Thursday, September 22, 2011

Pengguna tidak berpuas hati dengan Facebook

mark zuckerberg
Prasan tak beberapa hari ni 'muka buku ' atau facebook di kemas kini ? gambor  dah jadi besor * tang tu ok la kot bak kata si amy nafeesa, "jerawat pun bleh nampak" heee... * senang keje takyah nak klik lagi kan. Biasa la kan bila tiap kali muka buku ni berubah wajah mula lah kapla suda pusing nak mencari balik fungsi butang yang dah biasa kita guna sebelum tu haa..

Kabornya ada banyak lagi si Mark Zuckerberg ni nak buat pembaharuan, layan kan ajer beb nak beralih ke platform lain tak mungkin kot. orang tua kata bila hati dah terpaut tuh tak kan berpaling lagi dah..

Di Facebook, orang ramai meluahkan ketidakpuasan hati mereka dengan mewujudkan laman bertajuk 'Petisyen untuk menentang tapak web baru Facebook' manakala laman serupa, #NewFacebook turut diwujudkan di Twitter. Sebahagian mereka mengadu bahawa perubahan terbaharu Facebook dibuat untuk meniru pesaingnya, Google+ dan perkhidmatan mesej perkongsian berita di Twitter.

"Ramai yang berasa tidak berpuas hati tetapi tiada seorang pun yang akan berpindah (menggunakan laman jaringan sosial lain)," katanya.

Facebook dijangkakan membuat lebih banyak pengumuman mengenai pembaharuan laman web itu pada persidangan tahunan pembina rangkaian laman sosial di sini hujung minggu ini. Antara spekulasi yang tersebar termasuk pelancaran platform untuk perkhidmatan muzik dalam talian seperti Rdio dan Spotify selain paparan berita daripada agensi-agensi profesional. Persidangan itu diadakan beberapa hari selepas enjin carian Internet Google melancarkan Google+ sebagai saingan terbaru Facebook. -AFP

sumber: kosmo online


p/s: lama dah tak tengok umah lama... myspace  =)

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas