Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Saturday, March 2, 2013

Servis Badan - Urut / Massage

Alhamdulillah, Allah memberi ku sekali lagi peluang dan kesempatan untuk merawat dan memanjakan diri ... 
Makcik tukang urut datang lagi dan selepas 2 bulan, segala urat-urat dalam badan yang tegang dan bersimpul-simpul dapat diurut/massage dan diluruskan agar pengaliran darah dalam badan dapat berjalan dengan lancar ..Apabila pengaliran darah berjalan lancar, maka oksijen juga dapat dibawa ke seluruh badan dengan baik ...Urutan yang baik dapat memperbaiki pernafasan dan pengaliran darah serta  meningkatkan kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Antara kesan emosi adalah meningkatkan perasaan tenang dan mengurangkan stress atau tekanan.

Sejarah Urut
(rujukan: http://panduanwanita.blogspot.com/2007/03/ceria-menawan-urut-rangsang-aliran.html)


TIADA siapa yang tahu asal usul urut kerana terlalu panjang untuk dijejaki. Ukiran pada kubur Mesir purba menunjukkan amalan ini diamalkan secara meluas dalam masyarakat itu.

Perkataan urut atau massage dalam bahasa Inggeris kemungkinan besar diambil dari perkataan Portugis, amasser yang bermaksud, menguli atau meramas, yang digunakan oleh penjajah Perancis di India pada abad ke-18.

Perkataan ini juga mungkin diambil dari bahasa Arab, massa, yang bermaksud menyentuh.

Kehebatan urut dapat dilihat apabila buku perubatan tradisional Cina bertarikh 2,700 tahun Sebelum Masihi menyarankan latihan pernafasan, urutan pada badan serta senaman pada tangan dan kaki sebagai cara merawat lumpuh, kesejukan dan demam.

Di kalangan ahli perubatan Greek dan Roman, urut adalah antara kaedah utama untuk melegakan kesakitan. Maharaja agung Roman, Julius Caesar, dikatakan diurut setiap hari untuk merawat sakit sarafnya.

Di Barat, Pech Henrik Ling (1776-1839) dari Sweden, dianggap sebagai bapa urut moden kerana beliau memodenkan teknik urut berdasarkan fisiologi.

Falsafahnya, tubuh bukan seperti mesin tetapi adalah sesuatu yang hidup dan melambangkan perasaan manusia, memberi kesan besar terhadap teknik urut Barat hingga tekniknya yang dikenali urut Swedish kemudian terkenal di seluruh dunia.

Pada 1895, Persatuan Juru Urut Terlatih ditubuhkan di Britain untuk meningkatkan kualiti bidang ini. Malah pada 1899, St George Hospital di London mempunyai jabatan urut.

Di Asia, urut di India bukan hanya untuk tujuan perubatan. Ukiran erotik di Khajuraho dan Kamasutra menunjukkan teknik urut tertentu boleh mengubah perasaan manusia dengan memberi rangsangan dan ketenangan.

Di China, pelajar bidang perubatan mempelajari dan menduduki peperiksaan dalam bidang urut dan akupuntur serta menduduki peperiksaan yang bertujuan memahirkan mereka untuk merawat pesakit. Peringkat pertama kelayakan, hsiu ts’ai menyemai ijazah pertama pada zaman sekarang.

FAKTA: Jenis Urutan

Anma
Diperkenalkan di Jepun lebih 1,300 tahun lalu. Urut Shiatsu juga berasal dari teknik ini. Teknik ini tidak menggunakan minyak dan sebaliknya berdasarkan pergerakan menguli.

Terapi Bowen
Menggunakan pergerakan mengguling terhadap otot, ligamen dan sendi.

Lomilomi
Berasal dari cara merawat kuno Hawaii

Urut Batu
Menggunakan batu licin sejuk atau panas, kebiasaannya adalah marmar atau basalt. Batu diletakkan di titik tumpuan utama tenaga seperti Chakra untuk meningkatkan pengaliran tenaga.

Urut Swedish
Gaya ini menggunakan urutan panjang dan berterusan, tetapi tidak semestinya menghala ke jantung. Urut ini direka untuk meningkatkan pengaliran darah.

Urut Thai
Asal-usul urut ini adalah berasaskan Ayurveda di India. Tidak menggunakan minyak dan tertumpu kepada regangan dan melonggarkan otot tubuh.

Urut Tai Chi
Urut ini menggunakan prinsip semula jadi Tai Ji, Yin dan Yang, untuk mencapai keseimbangan tenaga tubuh dan mencapai kesihatan tubuh dan semangat.

Urut Shantala
Teknik purba India ini mempunyai ciri berirama dan diberikan kepada bayi dan kanak-kanak. Urut ini diperkenalkan ke Barat oleh pakar perbidanan terkenal Perancis, Dr Frederique Leboyer dalam bukunya `Loving Hands: The Tradisional Art of Baby Message’.

Urut Kulit Kepala
Diamalkan oleh tukang gunting rambut di Hong Kong, yang mengambil masa antara 30-45 minit ketika menguli syampu pada rambut. Urut ini juga biasa dilakukan di India.

Urut Mayan
Diamalkan di Amerika Latin dengan tumpuan di bahagian perut. Bertujuan memperbaiki penghadaman dan bahagian peranakan.

Wednesday, December 5, 2012

Servis badan

Selalunya setiap orang yang mempunyai kenderaan mesti akan mengatur jadual servis kenderaan mereka.  Samada sebulan sekali atau 2 bulan sekali, atau beberapa bulan sekali mengikut keperluan dan penggunaan kereta tersebut...  break mesti di periksa, minyak hitam perlu ditukar,tayar juga mesti diganti jika telah "botak" ...dan lain-lain lagi ...
Tetapi pernahkah kita terfikir untuk men"servis" badan kita sendiri ???
"servis: badan??? 
"Apa tu?" tanya seseorang ..

Jika mengikut umur kita ... sepanjang hidup kita berapa kali kita servis badan kita? 
Jika sekarang umur kita sudah lewat 30an, atau 40an...bermakna sudah 40 tahun lebih segala organ-organ dan jantung kita berkerja tanpa henti ...kalau mesin buatan manusia bekerja tanpa henti sepanjang 40 tahun , mesti sudah jem atau rosak ...bayangkan juga kereta yang kita guna selama 40 tahun tanpa servis? mesti enjin nya sudah rosak dan sebagainya ...

begitu juga badan kita... kita perlu "servis" badan kita secara fizikal dan juga mental (spiritually).
2 minggu lepas saya secara tiba-tiba (entah bgmn kaki saya boleh terpelecuk atau lutut saya tiba-tiba macam "wobbly", sedar-sedar saya sudah tertiarap jatuh ...Alhamdulillah insiden ini berlaku di hadapan rumah, bukan semasa saya sedang shopping ke ...huhu..kalau idak tentu rasa malu yang amat jatuh depan orang ramai ...hehehe
namun kesannya, lutut kiri, bahu kiri dan tulang pipi sebelah kiri rasa sakit dan sengal .. Alhamdulillah tak ada yang patah ... tapi lebab juga lah ...cepat-cepat saya ambil minyak gamat dan urut perlahan-lahan ditempat yang sakit... jadi semalam, saya pun pergilah berurut dengan seorang tukang urut ni.  selepas maghrib rasa mengantuk sangat ... lepas Isya' terus tertidur dengan nyenyak..Alhamdulilah sekali lagi di atas nikmat Allah itu... Alhamdulillah ...pukul 4 pagi saya sudah terjaga...badan rasa sangat segar pagi ini   dan semasa bangun juga tak ada rasa sakit-sakit badan dan tumit kaki seperti biasa ... ringan sangat rasa badan ...agaknya beginilah apabila umur semakin meningkat dewasa, 6 jam waktu tidur sudah mencukupi ... sekarang baru faham kenapa ibu bapa kita dulu selalu bangun awal pagi tanpa rasa mengantuk hingga ke siang nya ...

Banyak juga perkara dapat saya lakukan ... nak solat tahajjud, kita ABC...so duduk saja dan berdoa untuk anak yang akan menduduki subjek SPM terakhir pagi ini ...
selepas itu, jenguk2 dapur dan buat apa yang patut, sambung gosok baju yang tak habis lagi semalam ... dan teman Abi sahur, insyaAllah Abi puasa sunat Khamis dan untuk Wafa' sekali yang sedang periksa SPM.

Alhamdulillah ..syukur ke hadrat Allah SWT kerana memberikan kesihatan yang baik kepada ku dan seisi keluarga ... dan untuk men"servis" badan secara mentally...kita perlulah memperbanyakkan solat, beribadah, berzikir dan membaca ayat-ayat Al-Quran untuk menyucikan terutama nya seketul daging di dalam badan kita ini , iaitu HATI...
 
 Amin

Friday, November 16, 2012

Nikmat Sihat

Assalamu'alaikum wrt wbt para sahabat bloggers sekelian,

Sewaktu menulis ini, baru pulang dari melawat rakan sekerja di hospital. Beliau dimasukkan ke hospital kerana diserang stroke dan umur beliau lebih muda dari saya ...! 

Memang benarlah ...ini semua dugaan dan ujian dari Allah SWT, Allah Yang Maha Berkuasa... apabila Allah hendak menarik balik nikmat sihat yang Allah Kurniakan kepada kita selama ini..., Allah jualah Yang Berhak hendak menarik balik nikmat itu dalam sekelip mata sahaja ...bila-bila masa sahaja yang Allah kehendaki....

Apatah lagi di peringkat umur sebegini...Ya Allah Ya Tuhanku ...'goose bumps' bila mengingatkan tentang itu ...Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunkan lah dosa-dosaku yang telah lalu dan juga yang akan datang, yang besar mahupun yang kecil, yang tidak sengaja mahupun  yang sengaja .. jika telah sampai ajalku, Engkau akhirilah dengan cara yang baik, husnul Khatimah, dan jangan lah pengakhiran hidupku dengan cara yang kurang baik...

Oleh itu bersyukurlah tatkala kita masih diKurniakan nikmat sihat ini ... lakukanlah amal ibadah sebanyak mungkin seolah-olah kita akan mati keesokkan harinya ...sentiasalah bersyukur ..janganlah kita sombong dengan kesihatan yang Allah kurniakan ini ...

Rebut lah 5 perkara sebelum datang 5 perkara 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

“Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara. 
Masa sihat sebelum sakit, 
kaya sebelum miskin,
lapang sebelum sibuk, 
muda sebelum tua dan 
hidup sebelum mati.” 
 (Hadis riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi) 

Tuesday, December 20, 2011

Herba Tradisional Baik

Semua tahukan makanan tradisional Korea adalah kimchi. Kimchi ini adalah sayur yang diperam dengan pes cili. Pernah makan sekali semasa ke Korea dahulu. Memang pedas, tetapi sedap. Mungkin secara kebetulan, tetapi ramai orang Korea memiliki badan yang cantik, dan sangat susah untuk melihat mereka yang gemuk di jalan raya.

Ada yang percaya faktor pemakanan merupakan perkara penting memiliki tubuh yang cantik ini. Ada tiga herba tradisi yang dipercayai boleh membantu menjaga kesihatan badan. 
BAWANG MERAH
Bawang merah dipercayai dapat membantu mengubati diabetes, gangguan pernafasan dan pencernaan. Bawang mengandungi thiosulfinates yang membantu mengurangkan gejala diabetes dan melindungi daripada penyakit jantung. Quercetin, iaitu flavonoid dapat mencegah peradangan alergi dan melindungi daipada radang lambung, kanser kerongkong dan kanser payudara.
Memilih bawang yang lebih pekat adalah lebih baik. bawang yang dimasak sedikit atau diambil mentah juga dikatakan lebih baik supaya thiosulfinates tidak hilang akibat panas.

CILI MERAH
Artikel terdahulu pernah cakap pasal cili ni kan? Boleh membantu melangsingkan badan. Ini mengandungi capsaicin, yang menghasilkan rasa panas dan pedas. Ia dikatakan efektif untuk meredakan sakit otot, rasa tidak nyaman setelah pembedahan dan radang sendi. Ia juga mampu menghalang zat kimia penghantar signal yang menghantar rasa sakit ke otak. Capsaicin juga membantu menghilangkan lemak perut.
Cili merah dikatakan mampu mengawal kadar gula dalam darah. Respondan yang mengambil lebih banyak elemen capsaicin dilaporkan memiliki kadar hormon pengatur gula darah yang lebih tinggi dan kadar hormon lapar yang lebih sedikit berbanding mereka yang kurang mengambil elemen ini.

LEMON BALM
Mampu menghilangkan rasa panik, meningkatkan memori, membantu tidur yang lebih nyenyak dan membantu pencernaan. Ia juga bagus untuk mengatasi gigitan binatang berbisa, menenangkan jantung dan mengikis perasaan sedih. Aromaterapi lemon balm ini mampu mengurangkan kegelisahan pesakit yang menderita akibat demensia.

Jadi, apa akata kita amalkan bersama-sama. Lagi pun, ia mudah untuk didapati kat tempat kita kan?

Monday, November 14, 2011

Kebaikan Air Kosong

Assalamualaikum,

Lama tak berupdate. Sebenarnya kalau dulu kan, susah sangat nak minum air masak atau air kosong time-time masa terluang. Sebab air tu kan takde rasa apa, so rasa tak sedaplah kan. Tetapi, sejak bergelar ibu lebih kurang tiga tahun dulu, sampai sekarang, air masak atau air kosong ni memang dah jadi tabiat. Kat ofis, kalau masa terluang tu, ada je nak minum air. So, memang air masak lah jadi pilihan. Kang minum air manis banyak-banyak, penyakit lain pulak datang.



Sebaik saja bangun, kalau minum air kosong, boleh menghindarkan kita daripada penyakit. Persatuan Perubatan Jepun yang buat kajian ni. Kalau dorang tipu, salahlah fakta ni. Antara penyakit yang boleh dihindari adalah seperti sakit kepala, sistem jantung, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan (agaknya sebab tu orang Jepun tak ramai yang gemuk kot..), batuk kering, asma, bronkitis, buah pinggang, jangkitan urin, muntah, gastrik, kencing manis, penyakit mata, kanser, senggugut, sakit tekak, hidung dan mulut.

KAEDAHNYA:
  1. Minum air lebih kurang 4 x 160ml air sebelum menggosok gigi (sebabnya tidak diketahui)
  2. Gosok gigi dan bersihkan mulut, tetapi jangan makan atau minum selama 45 minit. Bolehlah mandi-mandi, bersiap diri nak pergi kerja.
  3. 15 minit selepas bersarapan, makan tengah hari dan makan malam, jangan mengambil apa-apa makanan atau minuman dalam tempoh masa 2 jam.
  4. Bagi yang menghadapi masalah dalam berusaha minum air 4 gelas sehari (terutamanya yang berusia, menghidap penyakit atau yang tidak mampu), boleh mulakan mengambil air sedikit demi sedikit sehingga mencapai jumlah sepatutnya.
Ini antara kaedah yang dipercayai mampu menghindarkan diri dari pelbagai penyakit. Apa pun, kita hanya berusaha. Yang menentukan sakit atau tidak, hanya Dia yang satu.

admin: Bersama menjalani kehidupan yang sihat.

Sumber:majalah wanita

Monday, October 24, 2011

Kitaran Haid Tidak Teratur

Biasanya bagi wanita yang sudah baligh, kitaran haid biasanya berlaku sekali dalam sebulan. Namun, ada yang luar dari kitaran ini dan ia kurang normal, namun ramai yang mengalaminya.

Kitaran haid yang biasa digunakan oleh doctor ialah 28 hari, namun ia berbeza terhadap setiap individu, yang bervariasi dari 24 hingga 35 hari. Ianya turut berbeza setiap bulan terutamanya beberapa bulan selepas haid pertama.


 Kitaran haid adalah seperti berikut:
  1. Hari pertama: datang haid hari pertama. Sedikit atau banyak berbeza mengikut individu.
  2. Hari kelima – hari ketujuh: kelenjar pituari memerintahkan ovarium untuk melepaskan telur. Dinding uterus akan menebal sebagai persediaan sekiranya terdapat persenyawaan.
  3. Hari ke12- hari ke14: Telur yang sudah berkembang baik akan dilepaskan yang disebut proses ovulasi. Ia akan bergerak melalui tiub fallopio da ke uterus. Ketika ini jika ada persenyawaan, telur akan melekat di dinding uterus. Jika tidak, sel tersebut akan musnah, dan dalam masa dua minggu berikutnya, sel telur itu akan keluar dari uterus bersama-sama dinding uterus.

Kitaran haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya tekanan (stress), perubahan berat badan, pengambilan ubatan, dan juga perubahan hormon. Ada juga berpendapat pengambilan kalori dalam kehidupan seharian turut memberi kesan.

Tanda-tanda haid tidak teratur:
  1. kejang pada punggung dan otot terasa tegang
  2. payudara lebih berat
  3. sakit kepala
  4. adanya jerawat
  5. waktu tidur yang tidak normal
  6. perubahan atau gangguan pada mood
  7. ada bengkakan pada badan
Beberapa individu yang kitaran haid tidak teratur disebabkan oleh pengeluaran banyak hormon androgen, yang meningkatkan penghasilan otot dan rambut pada badan.

Namun jika kitaran ini tidak teratur lebih dari tiga tahun, berjumpalah dengan doktor. Mungkin pil hormone atau pemeriksaan lain boleh dilakukan..


Sumber bacaan:
  1. sini 
  2. dan di sini

Thursday, August 11, 2011

Pelangsing Badan

Assalamualaikum,

Kadang-kadang rasa cemburu kan tengok ada orang yang kurus dan sli jer walaupun anak dah ramai. Beberapa tahun lepas semasa ke Korea, kebanyakan orang Korea ni kurus-kurus je, walau pun dah pangkat makcik.. Tengokla cerita Korea kalau tak percaya..


Kata mereka, satu amalan yang mereka buat ialah makan kimchi, sayur yang diperap bersama cili. Pernah gak try, ok la.. Boleh tahan pedasnya. Pedas itulah yang menjadi amalan setiap hari bagi mereka yang dipercayai mampu mengekalkan bentuk tubuh yang kurus. Mari kita tengok fakta cili sebagai pelangsing badan..


  • Cili selain membuat kita berselera makan (betul tu), ia juga terdapat kandungan capsaicin yang membuatkan cili itu pedas. Bahan ini dikatakan mampu melangsingkan badan.
  • Capsaicin mampu meningkatkan kadar metabolisme badan sehingga 30% selama beberapa jam setelah makan. Ini membantu pembakaran kalori yang lebih cepat dan mampu menguruangkan berat badan
  • Capsaicin juga membuatkan otak memberi maklumat supaya hormon endorphin dikeluarkan, timbul ras apuas dan senang sehingga tidak lagi mahu menambah makanan. (Tapi kalau orang suka makan pedas, lagi bertambah nasi rasanya...)
  • Disarankan memakan lima kali sehari makanan berunsur pedas. Ini bagi mempertahankan kadar metabolisme badan.
  • Bagi yang tidak gemar atau tidak makan makanan pedas, boleh cuba sedikit demi sedikit atau ambil makanan yang kurang pedas. Lama kelamaan badan akan terbiasa dan makan pedas menjadi satu amalan..
Jadi, agak-agaknya menjadi tak kalau selalu makan pedas ni? Tapi berhati-hati supaya perut tidak terkejut dan ada kesan lain pula. Mulakan dengan perlahan-lahan.. Sikit sikit, lama-lama jadi bukit, betul kan? Selamat mencuba.

Wednesday, August 3, 2011

Diet Yang Betul

Wanita dan diet seolah-olah tidak dapat dipisahkan. Namun, ada yang langsung tidak kisah akan hal ini. Bagi yang menitik beratkan diet dalam kehidupan, pasti banyak perkara yang ingin dilakukan bagi mendapatkan berat badan yang dikehendaki.




terima kasih gambar dari herbabest.com

Kadang-kadang kita sanggup berlapar demi memenuhi impian memiliki berat badan pujaan. Sedar atau tidak, sering kali juga kita tersalah langkah dalam berdiet. Mari tengok bersama..
  1. Kita selalu membiarkan perut kita lapar. Sepatutnya ia dihindari kerana dengan membiarkan perut lapar, akan membuatkan kita makan secara berlebihan bila tiba waktu makan seterusnya.
  2. Jangan menghindari makanan dengan harapan kita tidak makan makanan tersebut. Jangan bimbang, makan seperti biasa, cuma mungkin boleh kurangkan kuantitinya.
  3. Jangan berfikir yang bukan-bukan seperti kelihatan buruk atau gemuk jika mengambil makanan tersebut. Ingat semua itu 'mind setting'.
  4. Nikmati makanan ketika kita makan. Kadang-kadang cara ini akan membuatkan kita cepat kenyang, dan cepat juga kita berhenti.
  5. Berhenti jika kita rasa sudah kenyang. Jangan dipaksa menghabiskan makanan tersebut. Jika takut membazir, bungkus untuk waktu makan seterusnya. Yang lebih baik, makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang.
  6. Jangan makan secara tergesa-gesa. Di samping mengalami risiko tercekik, makanan yang dimakan dengan cepat, kemungkinan tidak dihadam sebaiknya.
  7. Sentiasa bersenam, kerana ia sebenarnya adalah cara terbaik jika ingin berdiet.
  8. Hargai tubuh diri sendiri. Sekurus atau sebesar mana pun badan kita, ia adalah diri kita. Jangan membandingkan diri dengan individu yang ternyata lebih baik. Jika masih membuat perbandingan, tidak mengapa, tetapi jangan lupa ikut cara individu tersebut menjaga dirnya.
  9. Jangan ikutkan perasaan ingin makan jika mengalami tekanan. Juga jangan jadikan tekanan sebagai sebab untuk tidak makan. Tak de mood nak makanlah..
  10. Jaga kesihatan. Ambil makanan yang dirasakan perlu dan makanan sihat yang seimbang. Kurangkan makanan yang kurang memberi manfaat dan hindari makanan yang membawa kepada penyakit.
Jika bijak mengendalikan isu makanan, berdiet bukanlah sesusah mana, bahkan ia boleh membawa kepada kebaikan kepada kesihatan diri..
admin: makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.

Thursday, July 21, 2011

10 JANGAN Berkaitan Makan

Selamat bertemu kembali,

JANGAN adalah suatu perkataan yang berbentuk negatif atau menunjukkan sesuatu larangan. Apa 10 perkara yang perlu kita elakkan yang ada kaitan dengan makan? Jom kita tengok..




  1. Jangan MEROKOK selepas makan. Kajian oleh pakar menunjukkan merokok selepas makan adalah bersamaan dengan merokok 10 batang pada waktu biasa. Risiko menghidap kanser juga lebih tinggi.
  2. Jangan MAKAN BUAH sebaik sahaja selesai makan kerana perut akan jadi mengembang. Ambillah satu atau dua jam sebelum makan.
  3. Jangan MINUM TEH selepas makan kerana daun teh ada kandungan asid yang tinggi. Campuran ini menyebabkan protein dalam makanan yang dimakan menjadi keras dan menyukarkan penghadaman.
  4. Jangan LONGGARKAN TALI PINGGANG selepas makan (apatah lagi sebelum makan). Ia akan menyebabkan berlakunya masalah usus (kalau longgarkan sebelum, kadar makan akan bertambah).
  5. Jangan makan BERSULAMKAN AIR kerana ia juga dikatakan mengganggu proses penghadaman. Sebaiknya minum selepas beberapa ketika sesudah selesai makan. Dimaafkan jika tercekik makanan, supaya nyawa dapat diselamatkan..
  6. Jangan makan dengan GELOJOH, kerana kemungkinan besar makanan tidak dikunyah sebaiknya dan risiko tercekik mungkin tinggi. 
  7. Jangan terlalu GHAIRAH BERCAKAP kerana kemungkinan terdapat ruang udara yang terbuka dan risiko untuk makanan 'ter'masuk ke sistem pernafasan. Ini antara sebab berlakunya tersedak makanan. Lagi pun nampak kurang sopan kan.
  8. Jangan MANDI selepas makan. Ia dipercayai akan meningkatkan kadar pengaliran darah pada bahagian tangan, kaki dan tubuh badan selain di perut. Maka, proses penghadaman di perut akan turut terganggu.
  9. Jangan terus BERJALAN selepas makan, walau pun ada yang mengatakan berjalan selepas makan boleh memanjangkan usia hingga ke 99 tahun. Tunggu dan rehat sebentar selepas makan (sekurang-kurangnya setengah jam) sebelum melakukan senaman kaki ini, supaya proses penghadaman tidak terganggu.
  10. Jangan TIDUR selepas makan, kerana proses penghadaman akan terganggu yang menyebabkan makanan sukar diproses dengan sempurna dan boleh menyebabkan berlakunya gangguan gastrointestinal -- sangat terjadi kepada saya jika tidur selepas makan..
Amalkan cara pemakanan yang baik, dengan adab-adab makan yang kita tahu. Kita kan bangsa dan masyarakat yang kaya dengan adab sopan? Marilah kita sama-sama amalkan.

admin: Kalau yang nombor satu tu, tinggalkan terus, bagus juga..

Monday, July 18, 2011

Kebaikan Mandi Panas

Assalamualaikum,


Mandi panas kadang-kala dikaitkan dengan kekeringan kulit yang mungkin berlaku. Namun, di sebalik perkara itu, mandi air panas masih punya kebaikan lain.


  1. Penyelidikan oleh New England Medicine menunjukkan pesakit diabetes yang berendam selama setengah jam di dalam air suam boleh menurunkan 13% kadar gula dalam darah.
  2. Di Jepun, 10 minit berendam dalam air panas mampu memperbaiki kesihatan jantung (terutamanya golongan lelaki).
  3. Rendamkan badan selama 10 hingga 20 minit di dalam air bersama yang mengandungi campuran larutan soda bikarbonat (serbuk penaik) mampu mengatasi ruam atau jangkitan kulit.
  4. Mampu mengeluarkan racun atau toksin apabila mandi air sekitar 32-35 Celsius, dipercayai ia mampu membuka liang atau ruang pada kulit.
  5. Selain menurunkan kadar gula, ia mampu menyembuhkan sakit otot dan menjaga usus besar supaya dapat bekerja dengan baik.
  6. Merendam kaki di dalam air suam atau panas membantu dalam penyembuhan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kaki. Apatah lagi dengan kehadiran minyak mandian atau aroma terapi
  7. Sangat membantu untuk mandi apabila cuaca yang terlalu dingin.
Ada juga yang mengaitkan mandi panas membawa keburukan terutamanya bagi sistem pembiakan lelaki. Oleh itu, jangan merendam terlalu lama dan kurangkan kepanasan air mandian. Apa pun, mandi adalah penting. Ketahui kepentingan mandi di sini

Sumber rujukan: majalah wanita keluaran 1253, November 2007

admin: kata orang, selepas mandi air panas, jangan lupa bilas dengan air dingin atau sejuk, yang dapat meredakan ketegangan dan juga menyempitkan salur darah.. 

Sunday, November 14, 2010

Apa punca sakit?

Semakin banyak mendapat undangan majlis perkahwinan, 
 sebelum ini undangan majlis doa selamat menunaikan fardhu haji, sebelum itu, majlis rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri, minggu depan pula sambutan Hari Raya Haji, diikuti dengan lebih banyak kenduri perkahwinan. 
Ya Allah, bila lah nak diet nih? Mesti itu persoalan yang timbul di fikiran... 
Jadual diet terpaksa ditolak tepi, bila hidangan lazat di depan mata, selalunya kita berkata, " tak apalah, hari ni saja nak makan banyak..., esok boleh diet semula" Masalahnya esok dapat jemputan lagi..makan lagi..habis ditolak tepi rancangan hendak berdiet...

tetapi adakah diet sahaja mencukupi? Apa jenis diet? diet yang bagaimana yang efektif?

Apabila umur meningkat ke lewat 30an dan awal 40an, kita dihadapkan dgn pelbagai masalah kesihatan. Masalah jantung, paru-paru, kolesterol, hati, kencing manis dan lain-lain turut menyerang.

Banyak kajian telah membuktikan bahawa prinsip mengurang berat badan dan mengawal daripada berlakunya pertambahan berat badan bukannya hanya dengan berdiet semata-mata. 

Jangan memaksa badan menjadi kurus, kerana paksaan hanya akan menyebabkan badan kita menjadi letih dan kita akan kecewa jika hasilnya tidak memuaskan hati.
Untuk membakar lemak tubuh kita memerlukan bahanapi iaitu hormon memecah lemak yang cukup. Tubuh juga perlu mengurangkan penyimpanan lemak. 

hurm..saya bukan lah pakar pemakanan atau diet...saya sendiri perlukan berdiet juga kerana kalau mengikut ketinggian saya (yg pendek ini) saya perlu kurangkan berat badan kerana BMI dah masuk area kuning...kira dah masuk area heavyweight lah...eh! heavyweight pulak...Overweight lah.. 

ok..jom diet...

Saturday, November 21, 2009

ULSER MULUT

Salam dan khabar baikkah anda semua? Rasenya dah lama saya tidak update mengenai sebarang info dalam ni.. Apa kata kali ini kita sama-sama mencari info..

Pernahkah anda mengalami ulser mulut? Pastinya pernah sepanjang umur hidup, paling kurang sekali. Anak saya juga pernah mengalami ulser mulut. Kesian tengok.. Malah ada kenalan saya yang anaknya sampai berdarah mulut disebabkan penangan ulser mulut ini. Rasa tidak selesa pastinya hadir, jika ulser mulut ini berada dalam mulut kita.. Mari kita selami dan kenali ulser mulut ini..

ULSER MULUT
  • Dikenali juga sebagai lompangan/lepuh, yang berlaku di dalam mulut. 
  • Berwarna putih, terasa sakit andai tersentuh dengan lidah, gigi atau apa jua makanan.
  • Mempunyai saiz berbeza-beza
  • Akan kembali seperti biasa dalam masa kurang dari tiga minggu (sebaiknya jika lebih dari dua minggu, eloklah berjumpa dengan doktor).
TANDA ULSER MULUT
  • Bulat berwarna putih/ kuning, di kelilingi kawasan berwarna merah.
  • Hilang selera makan
  • Ketidakselesaan 
  • Rasa sakit apabila tersentuh
  • Rasa membakar di dalam mulut 
  • Sukar untuk bertutur
  • Boleh menyebabkan demam
PUNCA/SEBAB TERJADI
  • Kurang jelas, tetapi boleh disebabkan oleh kecederaan kecil seperti tergigit lapisan mulut, atau makanan tajam dan juga air yang terlalu panas.
  • Alahan
  • Kekurangan zat makanan
  • Kurang rehat/ tidur
  • Jangkitan kuman/ bakteria/ virus/ fungus
  • Pengambilan ubat-ubat tertentu (anti-histamine yang menyebabkan mulut kering & steroid yang menurunkan daya tahan sakit)
  • Perubahan hormon
  • Rawatan kemoterapi
  • Rawatan radiasi
  • Stress/ tekanan
TEMPOH
  • hilang sendiri dalam masa 2-3 hari
  • kurang dari 2 minggu
GOLONGAN YANG BERISIKO
  • Sesiapa sahaja tidak mengenal umur, malahan boleh juga menyerang bayi
 
LANGKAH MENGHILANGKAN
  • berehat & dapatkan tidur yang cukup serta berkualiti
  • gunakan cecair antiseptik untuk membersihkan mulut
  • jauhi minuman berasid (minuman berkarbonat)
  • kekalkan amalan kesihatan mulut yang baik
  • kurangkan makanan pedas dan berempah
  • letakkan gel untuk ulser - contoh: bonjela
  • letakkan ketulan ais pada ulser
  • makan makanan yang berkhasiat - utamakan vitamin B12 dan vitamin C
  • makan makanan yang lembut
  • minum air suam / air masak dengan banyak
  • AMALKAN CARA HIDUP YANG SIHAT
PETUA
  1. Cubit sedikit asam keping sebesar jari kelingking dan tekapkan pada ulser selama 2-3 minit. Sedikit pedih, tetapi ulser akan cepat hilang. 
  2. Letak secubit garam pada ulser. Juga sedikit pedih akan terasa.
TINDAKAN JIKA BERPANJANGAN
  • Segera berjumpa doktor andai kata masih berpanjangan selepas 2 minggu - bagi memastikan tiada tanda-tanda pra-kanser mulut/lidah dan tiada lesi kanser
  • Jumpa doktor jika ulser berdarah
Perlu diingatkan, ulser mulut biasa terjadi. Ia tidak berjangkit & merebak. Jika ulser masih tidak sembuh selepas 14 hari, dinasihatkan agar berjumpa doktor untuk rawatan lanjut..

Sekian dulu mengenai ulser mulut ini. Sehingga kita berjumpa lagi di lain entri.. InsyaAllah...



Monday, August 10, 2009

beralih bulan / growth spurts

Salam. apa khabar? lama saya tak updated blog ni dgn info mama. Kali ni saya nak cerita tentang fasa beralih bulan atau bahasa saintifiknya 'growth spurts' (GS). Anak anda mengalami fasa ini? Atau mungkin juga anda tidak menyangkakan perkara ini. Beralih bulan biasanya dianggap mitos atau juga cakap-cakap orang tua. Tetapi beralih bulan ini ada faktanya dalam kajian. Sesetengah bayi akan mengalami mengikut fasa umur tertentu, malah ada yang akan mengalaminya hampir setiap bulan.. (baby saya cmtu la...)..

APA ITU PERALIHAN BULAN?
Beralih bulan (GS) akan terjadi kepada sesetengah bayi. Ada yang akan mengalami demam, batuk, hilang selera makan dan sebagainya. Ada yang terjadi mengikut masa tertentu ( cthnya 7-10 hari, 2-3 minggu, 4-6 minggu, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan dan 9 bulan). Walaupun dikatakan berlaku kepada bayi di bawah 1 tahun, namun kejadian beralih bulan ini masih berlaku kepada bayi yang lebih daripada 1 tahun. Malah tidak keterlaluan andai dikatakan masih berlaku pada mereka di peringkat remaja.

APA TANDA BERLAKUNYA GS?
  1. demam/batuk/selsema
  2. hilang selera makan/muntah
  3. Ada bayi yang jadi lebih aktif atau lebih bersikap 'fussy'
  4. Bayi lebih kerap merengek / manja (anak saya le tu...)
  5. ada bayi yang lebih minum susu.
    ramai ibu menyangkakan bayinya tidak cukup susu, namun ini hanyalah gejala, dan yakinlah susu ibu akan mencukupkan keperluan bayi itu.. (jangan pula diberi makanan tambahan bagi bayi di bawah 6 bulan).
  6. pertumbuhan pesat bayi
    ada bayi yang selepas GS berlalu, akan memperoleh 'skill' baru utk dirinya, spt, merangkak, duduk, berdiri atau berjalan. (pernah terjadi anak kesayanganku boleh buat 3 perkara selepas GS - menjulur, duduk & persediaan berdiri/berpaut...)
JANGKA MASA BERLAKUNYA GS
Berbeza bagi setiap bayi yang mengalaminya, ada hanya 2-3 hari,malah ada juga sehingga 2-3 minggu.

APA YANG BOLEH DIBUAT?
  1. Kaedah orang lama (ni kena tanya atuk/nenek/mak ayah sendiri)
  2. Awasi anak anda lebih dari biasa
    Jika anak anda demam, awasi spy demam tidak berlanjutan/terlalu tinggi suhunya.
    Ada baby lebih aktif, awasi spy aktivitinya tidak memudaratkan dirinya sendiri.
  3. Berikan apa jua makanan yang difikirkan perlu untuk anak anda, jika bayi inginkannya. Lebih baik beri makanan yang disukainya daripada bayi tidak makan langsung..
  4. Bagi bayi berusia kurang dari 6 bulan, jangan risau, tidak perlu menambah makanan tambahan/ susu formula, kerana anda perlu percaya susu anda mencukupi bagi bayi anda.
Inilah sedikit sebanyak info menganai beralih bulan atau 'Growth spurts' ini. Moga info ini berguna buat kita semua.

mote:
  1. Perhatikan perkembangan anak anda, sebagai ibu, anda lebih mengetahuinya.
  2. Beralih bulan memang ada, bukan mitos
  3. Ambillah langkah yang terbaik buat anda dan bayi anda..
Sehingga kita berjumpa lagi. InsyaAllah.. Yang terbaik datang dariNya.

Monday, July 20, 2009

sebiji epal...

epal
Salam.lama sudah tidak saya coretkan di sini.. Hari ni cerita sikit mengenai buah. Buah epal. Dulu masa penulis dalam fasa mengandung, buah ni boleh dikatakan menjadi santapan setiap hari.. Memang sedap rasa masa tu. Alhamdulillah, anak kuar comey je kulitnya.. hahaa.. anak pun suka makan buah sekarang..
Epal dikatakan cukup berkhasiat dan lazat. Itu sudah semestinya (bagi saya la..). Ia dikatakan tidak mempunyai lemak, mengandungi kandungan nutrien dan serat, termasuklah anti-oksidan yang mampu meningkatkan prestasi badan. Ia juga dikatakan dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser, lantas mampu mengurangkan kolesterol darah.

ANTI-OKSIDAN
Zat fitokimia di dalam epal akan berfungsi sebagai anti-oksidan yang melawan kolesterol, yang berpotensi dalam penyumbatan pembuluh darah. Pada masa yang sama, anti-oksidan akan berfungsi meningkatkan kadar kolesterol yang boleh memberi manfaat kepada tubuh badan. Pada tahun 1996, kajian menunjukkan zat fitokimia pada kulit epal dapat mengelakkan pertumbuhan sel kanser usus sebanyak 43%.

MAMPU DIBELI
Ada apa dengan epal ni? Umum mengetahui, epal antara buah luar negara yang masih mampu dibeli oleh masyarakat kita. Malah kanak-kanak juga mengenali apa itu epal. Kalau masa kecik dulu, selalu belajar, A for apple..

MELAWAN KERAPUHAN TULANG & PENYAKIT JANTUNG
Bagi epal hijau, ia dikatakan mampu mempertahankan kadar estrogen pada saat menopouse. Pada saat ini, rembesan hormon estrogen yang berkurangan mampu mengundang penyakit seperti kerapuhan tulang dan penyakit jantung boleh dicegah dengan zat yang terdapat di dalam sebiji buah epal hijau.

MENGHINDARKAN MASALAH PENCERNAAN
Serat di dalam epal mampu mengurangkan masalah pencernaan dan ia dikatakan mampu mengurangkan berat badan. Masalah sembelit dan cirit-birit juga dikatakan mampu diatasi dengan diet epal dalam kehidupan seharian anda.

MENGURANGKAN KEROSAKAN GIGI
Sebiji epal menyumbangkan satu pertiga keperluan vitamin C untuk sehari. Mengunyah epal dikatakan cara terbaik untuk membersihkan dan menyihatkan gigi. Sungguhpun gula buah asli hadir dalam epal, namun pengeluaran amilase (air liur) mampun menolong mengelakkan kerosakan gigi.

MENURUNKAN KADAR KOLESTEROL
Epal juga mengandungi pektin, yang merupakan serat larut, terbukti mampu menurunkan kadar kolesterol di dalam darah. Dalam satu kajian, di dalam epal terdapt D-glucaric yang mampu mengurangkan kolesterol sehingga 35%.

MENYEIMBANGKAN ZAT
Kanak-kanak yang memakan makanan ringan dan kemudiannya memakan epal dikatakan mampu menyeimbangkan kandungan zat dalam tubuh badannya dan mampu mencegah pembentukan lemak dalam badan.

* Anti-oksidan: bahan yang diperlukan tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas ini terhadap sel normal, protein dan lemak. Beberapa jenis anti-oksidan, seperti vitamin, mineral dan fitokimia.

mote:
  1. Buah-buahan adalah antara diet utama, ambil 3 kali sehari.
  2. Buah-buahan tempatan juga banyak khasiatnya, terpulang pada anda dalam memilih jenis diet anda.
  3. untuk memastikan diet anda sihat, jangan lupa mengambil hidangan yang sebaiknya.
Baiklah, sekian dulu untuk kali ini, sehingga berjumpa lagi.. InsyaAllah..

Thursday, June 4, 2009

malaysia belum bebas H1N1..

Semalam, Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa terdapat tiga kes mengenai Influenza A (H1N1) menjadikan lima kes setakat ini. Ketiga-tiga kes baru ini berpunca dari luar negara. Seorang merupakan pelajar yang baru balik dari AS, manakala 2 org lagi, adalah pelancong dari Jerman yang singgah ke Singapura sebelum ke Malaysia. Mereka disahkan menghidapi H1N1 setelah mengalami demam.

Sebelum ini negara dikejutkan dengan 2 kes yang juga melibatkan pelajar di AS. Namun, kesemua pesakit dilaporkan stabil.

Kesemua pesakit yang disahkan merupakan pelajar/pelancong dari luar negara. Saya merasakan sepatutnya pelancong/pelajar ini perlu memberi ruang agar memastikan diri mereka bebas dari influenza ini sebelum pulang/datang ke Malaysia. Kementerian Kesihatan juga mengharapkan agar ditangguhkan dulu kepulangan/kedatangan mereka yang dari negara-negara yang terlibat dengan influenza ini.

Namun, ini semua sudah ditakdirkan. Siapa sangka diri akan mengalami demam disebabkan oleh penularan influenza ini.. Jadi sama-samalah kita mengambil langkah pencegahan sebelum semuanya terlambat. Jadi jika anda di luar sana mengalami simptom2 yang dihebahkan, jangan takut ke klinik, kerana langkah awal mampu menyelamatkan anda , keluarga dan orang ramai. Juga kepada krew-krew serta penumpang bagi pesawat yang terlibat, diharapkan kerjasama semua bagi benar2 memastikan negara kita bebas Influenza A (H1N1) ini.

InsyaAllah, kita jumpa lagi..

Thursday, May 28, 2009

go for cd..

Salam. Apa kabar semua? kali ni saya nak cerita pasal cd..cd yang de lagu tu ker? bukan..bukan.. cd yang saya maksudkan adalah cloth diaper (CD). Apakah itu cd? Berapa kos penggunaan CD? Apa kebaikan menggunakan CD? dan Bagaimana menggunakan & menguruskan CD? Semua ini akan kita sama-sama dalami..

Sebenarnya, saya mengetahui penggunaan cd daripada ratu hati. Ramai kawan2 di situ menyarankan menggunakan cd daripada diapers pakai buang yang terdapat di pasaran. Ketika itu, memandangkan baby kecil saya tidak menggunakan terlalu banyak diapers pakai buang, anak yang tidak mengalami rashes, dan harga diapers itu agak berpatutan, jadi saya tenggelamkan hasrat untuk menggunakan cd kepada baby kecil saya. Pada saya, saya masih mampu untuk membeli diapers pakai buang, apatah lagi lebih mudah - tanpa perlu dicuci..

Namun lama kelamaan, saya sering terfikirkan CD ini. Terfikirkan mengenai diapers pakai buang yang mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk didegredasi - untuk dimusnah & diuraikan. Tambahan pula, baby semakin banyak membuang air, maka semakin banyak juga penggunaan diapers pakai buang ini. Lebih menyakinkan saya untuk menggunakan cd ini, apabila anak kecil saya yang tidak pernah mengalami rashes pada pinggulnya, dengan tiba2 jua muncul dengan agak teruk. Pada saya tentu kerana di tempat pengasuh mereka membiarkan terlalu lama anak saya dengan bahan buangannya.

Ketika itulah saya berbincang dengan suami mengenai CD ini. Kami kemudian mengambil keputusan untuk mencuba CD kepada anak kecil kami. Walaupun permulaan harga yang agak tinggi, namun jika difikirkan, rasa-rasanya berbaloi (nanti saya tunjukkan cara pengiraannya). Kami mula membeli secara online dari satu laman web di Malaysia. Alhamdulillah, tidak perlu menunggu lama, kami berjaya mendapatkan produk CD ini. Jadi, sekarang saya menggunakan kedua-dua jenis diapers (kerana budget terhad; insyaAllah akan menambah bilangan CD nanti...). Sekarang, saya dan suami masih baru dengan CD, dan masih berjinak-jinak dgnnya..
masa mula-mula dapat parcel CD.. kanan, courier CD..kiri, CD warna hijau..

Mari kita lihat maklumat mengenai CD ini....

APA ITU KAIN LAMPIN (CLOTH DIAPERS - CD)?
  • Lampin bayi yang diperbuat daripada kain.
  • boleh dibasuh & diguna semula
  • 2 bahagian;
    1) dipanggil cover - de lapisan luar kalis air dari PUL (polyurethane laminate), bahagian dalam daripada bulu halus (custom micro fleece) spy baby berasa kering.
    2) insert - lapisan untk dimasukkan ke dalam cover, terdiri daripada bebrapa lapisan microfiber dijahit
  • boleh didapati dalam pelbagai warna
KOS PENGGUNAAN:
  1. Cloth Diapers (CD)
    1 pcs - more or less RM 50
    if 20 pcs, kos penggunaan utk 3-4 Tahun = 20 x RM 50
    = RM 1000.00
  2. Disposible Diapers (DD)
    1 pcs (jenama Fitti - yg biasa saya guna) - RM 0.40
    Dengan penggunaan yang betul = 9-12 pcs/day
    If 10 pcs/day, kos utk 4 tahun = 10pcs x RM0.40 x 30 hari x 12 bulan x 4 tahun
    = RM 5760.00
Lihatlah perbezaan harga untuk 4 tahun penggunaan...

KEBAIKAN CD
  1. CD boleh dibasuh & diguna semula
  2. boleh digunakan utk anak ke2, ke3... & selanjutnya (jika anda pandai mguna & mjaga)
  3. boleh mengelakkan rashes (ruam lampin) bagi sesetengah bayi yg kulitnya sensitif.. (banyak contoh di sini) - diamek dari puan penjual..
  4. jimat kos & berbaloi - lihat pengiraan seperti di atas.. oh..ye..itu utk sorang anak.. bayangkan lau ibu-ibu & ayah-ayah de 2 atau 3 anak yg pakai DD...
  5. Selamat - tiada bahan kimia seperti DD
  6. Juga boleh go green the world - 1 keping DD mengambil masa 500 tahun untuk terurai/degredasi - ciannye dunia kite.. Ketahuilah, 50% sampah domestik adalah dari DD
  7. bagus utk potty training - kerana CD akan berasa lebih cepat basah sekiranya buangan anak anda bayk bbanding DD. Jadi anak akan rasa basah & kurang selesa.. So, lebih cepat utk potty training.. (mengikut kajian dari Wall Street Journal - May 2000)
CARA PENGGUNAAN CD
  • 1 insert utk 1 CD sepanjang 3-4 jam (ikut tahap pembuangan anak anda - pee ye (air) bkn poo (najis). utk poo kena tukar setiap kali baby poo).
  • waktu malam - lebih baik masukkan 2 insert (spy anda xperlu bgn malam - lau rase mlas nk bangun)
  • Cara :
  1. basuh/rendam (tanpa sabun) selepas pertama kali mdapat CD (dipanggil prewash)- utk penyerapan max & buang residue semasa manufacturing process (baju baru pun rendam kan....). Ingat, JANGAN guna bahan peluntur. Prewash sebanyak 2/3 kali..
  2. Keringkan
  3. Masukkan insert ke dalam pocket pants
  4. boleh dipakai kepada baby





    CD yang sudah siap outk dipakaikan kepada baby...




    Jika menghantar baby kepada pengasuh:
  5. CD yang terkena pee/poo masukkan ke dalam plastik (xperlu dibasuh/dibasah)
  6. Balik rumah -
    - buang poo yang de,
    - siramkan air pada bekas poo,
    - rendam dalam air basuhan (beberapa jam),
    - boleh dicuci/disental - boleh guna tgn/washing machine (guna laundry bag utk ketahanan)
    - keringkan
  7. Pakaikan kepada baby/ dilipat utk ke nursery...
MAKLUMAT TAMBAHAN
Mitos mengenai CD
  1. mahal - hanya pada awal pembelian, tapi berbaloi utk penggunaannya.. - anda boleh beli secara sedikit demi sedikit..
  2. susah basuh - xperlu basuh setiap hari, ikut penggunaan, boleh basuh dgn washing machine.
  3. mudah bocor - PUL tidak bocor, hanya jika saiz xsesuai dgn baby, pemakaian yang salah & prewash tdk cukup utk CD baru
  4. Bulky - sedikit saje jika dbandingkan dgn DD, tapi nampak lebih selesa kpd baby.. Jika anda diberi pilihan, pakai plastik atau kain, mana satu pilihan anda?
  5. mudah bertahi lalat - material CD sukar bertahi lalat (lalat ber.. ke?..hehe..). lau baby on medication, CD akan kehilatan sedikit kehitaman - akan hilang slpas bbrapa kali cucian
  6. Bekas najis susah hilang - rendam dahulu baru basuh, jemur di bawah matahari, kesan akan hilang..
Bahan dalam Disposable Diapers (DD)
  1. Dioxin :
    Merupakan pencemar alam sekitar, juga didapati dlm bbrapa dairy products, bahan kimia yg berbahaya. Eksperimen ada menunjukkan penggunaan dioxin boleh mberi kesan kepada organ/sistem badan.
    Apabila memasuki badan, dioxin adlah bhan kimia yg stabil & disebabkan kebolehan tisu lemak menyerap dioxin, ianya akan disimpan dalam badan.
    Kestabilan hidup (shelf life) : 7-11 tahun.
    Memberi kesan kepada : kulit jadi luka (chloracne & patchy darkening) pada kulit, ubah fungsi hati, kesan kpda sistem imunisasi, saraf, endokrin & reproduktif. Terbukti kpd haiwan, penyebab beberapa jenis kanser.
    Dalam senarai EPA - dikategorikan sebagai PALING TOKSIK. maklumat lanjut
  2. Tributyl-tin (TBT) :
    Bahan kimia toksik, beri efek negatif kpd manusia, haiwan & alam sekitar
    Kajian pada anjing : sbbkan 'imposex' (female develop to male), boleh sebabkan infertiliti (kemandulan) atau kematian. maklumat lagi
  3. Sodium polyacrylate :
    Bahan kimia, dimasukkan dlm btk serbuk dalam DD
    Super-absorbent
    bila serbuk basah, ia btukar mjadi gel - boleh melekat pada genital bayi, hingga menyebabkan berlakunya tindak balas alergik
    Menyebabkan peradangan kulit, demam, muntah infeksi staph pada bayi
    Jika disuntik pada tikus, boleh berlaku kegagalan kardiovaskular, pendarahan & kematian
    Dilarang penggunaan dalam tampon wanita - nyebabkan Toxic Shock Syndrome klik sini
DD juga dikatakan antara punca penyakit asma (dari kajian ler..)

Jadi, kepada ibu dan ayah di luar sana, apa lagi yang kalian tunggu demi kebaikan anak, kesihatan anak anda, demi kewangan anda & demi alam sekitar?... Jadilah ibu bapa dan pengguna yang bijak.. Saya mesti pilih (tiru iklan Bank Rakyat...).. Sehingga berjumpa lagi..
Salam hormat..

p/s: kepada ibu2 dan ayah2 di luar sana, jika perlukan bantuan penulis utk membeli CD, bolehlah menghubungi penulis ye...

Tuesday, May 12, 2009

cara membasuh tangan dengan betul...

Salam.. Hari ntu de permintaan mengenai virus Influenza A H1N1 yang melanda dunia sekarang nih.. Tapi, lau nak letak info tuh, xcukup masa kot.. Jadi kali nih saya rase saya nak post entry pasal menjaga kebersihan; yang mana boleh mengurangkan risiko menghidap Influenza A H1N1 nih.. Umum mengetahui, dalam tv pun de cakap, basuhlah tangan sekurang2nya 2 kali sehari. Tapi, sebagai orang Islam, bagusnya sebab kita bukan setakat 2 kali, tapi paling kurang 5 kali basuh tangan (masa amek wudhuk).. Kat sini kite lihat cara membasuh tangan dengan betul (tapi nih bukan cara amek wudhuk ye...)

CARA MEMBASUH TANGAN DENGAN BETUL
Basahkan tangan dengan air yang mencukupi. Basuh tangan dengan sabun pencuci tangan.










Gosokkan kedua-dua tapak tangan anda.












Gosok pula setiap jari-jemari dan di setiap celah-celah jari











Gosok pula kuku anda pada tapak tangan. Lakukan pada kedua-dua belah kuku tangan











Gosok pula di kedua-dua belakang tangan anda.













Bilas dengan air yang mencukupi dan bilas sebersih-bersihnya.












Keringkan tangan yang dibasuh tadi dengan tuala bersih atau dengan udara yang kering (kalau ada kat rumah la... selalunya ada di toilet awam atau kedai makanan segera..)Selamat mencuba buat semua. Pastikan amalan menjaga kebersihan seperti membasuh tangan ini menjadi amalan harian kita semua. InsyaAllah, menjaga kebersihan itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan risiko kita dijangkiti penyakit.
Sesungguhnya kebersihan itu sebahagian daripada iman...
Jadikan ia satu amalan...
p/s: tapi dalam amalan kebersihan ini, gunakan air sebaik2nya..

Kredit gambar dari MyHEALTH Portal

Wednesday, April 29, 2009

selsema khinzir

Umumnya mengetahui dunia sekarang dilanda satu lagi penyakit yang tiba-tiba meletus. Dahulu jika penyakit selsema ini datangnya dari burung, namun kali ini selsema ini dikatakan berpunca dari khinzir (atau ba.. - tak sampai hati nak tulis..)

Setakat entry ini dikarang, sebanyak 103 kematian telah dicatatkan di Mexico. Malaysia masih bebas dengan wabak ini, namun langkah berjaga-jaga perlu diambil.
Selsema khinzir (H1N1) pernah dikatakan diramal berlaku pada 1976. Influenza ini dikatakan satu ramalan kerana kerajaan Amerika Syarikat pernah meramal pada 1976 mengenai pandemik ini, namun ia dikatakan tidak wujud. Pada 1976, tentera-tentera AS di Fort Dix, New Jersey didapati sakit akibat satu bentuk selsema khinzir yang luar biasa. Pegawai-pegawai memberikan suntikan vaksin kepada 49 juta rakyat AS tetapi pandemik itu tidak berlaku. Sehingga kini, Mengapa dan bagaimana pandemik itu berhenti dengan sendirinya, masih tidak diketahui.

Lagi info mengenai selsema khinzir; apakah itu selsema khinzir, bagaimana dijangkiti & lain-lain, sila lawati:
http://www.cdc.gov/swineflu/swineflu_you.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/Swine_flu

Saturday, April 18, 2009

kebaikan nutrien

You are what you eat.. Pernah dengar? Apa yang anda makan akan 'menghasilkan' diri anda apabila dewasa kelak. Jika anda mengamalkan pemakanan yang sihat sejak kecil, pasti kesannya dapat dilihat suatu hari nanti. Jadi, mari kita lihat apa kebaikan nutrien pada badan kita.

KARBOHIDRAT
  • membekalkan sumber tenaga yang diserap segera oleh sistem tubuh manusia terutamanya otak dan sistem saraf
  • ditukarkan daripada kanji & gula kepada glukosa dan akhirnya tenaga
  • menyumbang 50% tenaga diperlukan tubuh
  • karbohidrat ringkas tidak mengandungi vitamin dan mineral - gula pasir & sirap
  • karbohidrat kompleks mempunyai serat & penuh nutrien - nasi, mee, ubi, bijirin, kekacang
PROTEIN
  • mempunyai 5 fungsi utama - merangsang pertumbuhan & penggantian tisu otot; membentuk antibodi; mengimbangi kandungan air; memelihara keseimbangan tubuh; membentuk kompaun tubuh yang penting - hormon, enzim & hemoglobin
  • komponen penting otot, organ & kelenjar
  • sumber haiwan: lembu, kambing, ayam, ikan, telur - lengkap & mengandungi asid amino penting yang tidak dihasilkan tubuh
  • sumber sayuran: bijirin, kekacang dan roti - tidak lengkap (kecuali kacang soya)
  • susu ibu adalah protein terbaik untuk si kecil
VITAMIN
  • penting untuk metabolisme & pembinaan & pengawalan fungsi-fungsi sel
  • diperlukan hanya sedikit untuk keperluan harian
  • 2 jenis; larut lemak (A, D, E dan K) & tidak larut lemak (B dan C)
SERAT
  • serat larut (kacang, bijirin, oat barli & pisang) akan menarik air & ditukar kepada bahan yang berbentuk gel semasa penghadaman - proses penghadaman menjadi lambat
  • serat tidal larut (sayur-sayuran, bijirin & produk gandum) menyebabkan najis banyak dan mempercepatkan perjalanan makanan melalui badan seterusnya mengelakkan sembelit
AIR
  • Gabungan hidrogen & oksigen
  • tempat bergantung semua sel dan organ tubuh untuk menjalankan fungsi dengan baik.
  • penting untuk mengawal suhu badan & proses pernafasan

Monday, April 13, 2009

rotavirus

Anda tahu apa itu rotavirus? Kalau ke klinik-klinik swasta, kemungkinan poster mengenai rotavirus boleh didapati.. Rotavirus selalunya boleh mengancam nyawa, terutamanya nyawa si kecil anda.

ROTAVIRUS
Rotavirus adalah sejenis virus yang menyababkan cirit-birit teruk dan muntah atau gastroentiritis akut di kalangan kanak-kanak. Ia mula ditemui kira-kira 26 tahun dahulu di Melbourne, Australia. Ia adalah virus yang sangat mudah dijangkiti. Virus ini boleh kekal selama beberapa jam di atas kulit, bertahan beberapa hari di permukaan keras, dan mampu bertahan selama seminggu dalam najis individu yang dijangkiti. Dianggarkan 40 peratus kanak-kanak di seluruh dunia mengalami cirit-birit dan merupakan pembunuh kedua tertinggi di kalangan kanak-kanak berusia lima tahun selepas pneumonia. Cirit-birit biasanya berlaku selama tiga hingga sembilan hari dan boleh berlanjutan sehingga tiga minggu.


CARA PENYEBARAN

* melalui najis yang mengandungi rotavirus ke mulut,
* air tercemar
* alatan permainan yang disentuh pesakit
* kebersihan yang tidak terjaga

SIMPTOM

* demam
* disusuli muntah
* cirit-birit sehingga berlaku dehidrasi (kekurangan air dalam badan)
* sehingga menyebabkan kekurangan nutrisi,
* kejutan, degupan jantung yang tidak normal
* tekanan darah rendah, penurunan kadar darah - boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang
* kematian

RAWATAN

* TIADA RAWATAN KHUSUS
* menjaga kebersihan
* pengambilan vaksin seawal bayi berusia enam minggu hingga bulan ketujuh

Ambillah langkah pencengahan sebelum si kecil kesayangan anda atau sesiapa sahaja dijangkiti virus ini. Mencegah lebih baik dari merawat.

Sumber dari : Berita Minggu, Ahad, Februari 2009

Gambar Belangkas