|
credit to google |
Kemolok ?!! kemolok ni adalah jelmaan hantu 'jadian' yang terjadi dari salah satu suku
minangkabau. bukan semua minangkabau yer.. ! minangkabau ada banyak suku, antaranya seperti
suku jamba haus, suku sikumbang, suku melayu,
suku jambak ketapang.... susur galur yang asal nya dari tanah seberang, zaman nenek moyang kita bermacam ilmu dorang tuntut so mkin ini salah satu sumpahan dari keturunan suku tadi.. Rasa nya tak perlu lah deena sebut dari suku mana.. menurut mak deena,dari suku ini lah yang akan menjadi 'jelmaan hantu kemolok' ! selepas 3 hari di kebumikan. Pernah terjadi sorang penduduk kampung
( di lenggeng, n9 ) dengan brani mengintai kubur si mati, di dapati ditengah2 kubur tadi kluar asap putih seperti bebola, berguling atas tanah dan kluar satu persatu seperti tangan dan berkaki tiga, tangan tadi menutup dahi dan rupa dia seakan-akan beruk .. huduh dan nauzubillah teramat busuk bau badan kemolok ni. cara dia bergerak terhenjut-henjut , ngeri dan ganjil.
|
credit to google |
Kemolok ni akan balik ke rumahnya atau mencari saudara mara dia
".nape tetiba meremang nih ! wat bodo jer la .. ;-) " kira lebih kurang mcm citer hantu kak limah balik umah kaedah nyer... bila sampai di rumah hantu jelmaan ni tadi akan merengek mendayu-dayu sambil mencakar dan mengetuk pintu rumah. kadang dia mengerang seperti orang kesakitan... kemolok ni suka makan telur tembelang dan cara dia makan, telur xkan pecah hanya ada lubang sebesar lubang jarum, padehal dalam dah kosong.. pelikkn mcm mana dia tebuk telur tuh... kemolok ni klu terserempak dia akan geletek sampai mati, memang pernah terjadi di kampung. satu lagi kemolok ni suka menyelongkar cari makanan di dapur, basuh la mcm mana sekalipun periuk atau pinggan bau busuk yang melekat kat pinggang tu takkan hilang alamat kena buang jer.
Bunyi macam lucu nama kemolok jadian ni, tapi memang wujud hingga la sekarang. terbaru tahun lepas dah kuar sekor merayap kat kampung, anak saudara deena pernah terdengar kemolok ni mengerang dan mendayu-dayu dengan suara halus di belakang umah.. masa tu jangan cakap la simpang jalan port bebudak muda lepak sure lengang punya coz penangan kemolok..hehe...difahamkan jugak sumpahan ni akan berhenti hingga keturunan ke 7, jangan ingat sumpah mahsuri jer ada sampai 7 keturunan yer.. :) kemolok pun ado... dan 'jelmaan kemolok' ni akan berakhir selama 40 hari jer..
p/s: pehhh. ! sib baik keturunan nenek moyang deena xder dari suku hantu jelmaan kemolok ni, yg ado pun saka rimau.. patuit la cucu cucik keturunan moyang den smuo ehhh garang bana..! ;-)
No comments:
Post a Comment