Monday, May 11, 2015
(2 GAMBAR) Tempah iPhone 6 Tetapi Dapat .....
Tempah iphone 6, dapat biskut! Itulah nasib yang menimpa seorang pengguna yang bukan sahaja hanya berangan memiliki telefon bimbit tersebut, malah turut berputih mata apabila terpaksa menanggung kerugian RM890.
Menceritakan bagaimana kejadian itu boleh berlaku, mangsa yang mahu dikenal Nor, 40, berkata, pada pertengahan April lalu, dia ada menjalankan urus niaga membeli telefon bimbit jenama iphone 6 terpakai secara online, untuk dihadiahkan kepada anaknya.
“Pada awalnya si penjual meletakkan harga RM2,050, namun dia sendiri secara sukarela hendak memberi diskaun barang tersebut dengan harga RM1,890 sekiranya saya berminat.
“Setelah bertanyakan beberapa soalan bagi meyakinkan saya memandangkan sebelum ini anak pernah tertipu, jadi saya bersetuju kerana si penjual ini pandai berkata-kata seolah-olah sudah memiliki pengalaman yang luas,” katanya kepada Sinar Harian.
Nor berkata, apabila kedua-dua pihak bersetuju, dia telah memasukkan RM300 seperti yang diarahkan kononnya sebagai bayaran tempahan dan bayaran baki perlu dijelaskan apabila barang diterima.
“Namun, semasa barang saya hendak dihantar, si penjual sekali lagi menghantar gambar bungkusan tersebut kononnya barang sudah dipos sebelum meminta saya memasukkan lagi RM590.
“Jadi, saya tanpa berfikir panjang, yang dengan melihat bukti gambar yang dihantar itu, saya terus memasukkan wang seperti yang diminta ke akaunnya,” katanya.
Jelasnya lagi, setelah hampir enam hari menunggu, barang yang dijanjikan pun tiba.
Namun alangkah terkejutnya Nor apabila mendapati di dalam bungkusan itu hanya ada beberapa kepingan biskut yang diletakkan di dalam kotak iphone 6 itu.
“Bagi mengaburi mata kami dan mungkin ingin menyedapkan hati, si penjual telah menggunakan kotak iphone 6, namun isi di dalam kotak tersebut digantikan kepada beberapa kepingan biskut.
“Hanya ALLAH SWT yang tahu perasaan saya ketika melihat kepingan biskut di dalam kotak tersebut, mahalnya nilai biskut ni, RM890,” katanya.
Sebaik menyedari dirinya tertipu, Nor tidak terus melatah dan cuba bertanyakan khabar barang yang ditempah itu kepada si penjual yang memperkenalkan namanya Hafriz dan berasal dari Kangar, Perlis.
“Tapi, sehingga ke saat ini saya masih belum mendapat jawapan yang memuaskan, malah sehingga hari ini, dia masih lagi aktif kerana laman web dan instagram yang digunakan berurus niaga dengan saya masih lagi ada,” katanya.
Demi mempertahankan haknya sebagai pengguna dan memastikan pengguna lain tidak mengalami nasib yang sama dengannya, Nor mengambil keputusan membuat laporan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).-Sinar harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...
No comments:
Post a Comment