Tuesday, May 12, 2015

Lelongan Lukisan Picasso Catat Rekod Tertinggi Dalam Sejarah


NEW YORK: Lukisan Picasso berjudul 'Women of Algiers' telah mencatat sejarah sebagai lukisan paling mahal yang berjaya dijual secara lelongan apabila seorang pembeli menbidanya pada harga AS$179.3 juta di Rumah Lelongan Christie di sini.

Ia mengambil masa sebelas minit untuk dilelongkan dengan bidaan terakhir menerusi telefon berjaya menghentikan acara itu pada harga AS$179.3 juta.

Sebelum ini lukisan itu dijangka akan dijual pada harga AS$140 juta.

Tidak cukup dengan rekod baru itu, karya seni arca oleh Alberto Giacometti bejudul 'Pointing Man' turut mencatat rekod baru lelongan sebagai karya arca paling mahal yang pernah dilelong iaitu pada harga AS$141.3 juta.

Kedua-dua pembeli misteri itu mahu identiti mereka dirahsiakan.

Lukisan Picasso itu dihasilkan antara tahun 1954-55.

Rekod lelongan sebelum ini disandang oleh hasil karya pelukis British, Francis Bacon berjudul 'Three Studies of Lucian Freud' yang berjaya dijual pada harga bidaan AS$142.4 juta pada tahun 2013 juga di Christie.


Sumber: mstar.com.my

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas