Perubahan Mendadak Shera Aiyob Yang Mengejutkan Zahiril Adzim | Pasangan suami isteri berstatus selebriti, Zahiril Adzim dan Shera Aiyob telah hangat menjadi bahan bualan oleh para peminat di laman sosial sejak kebelakangan ini.
Isteri kepada Zahiril Adzim iaitu Shera Aiyob kini sudah mengenakan tudung sepenuhnya selepas kesemua gambar beliau tidak bertudung sudah dipadam di laman sosial.
“Tidaklah, tiada apa berlaku sebelum saya membuat keputusan ini. Tetapi perasaan itu memang ada sudah lama, cuma baru sekarang ia berlaku. Memang saya bersyukur sangat mungkin ini janji yang sudah tertulis yang saya akan mengenakan tudung sekarang,” ujarnya.
Tambah Shera Aiyob, suaminya tidak pernah memaksa dirinya untuk berubah kerana Zahiril Adzim percaya perubahan perlu datang dari diri sendiri.
“Dia tidak ada cakap apa-apa, cuma saya tahu memang dia juga nantikan keadaan ini sudah lama. Mungkin ini doa dia dan saya juga. Kali pertama saya mengenakan tudung ketika keluar rumah dia cuma tanya, betul ke? Bila saya cakap ya, dia hanya senyum,” ujarnya.
Anda mungkin juga meminati:
No comments:
Post a Comment