Monday, May 4, 2015

Punca Lana Nordin Mempercepatkan Dan Merahsiakan Perkahwinan


SEBELUM ini pelakon seksi Lana Nodin membuat pengumuman dalam satu sidang akhbar mengatakan majlis perkahwinannya kelak akan berlangsung di Hotel Istana namun di saat-saat akhir, pihaknya telah menukar lokasi bagi meraikan hari bahagianya itu.

Ini kerana menerusi sahabat baiknya, Lana telah berjaya mendapatkan tajaan daripada Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan.

Memetik Berita Harian, Lana berkata, “biarpun perubahan ini berlaku pada saat akhir, saya tetap menerima ini semua dengan hati terbuka. Lagipun tajaan ini lebih baik selain lokasi yang strategik. Malah tema perkahwinan moden ala Inggeris juga boleh direalisasikan di sini.”

Lana akan bernikah dengan jejaka kelahiran Amerika Syarikat, Daud McKenzie pada 15 Mei ini.

Menariknya majlis perkahwinan Lana kelak 90 peratus mendapat tajaan daripada pelbagai pihak yang sudi menajanya. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas