Balik cer menabung tadi, selain daripada untuk masa depan, ia mengajar kita lebih berjimat cermat dan bijak merancang perbelanjaan dan pendapatan kita. buat beberapa tabung seperti tabung kecemasan, tabung simpanan jangka masa panjang seperti akaun simpanan emas, Asb.. (p/s: simpan kejap pastu korek balik hehe.. ) dan klu ada terlebih duit tu laburkan di amanah saham. ibaratnya jangan menyimpan telur dalam satu bakul sahaja, bahagi-bahagikan . Yang bekerja tu rasa nya takda masalah kot tiap bulan cuit skit dalam 10% atau lebih dari gaji untuk simpanan atau pelaburan. pada deena plak kaedah nya tetap sama wlau kadang pendapatan turun naik.. hehe mcm pasaran saham plak ! alhamdulillah dengan pengalaman dan info yg deena dapat semasa involve dalam bidang unit amanah dan insurans dulu, deena praktikkan sejak menjadi surirumahtangga terhormat.. :-)
Seeloknya labur dalam simpanan yg pulangannya tinggi, purata setahun 15% - 20% confirm dapat ;-) kadang sampai 70% ! deena ikut teori Rule 72, orang ekonomi dan biasa main share market atau unit amanah tau la ape maksud nya, guna rule ni bahagikan dengan inflasi rate, kata kan la lo ni inflasi 4% --> 72/4 = 18. means dalam masa 18 tahun lagi nilai duit kita Rm100 hengget akan jadi Rm50 hengget 18 tahun akan datang . So kesimpulan nya cari la saving yg pulangan tinggi dari interest rate inflasi ni tadi. dan pasti lumayan hasilnya nanti .. =)
p/s: sedang dalam perancangan turun kl untuk menimba ilmu dan mengembangkan lagi bisnes
dot.dot.dot.. hehe doakan yer..
No comments:
Post a Comment