Wednesday, June 18, 2014

PENGAMAL SIHIR `NODAI` 100 KUBUR

Kejadian ini berlaku di daerah TEMERLOH PAHANG. Tindakan mengambil tanah kubur di Kampung Jawi-Jawi, Pelangai, Bentong, Rabu lalu, dipercayai ada kaitan dengan kerja-kerja khurafat untuk tujuan komersial.

Exco Gabungan Persatuan Pengubatan Islam Malaysia (Gappima), Datuk Shamsuri Shafie berkata, kerja mengambil tanah antara dua batu nisan di kawasan kubur itu dan membabitkan 100 kubur dipercayai dilakukan individu yang arif dalam kerja sihir.

Katanya, apabila terlalu banyak tanah diambil ia mungkin bertujuan untuk memuja tanah itu dan menjualnya kepada mereka yang berniat untuk jatuhkan kawan atau lawan.


“Saya perhatikan dari dua sudut iaitu sihir untuk perniagaan dan sihir untuk memusnahkan rumah tangga orang,” katanya semalam.

Shamsuri yang juga Pengasas Pusat Rawatan Islam At Tobibi berkata, jika tanah itu diambil dalam jumlah yang sedikit mungkin itu kerja individu tetapi jika diambil dalam kuantiti banyak ia hampir pasti dilakukan oleh mereka yang arif dalam ilmu sihir.

Beliau berkata, tanah itu akan dipuja dan dijual kepada pihak ketiga dan diniagakan seperti beberapa kes berdasarkan pengalaman beliau merawat pesakit yang terkena sihir.

Beliau menasihati mereka yang terlibat supaya bertaubat kerana ia boleh membawa kepada syirik.

Dalam kejadian kelmarin penduduk Kampung Jawi-Jawi di Bentong gempar apabila lebih 100 kubur di perkampungan itu dikorek pihak tertentu dipercayai ada kaitan dengan pemujaan.

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas