Georgetown: Seramai 121 jemaah umrah yang terkandas di Madinah sejak 1 Jun lalu, akan dibawa pulang ke Malaysia dengan bantuan Biro Kebajikan UMNO.
Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata jemaah itu akan dibawa pulang hari ini menaiki penerbangan Flynas dari Jeddah pada jam 10 malam waktu tempatan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), jam 12.30 tengah hari, esok.
“Semua jemaah ini sepatutnya pulang ke Malaysia pada 1 Jun lalu mengikut jadual perjalanan umrah mereka yang bermula 21 Mei.
“Mereka terkandas disebabkan kegagalan agensi yang menguruskan penerbangan pulang jemaah terbabit,” katanya pada sidang media di pejabat Tabung Haji di sini, semalam.
Tak tahu pakej sehala
Abdul Azeez berkata, syarikat yang bertanggungjawab membawa jemaah itu difahamkan menawarkan harga pakej serendah RM3,999 kepada 268 jemaah. - Berita Harian
No comments:
Post a Comment