Friday, May 8, 2015
Lana Nodin Terima Tajaan Kahwin RM 2 Juta
Bukan calang calang, majlis perkahwinan pelakon Lana Nodin yang bakal berlangsung pada 15 Mei ini dikhabarkan bernilai RM2 juta dan hampir keseluruhan kos ditanggung oleh penaja. Dalam sidang media semalam, Lana Nodin meluahkan rasa terkejut dengan rezeki yang diterimanya itu.
“Walaupun perancangan dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dalam tempoh hanya sebulan, saya bersyukur dan lega apabila banyak pihak menawarkan penajaan,” ujar Lana Nodin.
BACA: Bakal Bernikah, Lana Nodin Kongsi Gambar Mesra Pra Perkahwinan
Dalam masa yang sama, Lana Nodin turut mengumumkan yang lokasi majlis perkahwinannya ditukar dari Hotel Istana ke Hotel Palace of the Golden Horses di Seri Kembangan selepas lokadi awal sudah ditempah pihak lain pada tarikh tersebut.
Majlis pernikahan Lana Nodin dan David McKienzie akan berlangsung pada 9.30 pagi disusuli dengan majlis persandingan pada 8 malam, hari yang sama. Sehari sebelum itu, Lana Nodin turut mengadakan majlis malam berinai bertemakan Puteri Gunung Ledang.
Selepas perkahwinan mereka selesai, pasangan ini dikhabarkan akan terbang ke Manila, Filipina untuk kem bola tampar yang disertai David McKienzie sebelum ke Amerika Syarikat untuk berbulan madu. Jutaan tahniah kami dahulukan untuk pasangan romantis ini. (rtky/m)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...
No comments:
Post a Comment