Alhamdulillah pada minggu lepas, 17hb September kami ke Mersing kerana menghadiri kenduri kahwin anak saudara saya (sebelah suami) ... kami bertolak hari Jumaat, Jumaat cuti 16hb sept ..cuti Hari 1 Malaysia.... bertolak tengahari...singgah di bandar Bukit Mahkota rumah sepupu ada open house Raya... dalam 1;30tghr bertolak ke Mersing...sepanjang jalan hari mendung dan hujan ... kami sampai di Mersing tepat jam 7mlm... abang ipar telah siap sedia menyewakan chalet di tepi pantai utk kami saudara-mara bermalam... chalet bernama CHALET KASSA INN GOLD BEACH, di Sri Pantai, Mersing...
Dah lama tak ke pantai...menikmati suasana pantai Mersing di pagi hari selepas subuh melihat matahari terbit... Subhanallah ...sungguh indah alam ciptaan Allah ini...berdiri di tepi pantai dalam suasana yang nyaman dan sejuk semulajadi (bukan sejuk air-cond!)
Sinaran matahari di pagi hari.....
Sinaran matahari di pagi hari.....
No comments:
Post a Comment