Sunday, May 10, 2015

Zam ajak rakyat sertai Dr M doa Najib berundur

Bekas  Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin mengajak umat Islam di Malaysia berdoa bersama-sama Tun Dr Mahathir supaya Tuhan "membuka hati" perdana menteri meletak jawatan.

Dalam tulisan terbarunya di blog beliau, Zainuddin berkata Dr Mahathir kini berada di Makkah untuk menunaikan umrah.


Dr Mahathir, kata Zainuddin, berlepas ke tanah suci semalam.

Zainuddin yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu berkata, Datuk Seri Najib Razak perlu melepaskan jawatan sebagai perdana menteri "bagi menyelamatkan maruah bangsa, agama dan negara."

Beliau yang lebih dikenali dengan nama Zam turut mendakwa mendapat maklumat semua ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno mengakui Najib tidak lagi mendapat sokongan rakyat.

"Terutama dalam parti sendiri," tulisnya.

Zainuddin juga meramalkan kemungkinan anggota MT Umno akan menyatakan pendirian mereka kepada Najib dalam mesyuarat badan itu petang ini. - Mkini

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas