my peberet... ! |
Hari ni tekak macam-macam nak makan, layan jer resepi kat bawah ni ..
Gulai tompayak udang
bahan-bahan:
~ Udang sekilo
~10 -15 cili api kampung
~ Kunyit hidup ( ibu jari )
~ 5 sudu tempoyak
~ 1 cawan ( ikut suka kalau nak pekat kurangkan)
~ 2 biji bawang merah
~ Daun kunyit (diracik halus)
~ Garam secukup rasa
Caranya:
~ Tumbuk cili api, kunyit hidup, dan bawang hingga lumat.
~ masukkan air, tempoyak, udang, bahan ditumbuk tadi dan daun kunyit
~ masukkan garam angkat dan hidang...
Paprik sotong... peberet en hubby |
Paprik Sotong
Bahan-bahan:
~ Sotong 1/2 kilo
~ Kacang panjang / kacang buncis
~ Halia sebesar ibu jari ( diketuk )
~ 2 tangkai serai ( di ketuk )
~ Lobak merah ( potong bulat )
~ 3 - 5 helai daun limau purut ( di racik halus)
~ 10 tangkai cili kering ( di blender)
~ Cili api ( diketuk- ikut suka letak byk mana )
~ Cili merah (potong memanjang)
~ 1 sudu sos tiram
Caranya:
~ Tumis bawang, cili api, serai dan halia sampai naik bau
~ Masukkan cili kering yg di blender tadi kacau sampai pecah minyak , kemudian masukkan sos tiram dan sotong. ( masukkan air klu nak berkuah)
~ Masukkan lobak, daun limau purut, cili merah, kacang pangjang /kacang buncis ( putik jagung, bunga kobis takde dalam peti ais jadi masak jer apa yang ada ) tutup kuali dalam 10 minit.
~ Akhir sekali campak garam tapi jgn terbanyak lak nak rasa tak leh puasa kan.. ( pas buka bleh adjust heee..)
~ Angkat dan hidang...
sotong goreng tepung... |
Sotong goreng tepung
Bahan-bahan:
~ Sotong ( di potong bulat-bulat )
~ 1/2 cawan tepung gandum
~ 1 sudu tepung jagung
~ 1/2 sudu baking powder
~ Rempah kari ( kalau nak pedas )
~ 1 biji telur ayam.
Caranya:
~ Gaul sotong dengan garam dan lada sulah
~ Pukul telurdan masukkan sotong, ketepikan.
~ Gaul tepung gandum baking powder dan rempah kari.
~ Gaulkan sotong dalam tepung tadi dan goreng.
~ Jangan goreng lama sangat 4-5 minit cukup, takut sotong liat atau keras nanti..
haaa... ni beli di bazar 'lompat tikam' nama nyer.. :) |
p/s: hujung minggu ni dah mula busy buat tempahan biskut raya.... :)
No comments:
Post a Comment