Pasang commentluv di blog|Kenapa perlu gunakan commentluv di blog? Sebabnya mudah, aku ingin hargai mereka yang komen di blog aku dengan baca latest entry daripada mereka. Bila aku blogwalking, ada blog yang memperlihatkan entry terbaru daripada blogger yang komen. Ini pada aku, cara untuk blogger menghargai mereka yang sudi komen di blog blogger tersebut.
Aku sangat inginkan hal ini. Kerana aku juga menghargai mereka yang sudi datang dan meninggalkan komen di setiap entry ceritaejoy. Atas sebab itu, aku pasang commentluv di blog ceritaejoy. Supaya aku boleh balas semula kunjungan mereka yang sudi singgah di blog ceritaejoy.
Sebenarnya tak susah pun nak pasang. Pada awalnya nampak macam sukar, tapi kalau kita ikut satu persatu, ianya menjadi sangat mudah. Aku belajar tutorial pasang commentluv di blogspot daripada blog ariffshah. Mula memang tak menjadi, lepas dah cuba banyak kali, barulah ada dan faham. Sebenarnya, di dalam satu-satu tutorial yang dikongsikan di mana-mana blog, rajin-rajinkanlah membaca di ruangan komen. Sebabnya, di ruangan komen terdapat banyak jawapan kepada permasalahan. Kadang-kadang, soalan yang kita nak tanya pun, dah ada orang lain tanya. Jadi, jika ada masalah, cuba baca di ruangan komen.
Aku sebenarnya, mencari-cari juga respon dari mereka yang suka komen di blog ceritaejoy ni, perihal aku pasang commentluv di blog ni. Yelah, takut juga, kalau susah untuk orang komen atau bila aku pasang commentluv ni, orang jadi malas nak komen. Mungkin sebab leceh nak kena isi banyak perkara.
Tujuan aku 1 je, untuk tahu apakah entry paling latest daripada blog mereka yang komen. Ia sebagai tanda penghargaan aku kepada mereka. Jadi, sudi-sudikanlah untuk isi URL blog anda dan biarkan sebentar untuk sistem detect latest entry dari anda. Ya. Sekali lagi, aku ingin ucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi singgah ke blog ceritaejoy. Aku sangat berharap, lepas pasang commentluv di blog ceritaejoy ni, aku akan lebih menghargai *sebelum ni pun aku hargai jugak, tapi ni lebih menghargai, mereka yang sudi singgah dan tinggalkan komen. Terima kasih sekali lagi.

Haffizul Iskandar.
No comments:
Post a Comment