Hari ini diri ini rasa terpukul apabila membaca entri di blog Prof Kamil ... tajuk entri itu "Kenapa Tidak?"
Sememangnya pertanyaan ini seringkali kita ajukan kepada seseorang..tatkala seseorang itu memberitahu kita sesuatu perkara ... seolah-olah kita seperti mahu menjatuhkan airmuka mereka..atau seperti mahu menunjukkan bahawa diri kita lebih tahu, lebih "pandai" dari mereka...atau seolah-olah kita tidak berpuas hati dengan apa yg dilihat/diberitahu kpd kita...
Refleksi diri sendiri... kadang-kala tanpa disedari ...saya juga ada berkata begitu kepada pelajar saya... Kenapa awak jawab begini? kenapa tidak begitu?
Petikan dari blog Prof Kamil,
Sebenarnya jika kita bertanya “kenapa tidak?” maka ia sangat elok ditanya kepada diri sendiri. Kita bertanya, kita jawab dan kita amalkan. InsyaAllah kita menjadi manusia yang lebih baik.
Banyak ketikanya ketika kita bertanya “kenapa tidak” sangat-sangat tidak relevan. Banyak masanya ia tidak pun merupakan suatu pilihan. Berdiam diri lebi baik.
Contohnya: Seorang anak kecil dengan bangganya menunjukkan hasil kerja tangan beliau kepada ibunya. Ibunya pula dengan penuh ekspresi terus memberi komen, " ok... tapi kenapa adik tak buat macam ni? " Bagaimanakah perasaan anak tadi? Ini adalah komen bersifat negatif. Sepatutnya si ibu tadi walaupun tidak berapa setuju dengan anaknya, sepatutnya si ibu memberi komen yang bersifat positif...dengan memberi pujian terlebih dahulu... kemudian baharulah memberi komen. Contohnya, " wahhh..! Cantiknya ! Pandai adik lukis...." ...kemudian baru lah berkata, " tapikann...ibu suka jika adik ......(sudahkan ayat ini mengikut kesuaian anda) "
No comments:
Post a Comment