Kali ini, kru Pengembaraan Alam Ghaib yang membuat kajian bersama pasukan PF bergerak ke lokasi terbaru yang dikatakan penuh dengan cerita misteri seperti dikatakan tempat RAJA SEGALA BUNIAN yang menghuni di Gunung Nuang tersebut kami cuba menyingkap fakta-fakta yang diberi oleh rakan-rakan dan teman-teman Fact Finders PF.
Tiba di lokasi, kami seramai 10 kru bersiap dan mula bergerak ke lokasi pertama, Seperti biasa.. A.J (PAG) mula merakam video.. Mazidul Akmal Sidik yang mempunyai pengalaman yang lama dalam bidang wartawan tv terus memulakan kata-kata dengan tanpa menggunakan skrip.
Rahmat XPAR yang berpengalaman dalam bidang paranormal (GAMBAR) terus membawak kru PF ke lokasi pertama.
LOKASI PERTAMA. Kru PF terus menyediakan kelengkapan barang-barang paranormal seperti Video Kamera,motion detector diletakkan di hadapan sebatang pokok tersebut untuk mendapatkan pergerakan ENTITI yang melintas di kawasan tersebut.
Seperti biasa, Atoi (PAG) dengan tugasan yang digalas olehnya memegang Parabolic Recorder yang terus di rekod ke EVP untuk mengesan suara/bunyi Entiti yang ada di kawasan tersebut.
(GAMBAR)Kru yang terlibat pada malam itu Razali,Ashraf Zainon,Zaki dan Boy.
Kelihatan Orb yang berada di belakang Ashraf Zainon.
Seterusnya, kami terus berkumpul ke lokasi ke-2 dengan membawa kelengkapan barang untuk merakam,merekod sesuatu yang menarik di kawasan tersebut. Kami diarahkan oleh Mazidul Akmal Sidik (666) supaya memadamkan kesemua lampu/cahaya yang ada pada ketika itu. Dan seterusnya mazidul terus mencabar seperti mana team paranormal luar negara pernah lakukan.. ini kata-kata Mazidul Akmal Sidik:
"Baiklah, jika kawasan ini dihuni entiti tidak mampu dilihat dek mata kasar, kami meminta kerjasama semua untuk memunculkan diri barang seketika. Kehadiran kami di sini sekadar untuk merakamkan gambar dan audio, itu sahaja dan tidak lebih dari itu. Kami mempercayai kewujudan alam ghaib, justeru kami percaya dunia ini dikongsi bersama. Andai permintaan kami ditunaikan, kami akan meninggalkan tempat ini tepat pada jam 3 pagi kerana kami tidak berhasrat untuk mengancam sesiapa. Jadi muncullah!," kata Mazidul Akmal Sidik.
Satu persatu gambar diambil oleh setiap kru 666 ketika itu.. hasil salah satu gambar dari AzPAG di atas kelihatan Fire Orb yang sedang melintas di kawasan pokok buluh tersebut. (GAMBAR DI ATAS)
Keadaan sangat sunyi ketika itu, Atoi (PAG) terus memerhati sekeliling dan cuba mendengar sesuatu dengan menggunakan Parabolic Recorder.
setelah apa yang diluahkan oleh mazidul akmal sidik selama 30 minit, tiada respon yang berlaku ketika mazidul mencabar entiti tersebut untuk keluar tampilkan diri.
Setelah tepat Jam 3 pagi, kami bingkas bangun dan beredar dari kawasan berhampiran pohon buluh tersebut dan terus berkumpul ke kenderaan masing-masin untu meninggalkan kawasan tersebut dan pulang.
kesemua Kru berkemas untuk pulang.
Terima kasih kepada semua kru kerana sudi untuk bersatu buat kesekian kali.
No comments:
Post a Comment