sumber: google |
Wahhh sekejap jer dah ari sabtu kan ? hujung minggu pasti ada yang dah bercuti atau kerja separuh hari, takpun memenuhi jemputan rumah terbuka * ada lagi ker ? :) *. Bagi kaum ibu yang berkerjaya, hanya waktu sebegini lah yang dapat meluang masa kualiti untuk anak-anak dirumah, sedia maklum kan hari bekerja anak2 terpaksa di tinggalkan dengan pengasuh atau pembantu rumah. Tak banyak sikit tumpuan dan perhatian tu kurang skit bila kita keluar bekerja. Tapiiii... cuak tak rasa kalau kita tinggalkan anak kecil yang masih bayi di bawah jagaan pengasuh ?? dan kisah-kisah bayi tersedak susu di rumah pengasuh hingga membawa maut sering kali dipaparkan di akhbar dan tv.
Mungkin ada sesetengah dari kita fikir kenapa dan macam mana si bayi tadi bleh tersedak atau tercekik susu ? Ada banyak sebab benda ni boleh terjadi seperti kedudukan bayi ketika menyusu, size puting susu, dan bayi di biar kan keseorangan walau sedang menyusu ! * dapat plak pengasuh yg xder langsung pengalaman jaga bayi * sape nak bertanggungjawab ? So di bawah deena nak share beberapa tips dan rawatan jika bayi kita tersedak susu atau tercekik. mungkin bleh dijadikan panduan dan dipraktikkan andai dalam keadaan kecemasan insyaallah...
Bagaimana bayi boleh tercekik / tersedak ?
Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu tersebut akan terus mengalir membuatkan bayi akan tersedak dan susu tersebut akan masuk ke saluran pernafasan.
- Sebagai pengasuh atau ibu bapa, amalan meletakkan kain atau bantal untuk menyokong botol susu adalah sangat tidak baik kerana ia boleh meningkatkan risiko insiden yang tidak diingini.
- Apabila tersedak dalam jumlah sedikit berpotensi menyebabkan pneumonia. Ada bayi yang muntah selepas minum susu, jika ini berlaku, cepat-cepatlah angkat bayi tersebut dan pastikan bayi tersebut sedawa setiap kali selepas minum susu.
- Cara terbaik untuk mengelak bayi tersedak atau lemas susu ialah dengan memberi susu badan. Ini kerana apabila menyusu badan, susu hanya akan keluar apabila bayi menyedut sahaja.
Jadi apabila bayi tertidur ketika menyusu badan, susu tidak akan mengalir dan mengurangkan risiko tercekik susu. - Kalau di pusat jagaan anak-anak pula, pastikan jumlah bayi di situ tidak begitu ramai. Lagi sedikit jumlahnya lagi baik kerana pengasuh boleh memberi tumpuan kepada anak asuhannya.
Ini amat penting bagi memastikan tumpuan maksimum dapat diberikan kepada bayi tersebut terutama ketika mereka sedang minum susu dari botol.
Jika bayi tercekik Juga ?
Jangan panik. Bertenang dan perhatikan keadaan. Jika bayi tercekik dan masih boleh menangis, maksudnya bayi tersebut masih boleh bernafas. Kalau tak bernafas? buat CPR
Lepas tu boleh ikut langkah berikut.
Lepas tu boleh ikut langkah berikut.
- Terbalikkan bayi (pusingkan dengan keadaan muka di bawah) dan letakkan pada lengan anda.
- Dengan menggunakan hujung tapak tangan, urut bahagian belakang bayi antara kedua-dua bahu.
- Jika kaedah tersebut gagal, letakkan bayi di pangkuan anda dalam keadaan duduk.
- Letakkan dua jari anda pada tulang dadanya dan satu jari di bawah paras puting susunya.
- Tekankan dada hingga satu ke satu setengah inci dan tekan sebanyak empat kali secepat yang mungkin.
- Pegang bayi anda dengan muka bayi menghadap ke bawah.
Berikut kaedah rawatan bayi dari 0 - 1 tahun :-
Harap dengan adanya tips diatas kita boleh atasi masalah bayi tersedak/tercekik dan tak panik, Anak adalah anugerah dari Allah SWT yang amat bernilai, kasihi dan beri sepenuh kasih sayang, dan perhatian pada mereka...
p/s: sebaik-baiknya beri susu badan, tak hairan lah org dulu-dulu jarang anak tersedak susu..
No comments:
Post a Comment