Tuesday, May 26, 2015

Isteri Dipukul Selepas Enggan Beri Tubuh!




Seorang anggota tentera bertindak membelasah isterinya tanpa belas kasihan selepas naik angin apabila didesak untuk memberi sampel spermanya untuk diuji oleh doktor, kejadian di tempat letak kereta Hospital Seberang Jaya kelmarin.

Si isteri merupakan seorang warga Indonesia manakala suaminya merupakan lelaki tempatan. Mereka dalam proses perceraian dan tinggal berasingan sejak beberapa bulan lalu.

Difahamkan, sperma lelaki itu diperlukan untuk membolehkan pasangan terbabit menjalani ujian kesuburan.

Si suami gagal mengawal emosi sebelum bertindak memukul isterinya berkali-kali hingga tersungkur. Mata kiri mangsa lebam, hidung berdarah dan sakit seluruh badan akibat dipukul.

Si suami dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas