HOUGANG DOLL
Kecoh sekejap di media sosial malam semalam dan awal pagi ini mengenai satu anak patung yang menakutkan. Kelihatan anak patung ini ditinggalkan dibawah satu pokok dan matanya ditutupi kain dengan kalimah suci Allah. Menurut pemilik asal anak patung ini, anak patung ini akan bergerak sendiri. Bertukar kedudukan dan menunjukkan riak muka sedih atau senyum. Ada bukti gambar yang ia tersenyum. Memang menyeramkan. Oleh itu pemilik menutup mata sebelum meninggalkan anak patung berhantu ini supaya ia tidak dapat mencari jalan pulang ke rumah. Macam kes kucing yang dipotong misainya tidak dapat mencari rumah tuan. Kedudukannya akan teralih atau beralih dengan sendiri. Kerana ketakutan pemilik menutup pandangan anak patung dengan kain putih dan ikat anak patung tersebut ke pokok berkenaan. Carian di internet mendapati insiden ini berlaku di Singapura dan bukannya di Malaysia. Anak patung berhantu ini dikenali sebagai misteri "Hougang Doll" yang seram. Menurut sumber, seorang Ustaz telah pergi untuk mengambil anak patung tersebut dari terus menjadi bualan masyarakat setempat. Ketika mengambil anak patung tersebut tiada kejadian aneh berlaku dan anak patung itu akan dihanyutkan untuk mengelakkan perkara syirik dari terus terjadi.
No comments:
Post a Comment