Tambah kapsyen |
Diceritakan, sekitar 4800 tahun lalu, banjir besar telah melanda. Sebelum bencana maha dahsyat itu terjadi, Nabi Nuh (nabi tiga agama, Islam, Kristian dan Yahudi) telah diberikan wahyu untuk membina sebuah kapal/bahtera yang besar untuk menyelamatkan umat manusia dan makhluk bumi yang lainnya.
Kisah tentang bahtera Nabi Nuh diceritakan di dalam kitab, pelbagai buku, filem dan lain-lain karya. Ramai ahli sejarah dari pelbagai negara sudah lama berminat untuk mengetahui berkenaan kebenaran kisah ini. Untuk membuktikan kebenaran cerita inilah, sekumpulan peneliti dari China dan Turki telah bergabung dalam ‘Noah’s Ark Ministries International’ selama bertahun-tahun untuk mencari sisa-sisa kapal lagenda tersebut.
Pada tanggal 26 April 2010, kumpulan tersebut telah mengumumkan penemuan perahu Nabi Nuh di Turki. Mereka telah melakukan satu penemuan sisa-sisa kapal Nabi Nuh yang berada di ketinggian 4.000 meter di Gunung Agri atau Gunung Ararat, di Turki Timur. Mereka juga telah berjaya masuk ke dalam kapal tersebut untuk mengambil gambar dan beberapa spesimen untuk membuktikan penemuan mereka.
Menurut para pengkaji, spesimen yang mereka ambil dari kapal tersebut memiliki usia karbon bagi 4800 tahun-sesuai dengan apa yang digambarkan di dalam sejarah. Jika penemuan mereka ini benar, para pengkaji itu telah melakukan satu penemuan kapal yang paling terkenal dalam sejarah dunia.
“Kami belum yakin 100% bahawa ini benar-benar kapal Nabi Nuh, tetapi keyakinan kami sudah 99%,” jelas salah seorang anggota kumpulan yang bertugas membuat filem dokumentari penemuan tersebut, Yeung Wing, seperti dimuat laman berita Turki, National Turk, 27 April 2010.
Kumpulan seramai 15 orang dari Hong Kong dan Turki hadir dalam sidang media yang diadakan pada 26 April 2010 lalu. Pada sidang media itu, para wartawan telah ditujukkan dengan beberapa spesimen seperti fosil kapal yang diduga sebagai kapal Nabi Nuh, berupa tambang, paku, dan pecahan kayu.
Seperti yang dijelaskan oleh para pengkaji, tambang dan paku diduga digunakan untuk menyatukan kayu-kayu hingga menjadi kapal. Tambang juga digunakan untuk mengikat haiwan-haiwan yang diselamatkan dari terjangan bah — begitu juga dengan potongan kayu yang dibuat bersambung untuk menjaga keadaan haiwan-haiwan.
Penemuan terbesar dalam sejarah ini telah menjadi dorongan kepada pemerintah Turki untuk mendaftarkan kawasan gunung tersebut di UNESCO bertujuan agar badan milik PBB itu turut menjaga keadaan kapal Nabi Nuh itu. Pada mulanya, para pengkaji akan menggali perahu itu dan memisahkannya dari gunung. Namun, hal tersebut tidak mungkin dapat dilakukan, walaupun nilai sejarah penemuan ini sangat tinggi.
Diyakini, ketika air surut, kapal Nabi Nuh berada di atas gunung. Walaupun tiga agama besar memberi gambaran tentang mukjizat Nabi Nuh, namun tidak ada penjelasan sama sekali di mana lokasi terakhir kapal itu berlabuh.
Sejak sekian lama penduduk tempatan di Turki yang tinggal di pegunungan mahupun dibandar-bandar lain percaya bahawa kapal Nabi Nuh sememangnya berada di Gunung Ararat. Tambahan pula, juruterbang pesawat tempur Turki dalam sebuah misi pemetaan NATO, mengaku melihat suatu objek besar seperti perahu di Dogubayazit, Turki.
Pada 2006, imej satelit secara jelas telah menunjukkan suatu objek mirip seakan-akan kapal yang disangka kapal Nabi Nuh itu adalah gunung yang diliputi salji. Sesetengah pengkaji mendakwa lokasi kapal tersebut telah menjadi suatu perkampungan bagi sekumpulan manusia yang terselamat daripada banjir besar yang berlaku 4800 tahun dahulu. Namun, ia dibantah oleh para pengkaji yang membuat penemuan kapal Nabi Nuh.
“Kami tak pernah berjumpa manusia yang tinggal di ketinggian 3500 meter diatas gunung itu dalam sejarah umat manusia.”
Cuaca yang sangat dingin pada ketinggian 4000 meter itu telah didakwa sebagai penyebab keadaan kapal Nabi Nuh berada dalam keadaan baik selama ribuan tahun. Namun, seorang bekas tentera Amerika Syarikat pernah mendakwa beliau melihat keadaan kapal tersebut yang telah terbelah dua (2).
No comments:
Post a Comment