lagi yang kecik (30L) punya.kawan aku pun sama.kami pergi jepun 4 orang.

 ini la banyaknya barang aku..konon2 nak begpack....troli(yang ada beg koko tu je) tersebut mengandungi beg aku dan beg kawan aku.untuk pengetahuan beg aku semua warna hitam.

so keluar je balai ketibaan apa yang aku buat:

1) Naik tingkat 2 ke JR kaunter untuk beli kad ICOCA DAN HARUKA (4000Y)
2) Cari KANSAI LOUNGE untuk memastikan kedudukan tempat mandi aku esok di tingkat 2 juga.
3) Cari information center kat tingkat 1 untuk beli Kansai Thru pass dan Osaka unlimited pass.
4) Cari Lawson di tingkat 2 untuk beli makanan.

peta tingkat 2 kansai airport KLIK SINI

aku ada terbaca satu blog yang aku tak ingat la blog apa mengatakan ada polis kat Kansai Airport ni asyik menyoal dia semasa dia stay semalam untuk tidur di kansai airport.seriusly aku tak jumpa polis,tapi aku jumpa guard je.cam gambar di bawah:

camni la guard yang aku jumpa.sebab polis yang aku jumpa di kansai airpot(masa hari terakhir) dia pakai baju biasa bukan uniform.

so aku buat apa lepas jumpa guard tersebut,aku berlari kat dia dan cakap (dengan bahasa jepun aku tunggang langgang tahap gaban):


aku:  ano~information kaunter wa doko desuka? malay: kat mana kaunter pertanyaan?
guard laki: infomation kounta ka?hai....(dia kemudian berlari2 anak ke depan board map yang besar dan melutut)
aku dengan kawan aku terkejut sbb dia melutut.pastu dia ambik satu pemplet kansai airport bagi kat aku.korang nak tau kenapa dia melutut?sebab pamplet tu kat bawah.dia tak nak tonggeng2 ambik pamplet tu sbb nampak tak sopan.etika kerja dan postur badan diorang mmg bagus pada pandangan aku.
guard laki: infomation kaunta wa one F,two F ( guard tu try cakap english ok.bukan aku salah eja)
aku: oooo~ada dua rupanya.i want to go to the information counter that sell kansai thru pass.
guard laki: Go to one F kounta..masugu ano eto wa hidari...ermm..turn lefto.malay:Go to one F kounta..pergi straight pastu kona kiri...ermm..turn lefto
aku: arigato..sambil tunduk2.malay: terima kasih..sambil tunduk2 
guard laki: tunduk balik
Guard lelaki tu sangat mesra dan very helpfull....

aku pun pastu gi cari infomation counter tu.cis..tutup la pulak.

tanpa sebarang masalah aku dapat cari lawson,kansai lounge dan JR kaunter.yang pastinya kansai airport ni mcm dua buah bagunan yang disambung dengan beberapa titian.kat dalam kansai airport panas bila nak lintas ke bangunan sebelah je kat area titian tu sejuk.pastu baru jumpa JR kaunter tapi tutup juga.


R*****L: weh..aku nak solat jap,kat mana boleh solat?
aku: ko gi solat je la kat mana2...bukannya orang jepun nak kisah pun.
kawan 1: ada surau tak kat sini?
aku: biar betoi ada,takkan kot?meh aku pi tengok kat board sat
so diorang gi ambil wuduk kat toilet,aku gi tengok kat map board
aku: weh ada..kat tingkat 4.jom cari

kami cari then jumpa.kecik dan selesa.tapi dia siap tulis "dont rest too long in this area" .."if you want to use this place please call the information counter"siap ada tepon sebelah ayat ni. lebih kurang camtu la ayat dia.aku tak ingat sangat.

surau tu mmg best.telekung dengan sejadah mmg bersih sangat.berbau wangi.tak macam surau mesia yang telekung awamnya  masam dan kuning.

siap ada aircon lagi.

nak wat apa aircond kan mmg sejuk gila.weh waktu ni aku masih bodoh dan tak mengetahui bahawa aicond di jepun ada pemanas sekali.BAM!!

nak tau cara cari surau KLIK SINI

so kami tido.lepas bangun tido aku ajak kawan2 aku mandi.just si R*****L je nak mandi.lagi 2 orang sejuk.so aku pergi KANSAI LOUNGE kat tingkat 2 dan try nak ckp jepun kt receptionist.tapi dia pandai cakap english, so aku cakap english je la.harga 500Y....tapi kalau korang tido kat dalam Lounge tu..harga mandi 300Y.
bilik mandi kawan aku no 4

dia bagi aku raga yang ada kunci kat dalamnya then kata "pay after this".aku pun pi la mandi.aku dapat bilik 5 bilik paling besar.kawan aku bilik 4.pastu:

aku: weh camna nak buka lampu ni.aku tak reti guna...apasal canggih sangat (kalau kat hotel mesia kita dapat kad kan,ni aku tak dapat kad pun,tp kat kunci cam ada sebatang kayu camtu, ingatkan key chain)
R*****L: aku pun tak tau...aaaa! lampu bilik air aku menyala automatik weh..haha (dengan happy)
aku: apasal plak lampu aku tak menyala pun.....malangnya...
R*****L: aku nak mandi weh...(tutup pintu bilik)
aku: jangan lagi..tolongla aku..
arghhh nooo..camna nak buat..nak gi tanya counter ke...nanti mesti dia kata aku datang dari tempat ulu mana tah...eh kayu ni apa benda..meh aku try cucuk2 kat suis....JENG--JENG....lampu menyala dan semua alat elektrik bleh guna.nampak sangat aku ni "HULU" gila..sambil gelak2..aku pun mandi dan bersiap.pastu kami bayar dan blah dengan hati yang happy.

Camna nak pergi KANSAI LOUNGE KLIK SINI

untuk pengetahuan korang beg kami,kami tinggal je dalam surau sedangkan takde orang.kawan aku yang lagi dua orang tu dah keluar dari surau pergi beli ICOCA dan HARUKA.aku percaya orang jepun bukan kaki pencuri.tapi aku risau gak,lepas mandi aku terus gi ambik barang.kemudian pergi beli semua pass tersebut.masa nak beli ICOCA DAN HARUKA aku terserempak dengan keluarga berbangsa cina sabah yang sangat mesra...kami sembang2 seketika.dalam hati aku...orang mesia mmg mesra dan baik terutamanya bila kita di perantauan tapi kenapa bila kat dalam mesia kita suka bermusuhan..sbb POLITIK!!!!....berbalik pada cerita aku,aku sangat happy bila dapat beli pass pastu aku terus ajak kawan2 aku naik HARUKA kat sebelah JR kaunter tu je.rujuk gambar.

nak maklumat lanjut pasal PASS dan KAD pengangkutan yang aku guna KLIK SINI

sampai je kat platform.aku bersembang dengan seorang warga belanda.dia nak ke kyoto sebab suami dia tinggal kat sana.dia cakap dia pernah pergi mesia,dia kata KL is very hot but UNIC.tengah sembang2 then \ HARUKA sampai.
train HARUKA

aku apa lagi buat gaya stail MESIA la..aku dah besedia nak meluru masuk.pastu warga belanda tu tahan aku.

Wait!!  they will clean up first.after that we can go in.

dengan malu2 kucing.aku pun tunduk dan menunggu....

pastu berlaku pekara yang mengejutkan aku dan warga belanda tersebut.dari tingkap  kami nampak kerusi dalam train bergerak bepusing dan bertukar kedudukan secara automatik perlahan-lahan.so senang la tukang cuci sapu bawah kerusi sebab kerusi dah "LARI".

warga belanda tu tengok aku dan cakap" JAPAN TECHNOLOGY"

aku: they should share it with other country.

then kami masuk.duduk dengan selesa.buka coklat kinder bueno (coklat tu yang R*****L PUNYA) dan makan..haha..tiba2 kawan aku cakap ada budak kecil jepun yang sangat cute pandang2 kami.ye...mmg sangat cute.aku senyum kat dia...dia usha je aku...pastu mak budak tu baru perasan kami.dia ambik tangan budak tu dan lambai kat kami.kami lambai balik.pastu budak tu renung je kami.aku kata kat kawan aku:

baik kita sambung makan KINDER BUENO ni je.

gambar ni sekadar hiasan.tapi macam ni la keadaan budak tu pandang2 kami.

seronok tengok negara orang dari tingkap train,kejap je rasa, tetiba train dah cakap KYOTO STATION PLEASE..BLA..BLA...aku pun turun sebab dah sampai ke kyoto station...

dua jam aku menulis post ni sedangkan report research aku belum siap..haha..well nak tahu cerita selanjutnya Pengalaman aku di kyoto station dan berbasikal di KYOTO pada hari pertama KLIK SINI

nak ke page sebelum ini KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas