Monday, June 9, 2014

TIKET KAPAL TERBANG BUSINESS CLASS PERCUMA

Melihat kepada tajuk diatas, sapa tak nak benda free dalam dunia ni kan. Semua orang nak. Cakap ye saja. Lebih-lebih lagi benda mewah! Kali ni, saya nak berkongsi bagaimana kami dapat tiket "free" tu. Hakikatnya, tiket tu tak free atau percuma. Ia hanya tiket pada harga yang amat rendah. Tiket berharga RM0 dan cukai/ surcaj kira-kira RM1800/pax untuk pergi-balik. Oleh sebab nak tiket kelas bisnes punya pasal, bayar je la. 





Kalau nak diikutkan tiket Malaysia Airlines kelas bisnes ke Frankfurt/ Paris sekitar RM11,000.00/pax (berubah ikut masa) untuk pergi-balik tapi alhamdulillah saya berjaya kosongkan ia. Caranya pun mudah dan tak perlu ada banyak kerja tambahan. Cara ni dah popular satu dunia termasuk di Malaysia. Jika diikutkan, ada golongan yang digelar travel hacker yang kerjanya mendapat tiket free utk ke mana-mana destinasi seluruh dunia. Ada yang dapat tiket kelas satu/ suite secara percuma!




BAGAIMANA SAYA DAN SUAMI DAPAT TIKET KAPAL TERBANG PERCUMA KE JERMAN?

Saya dan Suami pergi bercuti di Jerman/Paris pada bulan Mei 2014 lalu. Kami ke sana menaiki kapal terbang MAS dan duduk di kabin Business Class untuk pergi (KUL-FRA) dan balik (CDG-KUL). Kami tak perlu keluarkan duit untuk tiket, cuma bayar tax/surcaj sahaja. Nak tahu cemana kitorang buat? Mari saya share.
Saya ada share pengalaman kami bercuti melancong di Jerman di SINI.

1) KAD KREDIT..

Adakan anda ada kad kredit? Kaedah yang saya gunakan amat berkait rapat dengan kad kredit (KK). Jika anda tidak ada kad kredit atau jenis manusia yang takut hutang/ kad kredit, mungkin agak susah bagi anda. Walau bagaimanapun, tidak perlu takut untuk memiliki dan menggunakan kad kredit. Guna secara berdisiplin dan bayar habis bila sampai masanya, maka tak perlu bayar segala denda dan faedah yang berlipat ganda tu.

2) ENRICH MILES..
Dengan kad kredit, saya kumpulkan "points" atau mata ganjaran yang boleh ditukar kepada Enrich miles. Ada juga KK yang dapat ditukar ke KrisFlyer (Singapore Airlines), BIGpoints (AirAsia) dan yang seangkatan dengannya. Apabila cukup Enrich Miles, kami tebus tiket penerbangan melalui Enrich website. Sungguh mudah. Tidak perlu berbelanja lebih. (Note : perlu ada nombor ahli Enrich untuk tukarkan points kepada Enrich Miles).

MACAMANA KITORANG BUAT?
KK yang kami gunakan ialah CIMB Enrich dan Maybankard. Pada pendapat kami, KK lain yang sesuai ialah Citibank PremierMiles dan StanChart WorldMiles. Mari kita lihat contoh bagaimana mendapat mata ini seperti dibawah. Contoh ini menggunakan CIMB Platinum dan Maybank Infinite/ Amex Reserve. Setiap kad ini mempunyai kelebihan lain masing-masing, tapi, kami amat berminat untuk mata Enrich.


2x mata
5x mata
1x mata
Guna
RM
Visa Infinite
Amex Reserve
CIMB Enrich
1000
2000
5000
1000
Faktor penukaran
4500
4500
4000
Enrich
444.4
1111.1
250.0
RM/ Enrich
RM2.25
RM0.90
RM4.00

Jadi, kesimpulannya, dengan menggunakan KK diatas, kami mendapat mata Enrich secara "percuma". Gunakan RM1,000.00, kita boleh dapat Enrich seperti jumlah tertera. Sudah tentu kad terbaik ialah Amex Reserve (juga terpakai untuk Amex lain seperti Maybank 2 Cards Gold/ Platinum). RM/ Enrich menunjukkan berapa ringgit diperlukan untuk mendapat mata Enrich dan KK Amex terbukti juara!



Kami hanya perlu bayar perbelanjaan seharian menggunakan KK sahaja. Maka, setiap masa kami akan gunakan KK. Pilihan pertama tentulah Amex, kemudian Infinite dan kemudian baru kad-kad lain. Setiap aktiviti dari membeli-belah, petrol, makan, bercuti, tiket, hotel, bil-bil, cukai taksiran, deposit kereta dan lain-lain lagi kami gunakan KK. Tunai hanya digunakan jika terpaksa. Tidak dapat tidak, kita mesti perlu bayar setiap benda diatas bukan. Jadi, daripada pembayaran itu hanya menjadi satu bayaran semata-mata, lebih baik manfaatkannya untuk mendapat tiket FREE!



Kemudian, tiba masanya kami membeli tiket! Pada masa tiket ini dibeli (Dec 2013), MAS memberi diskaun 50% Enrich Miles untuk redeem tiket kapal terbang. Hanya 27,500/pax sehala Enrich Miles diperlukan untuk tiket kelas bisnes sehala ke Frankfurt (jumlah biasa dalam 47,000), maka hanya 110,000 Enrich Miles diperlukan utk kami berdua untuk penerbangan pergi dan balik. Kami balik melalui Paris kerana ia untuk sektor yang sama.


Ticket redemption for Paris-Kuala Lumpur on MAS Business Class


Saya mempunyai 27,500 mata dan suami menyumbang baki 82,500 mata. Impian kini menjadi kenyataan! Kabin D ini ada pada ranking yang rendah tapi apa nak dikisahkan, layanannya sama sahaja. Kita boleh minta apa saja kepada pramugari/ pramugara, semua boleh dapat. Bezanya, kami tidak dapat memilih makan sebelum penerbangan. Itu sahaja yang kami rasakan.





Jadi berdasarkan 110,000 mata diatas, berapakah jumlah penggunaan yang diperlukan? Berdasarkan jadual tadi (RM/ Enrich), secara kasar pengunaan adalah seperti berikut:


Enrich Miles
Visa Infinite
Amex Reserve
CIMB Enrich
    27,500
RM61,875.00
RM24,750.00
RM110,000.00
   110,000
RM247,500.00
RM99,000.00
RM440,000.00


Jadual menunjukkan jumlah maksimum yang perlu dibelanjakan untuk mendapatkan 2 tiket pergi-balik ke Eropah. Saya ulang 'jumlah maksimum', sebab ada banyak cara untuk mendapatkan extra KK points atau Enrich Miles tanpa banyak berbelanja. Pertama, watch-out for promotions. Enrich selalu buat promosi 'double/triple enrich points', 'convert KK points now to get extra 10-20% Enrich Miles', etc. KK pon selalu buat promosi juga. Pastikan kita follow mereka di facebook dan register untuk dapat notifikasi email promosi mereka dari semasa ke semasa.

Kami ada sedikit baki asal mata Enrich lebihan tahun2 sebelumnya, jadi jumlah penggunaan kami tidaklah seperti didalam jadual. Tetapi jumlah ini adalah tidak mustahil jika kita menggunakan KK selagi boleh! Lebih baik dapat mata daripada tiada apa-apa. Kami juga menukar ke Enrich Miles ketika Maybank membuat tawaran 15% bonus jika penukaran memberi 20,000 Enrich, 10% jika tidak. Kami hanya dapat 10% bonud bagaimanapun! Bayangkan jika dapat 20,000 Enrich Miles tambah 3000 bonus Enrich miles percuma!

Jom kita buat gambaran perbandingan dengan "cashback" KK, setiap kad memberi "cashback" seperti berikut:


Kami juga menukar mata ke Enrich ketika Maybank membuat tawaran - 15% bonus Enrich jika penukaran memberi 20,000 Enrich, 10% jika tidak.Kami hanya dapat 10% bonus bagaimanapun! Bayangkan jika dapat 20,000 Enrich tambah 3000 bonus Enrich!





Untuk memberi gambaran perbandingan dengan "cashback" KK, setiap kad memberi "cashback" seperti berikut:
 




Infinite

Amex

CIMB

Cashback tambang tinggi

17.78%

44.44%

10.00%

Cashback tambang rendah

11.96%

29.90%

6.73%



Kad Amex terus menjadi juara dengan 44.4% cashback. Bermakna kita berbelanja RM24,750 dan Maybank pulangkan RM11,000 kepada kita. Penggunaan kami adalah bercampur, maka "cashback" tidaklah setinggi ini.
 

Jika nak jadi konservatif, pada masa biasa, anggaran 47,000 Enrich untuk sehala, "cashback" agak rendah tetapi masih berbaloi.
 




Infinite

Amex

CIMB

Cashback tambang tinggi

10.40%

26.00%

5.85%

Cashback tambang rendah

7.00%

17.49%

3.94%


Kalau anda nak tau lebih lagi, kenalah bayar dulu…haha!
 

Satu lagi yang ingin saya tekankan ialah bergabung tenagalah dengan suami/isteri untuk menggunakan kad kredit yang sama untuk mencapai jumlah penggunaan yang diingini. Untuk pengetahuan, suami adalah pemegang kad utama (principal) manakala saya adalah pemegang kad supplementary.

TIPS PENGGUNAAN KAD KREDIT

Jadi, saya berikan sedikit tips penggunaan kad kredit:

Pilih kad yang "membayar"  kita jika kita menggunakannya. Ia boleh dalam bentuk "cashback", mata atau apa saja yang bernilai bagi kita.
  1. Sebaik mungkin, elakkan yuran tahunan. Jika tidak, pastikan, ia boleh dikecualikan seperti syarat penggunaan minimum. Jika tidak boleh juga, biasanya, kita boleh merayu untuk mengecualikannya.
  2. Bayar jumlah penyata sebelum "due date". Elakkan bayaran minimum jika tidak mahu bayar faedah. Saya selalu setkan bayaran automatik sebelum 2 atau 3 hari sebelum "due date".
  3. Dapatkan kad tambahan (supplementary) utk beberapa orang jika perlu untuk memaksimumkan jumlah mata dan memastikan penggunaan minimum dicapai. Cuma, pastikan had kredit bagi setiap kad dan setkan supaya pemilik kad bayar sendiri. Tanggungjawab akhir tetap pada pemegang utama, jadi, pandai-pandailah memilih pemilik kad tambahan.
  4. Berdisiplin.

ANTARA KAD KREDIT YANG KAMI BIASA :
Kad Petronas/ Ikhwan Petronas 
  • 5x untuk minyak dan barangan kedai Mesra Petronas pada hari biasa dan 8x untuk hari minggu
  • 5x utk barang runcit (groceries) pada hari biasa dan 8x utk hari minggu
  • 7000 mata ke 1000 Enrich
  • Free For life/ percuma sepanjang hayat

Amex Reserve
  • 5x utk semua barang/ pembelian kecuali bayaran kerajaan dan insuran.
  • 5x untuk penggunaan di luar negara
  • RM800 setahun

Visa Infinite
  • 2x utk semua barang/ pembelian
  • 5x untuk penggunaan di luar negara
  • RM800 setahun
  • Boleh memohon priority pass untuk 5x kemasukan percuma ke Lounge kepada pemegang kad utama sahaja.

CIMB Enrich:
  • Mata terus ke Enrich
  • Pembelian tiket online di laman web MAS memberikan 100% mata Enrich. E.g. Jika beli tiket pada harga RM10,000, maka, kita dapat 10,000 mata Enrich disamping mata Enrich daripada miles.
  • Beli 1 percuma 1 untuk Kelas Bisnes dan Satu, atas promosi.

Faedah-faedah lain penggunaan kad kredit seperti hotel, golf, dining juga ada pada kad diatas.



Nak tahu bagaimana saya mengumpul Enrich Miles dengan pantas tanpa perlu terbang dan beli tiket kapal terbang? Jom baca di sini.

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas