Monday, September 20, 2010

Jumlah Ya'juj dan Ma'juj : 9 Kali Jumlah Manusia !


Gambar lokasi tembok Zulkarnain

Ya'juj dan Ma'juj sentiasa menggali tembok yang memisahkan mereka dengan dunia,bila mana mereka sudah nampak cahaya di luar sana. Kemudian mereka pulang dengan berkata “Esok kita akan dapat membolosinya”.

Tapi Allah telah menjadikan tembok itu kembali ke bentuk asalnya menyebabkan mereka terpaksa menggalinya sedari mula.Proses ini berterusan hari demi hari selama mana Allah menghendaki mereka ini terkepung. Bila Allah menghendaki mereka ini keluar, di hujung hari mereka menggali itu mereka berkata “InsyaAllah, esok kita akan dapat membolosinya”.

Pada esoknya, mereka akan mendapati tembok itu berkeadaan sebagaimana mereka telah tinggalkan sebelum itu, dan setelah memecahkan bakinya itulah mereka akan keluar (Ahmad, Tirmidhi, Ibn Majah). Kaum Yakjuj dan Makjuj ini adalah anak Adam juga, iaitu dari keturunan Yafits bin Nuh a.s. Mereka ini dikatakan berjumlah begitu ramai, iaitu '9 kali' lebih ramai berbanding bilangan manusia di atas muka bumi.

Umur mereka juga sangat panjang, membolehkan mereka beranak-pinak begitu ramai sebelum mereka mati. Mereka juga dikatakan begitu kuat dan hebat, hinggakan seluruh manusia di bumi tidak terdaya mengalahkan mereka. Bayangkanlah bunyi pedang si bangsa pemusnah ini masih boleh didengari dari Mesir hingga ke Babylon. Namun, mereka akhirnya akan mati bergelimpangan akibat serangan “ulat”. Walaupun mereka ini hebat dan kuat (hampir pasti juga mereka ini berteknologi canggih), mereka tetap tidak dapat memecahkan tembok Zulkarnain.

Abdullah bin Umar r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda

Allah telah membahagikan manusia kepada 10 bahagian. Sembilan (9) bahagian ialah Yakjuj dan Makjuj sementara bakinya (iaitu bahagian kesepuluh) ialah manusia biasa (yang di atas muka bumi)”.

Ini bermakna jika seluruh umat manusia di atas muka bumi berjumlah 6 bilion orang, jumlah mereka ialah sekitar 54 bilion orang. Dengan bilangan sebegitu ramai, logikkah bagi mereka mendiami bawah bumi yang “sempit”?

Saya berpendapat bahawa sebenarnya manusia di atas muka bumi tidak tahu keadaan sebenar di bawah bumi. Teori magma (bahawa di bawah bumi suhunya amat panas) mungkin ada kebenarannya tetapi teori planet bumi berlubang tidak boleh ditolak begitu saja apabila kita mengambilkira faktor kaum Yakjuj Makjuj dan juga berita mengenai “dabbatul ‘ard”.

Sekadar menambah pengetahuan, mungkin anda tahu bahawa California di Amerika itu berlubang di bawahnya, dan seluruh bumi California itu mendap sekitar 3 inci setiap tahun. California mungkin akan runtuh dan tenggelam ke dalam laut pada satu hari nanti. Malah, beberapa tahun sebelum ini pun, ada berita dan bukti mengatakan saintis NASA yang sedang menjalankan projek rahsia kerajaan Amerika (terowong bawah tanah dari USA ke China) di Washington telah menjumpai suatu kaum yang digelar 'Moors'.

Mereka tinggal 20 kaki dan lebih di bawah tanah, bentuk badan mereka besar dan tegap. Mereka lebih menyerupai 'primat' kerana badan mereka yang berbulu. Tangan dan kaki hampir menyerupai sejenis makhluk 'evolusi manusia'. Mereka ini agak agresif tetapi amat menyukai buah-buahan terutamanya buah anggur. Bekas Presiden Amerika, George W. Bush dikatakan telah meminta supaya hal ini dirahsiakan kerana kerajaan Amerika masih mahu mengkaji berkenaan jumlah kaum 'Moors' ini.


P/S : Artikel ini dipetik daripada sebuah blog. Fakta mengenai kewujudan kaum Moors ini mungkin hanya suatu 'konspirasi Yahudi-USA' semata-mata untuk menafikan bahawa Yahudi Zionis yang memerintah Israel sekarang ini adalah puak Khazar yakni Yajuj dan Majuj. Berikut adalah video pendedahan berkenaan identiti Zionis yang memerintah Israel sekarang ini oleh bekas PM Israel dan pembelot terkenal Zionis, Bejamin Freedman.
tonton di sini


Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas