Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Tuesday, November 6, 2012

Kelahiran & kematian

Assalamu'alaikum wrt wbt semua pengunjung dan pembaca blog ini...
Hari ini tatkala membuka dan membaca emel di tempat kerja, 2 emel menarik perhatian ku.
Satu emel memaklumkan mengenai pemergian bapa mertua salah seorang Timbalan Dekan di fakulti (innalillahi wainnailaihiraajiuun), manakala emel berikutnya pula memaklumkan berita  kelahiran seorang bayi lelaki kepada salah seorang pensyarah di fakulti ini.

 Setelah beberapa ketika, barulah ku sedar akan hakikat nya...kelahiran dan kematian ...adalah fitrah dari Allah , ia adalah ketentuan dari Allah SWT

Kelahiran,
Satu fasa bermulanya kehidupan,
Kematian,
Satu kepastian bagi yang bernyawa,
Setiap kelahiran,
Akan berakhir dengan kematian,
Namun setiap kematian,
Belum tentu bermula dengan kelahiran.

Andai kematian berlaku sebelum kelahiran
Kesedihan dan kekecewaan akan berlaku
Pada insan yang mendambakan dunia
Tetapi tidak pada insan yang beriman
Kerana mereka tahu,
Syafaat Allah menanti di pintu syurga,
Yang lebih membahagiakan dan mendamaikan jiwa,
Penjamin saat seksaan berlaku di neraka.
(petikan: Iman Mawaddah di sini
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jika kita perhatikan hakikat kelahiran dan kematian, kita akan temui jawapannya dalam syariat ajaran agama islam itu sendiri.
1) Semasa kelahiran, azan akan dikumandangkan ke telinga bayi yang baharu lahir, sedangkan di saat kematian, jasad disolatkan tanpa azan.
2) Semasa kelahiran, bayi akan dibersihkan tubuhnya, begitu juga semasa kematian, jasad si mati akan di mandikan dan dibersihkan ..
3) Semasa kelahiran, bayi itu dilahirkan dari tempat yang sempit dan gelap, iaitu dalam rahim ibunya...dan apabila berlaku kematian, jasad manusia akan di masukkan ke tempat yang sempit dan gelap juga ..
4) Allah SWT menciptakan manusia itu asalnya dari tanah, dan manusia kan dikembalikan kepada tanah juga selepas kematian..
 

Saturday, November 3, 2012

Pemanggang Ajaib

Kehidupan sebagai seorang wanita berkerjaya tanpa pembantu rumah  sangt-sangat memerlukan peralatan yang dapat membantu memudahkan dan memendekkan masa memasak. 
Sudah beberapa kali membaca di blog-blog rakan-rakan blogger mengenai pemanggang ajaib ini, apatah lagi apabila chef blogger masakan yang terkenal Cik Mat Gebu juga ada menwar-warkan mengenai pemanggang ajaib ini di blog beliau ..begitu juga dengan rakan-rakan fb ..
Alhamdulillah baru-baru ini sahabat lama saya di mana beliau juga rakan blogger telah message saya dan bertanyakan samada saya hendak membeli pemanggang ajaib ini dengan harga dealer... Alhamdulillah rezeki di depan mata, harga murah dan saya juga tidak perlu mencari ke sana ke mari, sahabat saya akan hantar terus ke depan rumah TANPA caj penghantaran! Terus saya order 2 ...satu untuk saya dan satu lagi untuk sesiapa sahaja yang memerlukannya, niat di hati samada hendak beri kepada emak ? atau hendak jual dengan kakak? atau nak simpan nanti boleh boleh hadiah anak dara nak kahwin? Hurmmm ..sangat jauh melayang pemikiran saya ... namun itu adalah bagus kan? memandang jauh ke hadapan ..
 Pemanggang Ajaib cap IKAN..
Sehingga hari ini belum berkesempatan lagi nak membakar ikan dalam pemanggang ajaib ini...hajat hati hendak membakar ikan Pari nak cicah dengan air asam dan sambal kicap ...tapi dek kesibukan masa, belum sempat nak ke pasar membeli ikan nak bakar ...
Insyaallah suatu hari nanti bila dah bakar saya akan ambil gambar dan pos di sini...

Thursday, November 1, 2012

Ralat.

Assalammualaikum..

Saya sangat ralat bila mendengar satu berita yang sangat mengejutkan tadi.
 Terkedu kejap! 





Semua manusia pernah membuat kesilapan dalam hidup. 
Tapi... ada  kesilapan yang boleh dilupan begitu sahaja, dan ada juga kesilapan yang memakan diri.

Saya ralat sangat - sangat - sangat - sangat.

Tapi itu pilihan masing - masing.

Kesilapan yang saya rasa fikir tidak akan ulang jika boleh diputarkan waktu.

Betul orang kata, 100 kebaikan yang  dibuat akan tertutup dik 1 keburukan yang dibuat.

Sayang sangat!

Apapun, setiap apa yang terjadi ada hikmahnya.

Allah Maha Pengampun..
Allah Maha Mengatahui..

DIA tahu apa yang terbaik untuk umatnya.







Wednesday, October 31, 2012

'kalau ayang mati'


Assalammualaikum..

Dulu saya selalu cakap kat suami, 'abang, kalau ayang mati, abang kawen lain, pastu bawa bini baru abang duduk rumah kita ni, ayang jadi hantu, ayang kacau sampai abang pindah! tak boleh duduk rumah ni!'

hemm...

Dulu saya sememangnya nak mengawal segalanya. Sampaikan bila dah tak ada kat dunia ni pun saya nak kawal. Tamak kan! Nak kawal segalanya walaupun melampaui batas seorang manusia. Saya anggap apa yang saya miliki di dunia ni merupakan hak  hakiki  saya sepenuhnya. Tiada siapa yang boleh mengambilnya daripada saya. 

Benar. Itulah saya.

Tapi kata-kata MKI mengubah cara saya berfikir. Apa yang dicatatkan tu betul-betul kena dengan saya. katanya...

'suami itu adalah anugerah Allah untuk kita mendekati diri kepadaNya. kita dan suami tidak mempunyai hubungan yang mutlak. nanti bila kita menghadapNya, kita akan pergi berseorangan tanpa suami.' - bersyukur saat diuji

dan

'Siapa? saya atau beliau (isteri) dahulu meninggalkan perjalanan ini juga tidak mustahak. Namun ada sesuatu yang pasti, saya berdoa agar kami dapat bertemu kembali di syurga Firdaus.'

kata-kata ni saya pernah ceritakan dalam post sebelum ni.


Saya terkasima bila baca, 'saya atau beliau dahulu meninggalkan perjalanan ini juga tidak mustahak'


Kenapa semua tu tak mustahak? 
Sedangkan bagi saya itu sangat mustahak!







Tapi selepas membaca, memahami dang menghayati... saya faham.

Betapa salahnya cara saya berfikir!




Selepas dihidangkan dengan kata-kata ini, dengan sendirinya cara saya berfikir berubah. Hati pun makin tenang. Berdoa untuk bertemu di SANA adalah lebih baik daripada berfikir bagaimana mengawal keadaan apabila kita sudah tiada.

Saya tak tahu ada orang lain seperti saya atau tak. Yang saya tahu, saya taknak jadi macam saya dulu. 

 Ingin mengawal,  sesuatu yang tak masuk akal. 




;)




Wednesday, October 24, 2012

Raya Haji

Assalammualaikum..

Jumaat ni kita dah nak sambut hari raya haji. Jadi, besok saya cuti. Nak kemas-kemas rumah yang berdebu tu dan nak buat persediaan nak kenduri pada raya kedua. Tapi saya tak buat korban, saya buat kenduri doa selamat.

Dulu kalau raya haji je saya semangat. Sebab arwah chaq & tok akan buat korban. Mula-mula arwah chaq buat kat diri dia sendiri, lepas tu kat arwah tok, lepas tu kat ayah, lepas tu kat ibu, kat kakcik, kat saya, kat yon dan last sekali kat adik.

Dalam banyak-banyak tu, adik yang paling best, arwah chaq buat koran kat dia masa arwah pi haji. Korban kambing. Nanti kami semua naik lembu, adik naik kambing. :))

Arwah chaq ngan tok meninggal betul-betul lepas selesai buat korban kat kami semua. Sebab tu la setiap kali musim haji, saya akan terkenang kat arwah. 

Dulu masa kecil, ayah akan bawa kami semua (selalunya kakcik tak ikut) pi tengok lembu disembelih. Mula-mula tu memang sangat menakutkan. Arwah chaq akan tunjuk lembu mana yang akan kami 'naik nanti'. Sebagai budak-budak, saya asyik fikir je macam mana saya nak naik lembu tu dengan 6 orang makcik dan pakcik yang saya tak kenal. Tapi malas pulak nak tanya chaq.

Bila dah besar ni baru la faham.. :)

Saya akan rasa terkilan sangat bila terlewat sampai tempat persembelihan. Setahun sekali je boleh ada pengalaman macam tu. Bagi saya, bila kita tengok sendiri macam mana lembu tu disembelih, kita akan rasa insaf dan serius saya akan terkenang kisah Nabi Ibrahim dan  Nabi Ismail.   

Lepas chaq ngan tok meninggal, kami jarang-jarang buat korban. Raya Haji dah tak semeriah dulu. Banyak sangat perbezaannya atau  mungkin juga faktor usia.
  
Satu hari nanti, kalau dah ada anak, saya nak biasakan anak saya dengan ibadah korban. Biar dia rasa dan faham erti pengorbanan dan kasih sayang.

 Insyallah...



Monday, October 8, 2012

Mencari Ketenangan Dalam Kesibukan

Menjadi lumrah manusia, maka akan menjadi ingat, berwaspada dan bersiap sedia apabila diberi ingatan atau amaran selagi tiada ingatan yang masuk ke corong telinga, maka akan sentiasa alpa dan leka yang akhirnya tanpa benteng iman ampuh menjerumuskan mereka ke lembah kemurkaan.
        Apabila Allah S.W.T memberi ingatan. Tegahan atau amaran, ia mempunyai maksud disebaliknya. Kita boleh menjadi kafir apabila tidak mempercayainya, munafik apabila kurang yakin dan fasik apabila menganggap mudah lantaran dituruti runtunan hawa nafsu.
        Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
        Hadis ini memperlihatkan kepada kita betapa Rasulullah s.a.w begitu sekali bersungguh-sungguh tidak mahu umatnya kerugian kerana mengabaikan kelima-lima peluang yang patut mereka bersungguh-sungguh merebutnya sebelum datang lima perkara yang boleh menyebabkan mereka ditimpa penyesalan.
        Sikap mengambil mudah ini menyebabkan begitu banyak orang Islam telah membiarkan kelima-lima masa atau keadaan itu hilang lesap tanpa dimanfaatkan. Dan ianya berlalu dengan pantas pula diisi oleh kelima-lima masa atau suasana yang merupakan lawannya itu.
         Manusia mudah leka apabila mereka dikurniakan nikmat seperti kelapangan hidup sehingga sewaktu mereka bermesra dengan anak-anak dan isteri, seakan-akan mereka tidak lagi didatangi waktu yang sempit yang membuatkan mereka merasa begitu menyiksakan.
         Masa kaya sebelum miskin dengan mengisi masa kaya ialah dengan menggunakan harta kekayaan itu dengan sebaik-baiknya yang dapat memberi keuntungan terutamanya di dalam kehidupan akhirat dengan cara menolong sanak saudara yang berkesempitan, memperbanyakkan sedekah terutama kepada anak-anak yatim, orang-orang miskin, pergi ke Mekah menunaikan ibadat haji dan berzakat apabila telah cukup haul dan nisbahnya.
         Begitu juga cara untuk mengisi masa sihat sebelum datangnya masa sakit. Ketika sihat, seseorang manusia itu seharusnya mengenangi nikmat Allah yang dikurniakan ke atas dirinya dengan cara membandingkan nikmat sihatnya dengan kesengsaraan yang ditanggung oleh orang yang sedang terlantar sakit. Ini pastinya boleh menolong kita atau seseorang itu untuk insaf dan kemudian berusaha mengisi masa sihatnya dengan cara membanyakkan ibadat kepada Allah S.W.T.
         Cuba kita yang sihat ini bayangkan, bagaimana jika sekiranya tiba-tiba sahaja kita ditimpa sakit dan terlantar di katil pada saat-saat kita masih berangan-angan untuk menyimpan ibadat setelah hari tua? Tidakkah kita akan menyesal kerana ditimpa kerugian yang datang tanpa kita sangka-sangka itu?.
        Seterusnya Rasulullah s.a.w menyuruh kita mengisi pula masa lapang sebelum datangnya masa sempit. Kebanyakkan manusia apabila kedapatan masa lapang, akal fikiran mereka terus terarah kepada kegiatan-kegiatan atau aktiviti-aktiviti yang mendatangkan keseronokan semata-mata. Padahal apa yang sepatutnya ialah mereka perlu mengisi masa berharga itu dengan amalan yang boleh menghalakan hati untuk memberi sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap Allah S.W.T. Bukan semata-mata melampiaskan dorongan hawa nafsu buas. Jika masa santai mereka itu dengan cara membawa keluarga bersiar-siar mengambil angin, melihat keindahan tumbuhan seperti bunga.
        Sudah tentu perkara terakhir yang merebut masa hidup sebelum tibanya masa mati. Inilah kesudahan yang mana kalau terlepas akan ditindih oleh penyesalan yang tidak akan habis-habis walaupun mata terpaksa bermandi dengan pancaran air darah. Jika sudah didatangi kematian, maka berakhirlah segala-galanya. Malah untuk mengerjakan sembahyang sunat sekadar dua rakaat di dalam kubur yang mana sangat diinginkan oleh setiap mayat tidak lagi diizinkan oleh Allah S.W.T. Kenapa? Kerana di sana bukan lagi tempat untuk beramal ibadat.
        Masa mati adalah masa untuk menerima balasan. Balasan baik akan merasai nikmat kemanisannya. Balasan buruk pula akan merasai azab keperitaannya. Ini kerana masa hidup adalah hidup adalah masa bercucuk tanam, manakala masa mati adalah masa untuk menuai pula.
        Justeru demi memperolehi keselamatan hidup dunia dan akhirat, umat Islam perlu mengambil peringatan terhadap saranan Rasulullah s.a.w yang amat penting seperti yang tersebut di dalam hadith tadi. Marilah kita isikan masa-masa yang lima itu dengan bersungguh-sungguh tenaga kita sebelum datangnya lima perkara yang penuh dengan duri dan ranjau yang mungkin akan menghitamkan muka kita setelah kita bangkit di Mahsyar nanti.
        Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Asr ayat 1-3 yang bermaksud : "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpusu-pusu dengan kebenaran dan berpusu-pusu dengan kesabaran." 

(sumber: Laman Web Rasmi JAIS  http://www.jais.gov.my/)

Saturday, October 6, 2012

Parkir

Semester ini saya mendapat satu kelas di Fakulti Sains Gunaan. Bermakna saya perlu menghadapi masalah parking yang memang kritikal di kawasan Menara.  Strategi saya datang awal dan saya merancang ke tempat parkir bertingkat bersebelahan Pejabat pendaftar dan Dewan Sri Budiman. 
Walaupun kelas saya bermula jam 8:30pg, tetapi seawal jam 7:30pg saya sudah ke kampus dan terus menuju ke fakulti untuk punch-in, dan terus ke parkir bertingkat.  Selalunya saya sudah berada di kawasan parkir jam 7:45pg dan saya membaca buku ataupun Al-Quran terjemahan sementara menunggu jam 8:20pg. 
Minggu ini seusai habis kelas jam 10:30 pg, saya tidak terus kembali ke kereta kerana ramai pula anak murid yang datang bertanya...jadi saya lewat turun...sampai di kereta sudah jam 11:15pg..

Sampai sahaja di kawasan parkir, saya tergamam ! Hurmm...bagaimana saya hendak keluar?
Kelihatan sederetan kereta-kereta yang parkir melintang menghalang kereta saya dari keluar...

Monday, October 1, 2012

ini hanya pandangan saya

assalammualaikum..

saya fikir, ada perkara yang mencabar kita kena cuba, dan ada perkara yang mencabar tapi kita tak perlu mencuba. itu apa yang saya fikir. sebab hidup hanya sekali, percaturan harus tepat.
mungkin adakala kita tersasar, jadi pastikan kita mampu untuk berada di landasan asal kembali.

betul, tak cuba tak tahu. tapi perlu ke cuba, tahu dan gagal dengan teruk?

betul, yang bulat takan datang bergolek, yang pipih takan datang melayang. tapi perlu ke menggadai masa hadapan?

bagi saya, buat apa yang perlu. berusaha. berdoa. tawakal.

tak perlu buat sesuatu yang melebih-lebih.
sederhana adalah lebih baik.

ini hanya pandangan saya.
;)

Sunday, September 23, 2012

OOooo..maki ye! saya fire baru tau!!

assalammualaikum..

tadi ada panggilan, so saya pun angkat.

pemanggil : apa ni! awat yg bagi @#$$#$^&*(((*&^^&*())!%$#@!~!@!@+__)(&^%$!@*()_

saya: en nak buat aduan ke? boleh saya tau nama cik?

pemanggil: tu tak penting!! &**(*&&*^^^^%#!@#$+_+_(**&&^&^%$#^)_0(**)
 tau tak tak bagus buat macam tu!! 
&*(&^$#!#@@~@!!~*//-++89%&^%@%(&*%$3_!!!!

saya: apa yang en buat ni lagi tak bagus. bagi  maklumat kat saya.----(saya tak sempat nk habiskan ayat dia dah potong)

pemanggil: ~@!#!$@%#^$&&... tut...tut..tut...


aik, patutnya saya yang letak telefon, ni dia yang letak. takpun kredit dia habis.. kuikuikuikui...

tu la..kalau cakap elok2 kan saya boleh bertindak. ni maki2, marah2, maklumat tak bagi.  camne saya nak bertindak. en. kita ni hidup bertamadun. jangan buat perangai macam ni. lagipun saya tak ada kuasa nujum pak belalang yang boleh tilik tempat aduan tu melalui mangkuk berisi air. kuasa naruto yang boleh buat pembahagi bayang pun saya tak ada. apatah lagi kuasa ultraman api yang macam anak buah saya ada tu, saya belum menuntut tau! 

apapun, semoga en tak kena sakit jantung.
:)

otomannnnnn apiiiiiiiiiiii ~~ gaya azhad!

Thursday, September 20, 2012

kawen 2!

assalammualaikum.

kemarin, isu hangat kat office 'kenapa perempuan tak bagi suami kawen 2?'

soalan bikin panas okey!

hujah kaum adam memang hebat!

'awat orang perempuan ni tak mau payung emas ke?'
 'ala, kalau nikah pun, masam muka sat ja, seminggu dua baik balik la'
'tu yang orang lelaki dok buat dosa tu, dah bini tak bagi menikah lagi, kalau bagi nikah kan senang'
'kami ni ikut sunah, bedosa OOO tak bagi kami ikut sunah'

alahai lelaki, ceteknya fikiran! ni ke pendidik umat-umat akhir zaman? eemmm..mungkin depa saja2 je nak bagi hangat, tapi bukankah percakapan melambangkan keperibadian?

secara peribadinya saya pastinya tak sanggup nak hidup bermadu. aduhhhh..luruh jantung tau! darah tinggal 1 sudu kalau benda tu jadi. semoga saya tidak akan melalui kehidupan begitu ye.

tapi saya betul2 dan sangat2 kagum dengan wanita yang hidup harmoni walaupun bermadu. tenang @ tak hati mereka, hanya mereka dan allah yang tahu. bahagia @ tak kehidupan mereka, hanya mereka dan allah yang tahu.

kadang2 saya 'cuba masuk' dalam kehidupan mereka. alahai..tabahnya mereka! membayangkan kehidupan mereka pun saya dah rasa berat! kuatkan hati mereka ya allah.

pernah saya bertanya kepada lelaki yang kawen 2 ni, 'macam mana nak buat bagi suami tak kawen 2?'
jawabnya mudah 'lelaki ni kalau dia nak, dia buat. kalau isteri tu setia, lawa, jaga makan pakai dengan baik pun, kalau dia nak, dia buat gak.'

ish..ish..ish...

pernah juga bertanya kepada lelaki yang mempunyai 2 isteri.
'kalau boleh kembali ke zaman silam, nak tak kawen 2 lagi?'

jawabnya
'ish..tak mau la. bukan apa, susah bila sakit demam ni. pening. muda2 dulu takpa lagi, bila dah tua2 ni, lagi susah.'

ada yang jawab
'tak kot' pastu dia diam dan wajahnya seolah-olah berfikir.



betul ke wahai lelaki? hemm...


kepada lelaki yang berkeinginan pasang 2,
mampukah kamu membahagikan kasih? mampukah kamu berlaku adil? mampukah kamu menjadi suami terbaik kepada isteri2 kamu? mampukah kamu menyediakan keperluan isteri2 dengan sempurna?

ish..banyak la soalan kat suami2 yang nak pasang 2 ni!!

apapun, 
ingatlah, hati wanita sangat lembut. wanita akan mengasihi suaminya dengan setulus hati. mungkin mudah untuk dimaafkan, tetapi parut yang anda tinggalkan akan kekal disitu. cintai dan kasihi isteri anda,

saya suka kata2 ustaz don masa dia ditemuduga di majlis pernikahannya baru-baru ni, katanya

 'syurga dia(isteri), syurgalah saya'














Thursday, September 13, 2012

bertayammum & solat ditepi jalan

assalammualaikum..

saya selalu diperlihatkan olehNya dengan perkara2 yang terkesan dihati. salah satunya semasa dalam perjalanan ke cameron baru2 ni, tengah2 jalan jem tu, saya ternampak ada 1 keluarga yang sedang bertayammum dan solat berjemaah ditepi jalan! pemandangan yang sangat janggal di bumi malaysia!

kagum!

sayu!

terpegun!

 terkedu!

ada rupanya insan yang kental imannya. hebatnya mereka! luka sebab terlihat anak melayu islam memakai baju yang tak sepatutnya -entry lepas- terubat!

indahnya pemandangan ini. nyamannya apa yang dipamirkan kepada saya! semoga akan ada lebih ramai umat akhir zaman yang kukuh imannya. jika diberikan rezeki anak, doakan saya mampu mendidik khalifah kecil itu sebaik baiknya. saya benar-benar jatuh cinta dengan pemandangan itu. cinta pandang pertama!

semoga mereka bahagia dunia akhirat. ya allah, kukuhkan imanku sepertimana mereka. contoh yang sangat tepat. mereka ialah model tak berbayar yang sangat 'mahal' penangannya!

terima kasih kerana berada di situ :)




Monday, August 27, 2012

murtad

assalammualaikum..

sebenarnya rasa berat nak cerita kat sini, tapi rasa macam tak boleh tak cerita.

masa saya berjalan-jalan minggu lepas, masa tu dah lewat, kul1 pagi. saya, suami & adik ipar pergi makan kat satu kedai yg nampak meriah. kedai kecil tp penuh. alhamdulilah..ada 1 meja kosong. siap order, saya terpandang lelaki melayu di meja berdekatan. berbadan besar, berambut panjang dan berbaju hitam. 3 orang semuanya. usia dalam linkungan 30-40an.

saya baca tulisan di belakang baju salah seorang daripada mereka. barisan atas langsung saya tak faham, tapi  barisan bawah tertulis besar dan jelas hallelujah  .

tersentap gak! tapi saya tak puas hati, takan la melayu nak pkai baju gitu kan!

tiba-tiba datang 2 oarang kawan diaorang, seorang lelaki melayu dan seorang perempuan siap bertudung. dan lelaki tersebut memakai baju hitam bergambar salib depan dan belakang.

menyirap darah!

subahanallah!!

selama ni saya baca buku & dengar cerita je pasal murtad, tapi kali ni saya tengok dengan mata saya sendiri. saya betul-betul rasa tak senang duduk. terus ajak suami balik!!

ya ALLAH, peliharalah umat ISLAM dari terus meninggalkan ajaranmu.
berilah agama ISLAM kemenangan.
peliharalah umat-umat akhir zaman ini..

saya takut melihat semua itu.
semoga ALLAH memelihara kita semua.



Wednesday, July 25, 2012

mereka..

 assalammualaikum..

di sebalik rumah usang tu, tinggal 2 orang adik beradik. usiannya saya anggarkan 70 hingga 80 tahun atau mungkin lebih.. uzur.. 

si adik (lelaki) menjaga kakaknya yang tak boleh berjalan dan sakit. katanya 'makcik ni tak boleh jalan, dok 'mengesot' ja, sampai pungkoq pun takda dah.' lepas tu dia gelak. 'ishhh..tak malu no dok cita macam tu.'  dia membahasakan dirinya makcik. saya kira sepatutnya saya panggil dia tok. takapalah.

saya senyum je. dia sedang berceritakan tentang penderitaan dia dengan nada bahagia. sangat bersahaja. mimik wajahnya tersenyum manis. tak ternampakpun kesengsaraan diwajahnya. mungkin itu 'kelebihan' yang diberikan olehNYA. semoga saya juga mampu 'kuat' sepertinya, tetap tersenyum walaupun bercerita tentang kepayahan.

ketika saya sedang bersembang-sembang dengan  makcik tu, saya lihat adiknnya sedang menukar kain lusuh yang dipakainya, proses itu bermula dari saya mula bertandang. sangat lama bagi saya. pergerakannya sangat perlahan. satu..satu.. dia menukar kain lusuh dengan kain pelekat baru. saya anggap itu tanda saya diraikan. ;)

'makcik masak macam mana?'

'dia dok masak nasi (sambil menunjukkan adiknya), tapi dia pun bukannya tau sangat, makcik kena  basuh, buh ayaq. dia tak tau aih. masuk guna dapoq kayu, hok nu tak tau nak guna aih'

'oooo..tak tau guna dapoq gas nooo'

'haa..tak reti aih, dok pakai dapoq kayu ja'

'dok makan lauk apa?'

'dulu adik dok pi cari, ni dia pun sakit, tak sihat, sembelit..makan la apa yang ada, tak ada lauk aih.'

saya dah tak nak tanya banyak, saya sedang membayangkan mereka makan tanpa apa-apa. mungkin sekadar 'cukuplah perut kenyang'. terus terbayang menu-menu yang selalu menjadi hidangan saya, sup tulang, KFC, ikan bakar.. bezanya bukan kepalang! sangat bersyukur. terus terdedik 'saya tak nak membazir makanan dah!'

'makcik tidoq ada tilam'

'tak dak, tidok lagu tu ja la'

sayu mendengar. masih ada mereka yang tidur berlapikkan kain senipis daun. sangat berbeza dengan tilam vono  10 inci!! tapi mungkin tidur mereka lebih lena dari kita.. itu saya tak pasti, tapi kemungkinannya ada! 

'dia dok jiruih makcik'

'ooooo..'

 bayangkan macam mana adik lelaki yang kuderatnya sangat minimum memandikan kakaknya. saya anggap itu adalah pengorbanan. pengorbanan yang tidak boleh tidak dilakukan. dan saya anggap itu 'pahala free' untuk adiknya. mungkin di dunia tak nampak keuntungannya, nantilah DI SANA. insyallah..

'tak lama kita nak posa no'

'eh..makcik, besok kita posa dah'

'tu kaaa...nasib baik lagi, tidak ni tak posa dah kami'

makcik-makcik, walaupun uzur nak gak puasa. tak anggap uzur tu satu masalah untuk berpuasa. orang-orang yang sihat ni, sakit sikit je dah mengaku uzur dan tak nak berpuasa.

tujuan saya ialah menyampaikan amanat keluarga. selesai menyerahkan amanat, saya dan sahabat membuat penilaian di dalam kereta. kenapa ye jiran dekat tak bantu? kenapa je anak-anak tak bela? kena ye dia jadi macam tu? kenapa itu..kenapa ini.. banyak soalan yang tak dijawab!

kesimpulannya kami berpendapat mungkin ada kisah silam yang kami tak tahu dan tak perlu tahu, tugas kami hanya membantu sekadar yang mampu. biarlah kisah silam mereka, mereka simpan rapi. atau mungkin lebih elok jika dilupakan selamanya. corak cerita mereka ditakdirkan begitu. siapalah kami untuk menilai..








Monday, July 23, 2012

sawah


assalammualaikum.

sawah padi ni, setiap masa bila dipandang menawan!




Sunday, July 22, 2012

syukur..

assalammualaikum..

hari ni hari ke3 berpuasa dan harap semua OK & bersemagat ye.. kemarin saya dan suami 'meronda-ronda' mencari kabinet tv, kabinet dapur dan almari bj.. dalam perjalanan ke alor staq, kami singgah semua kedai2 yang jual perabot yang kami nampak. pulun kan? hehe..

ada satu kedai perabot, jual kabinet tv yang saya suka. tapi warna hitam, kami nak warna lain.. sedikit kecewa kat situ ye..  kami taknak beli sebab banyak lagi kenai nk gi tengok kan.. al-kisahnya banyak la kedai yg kami singgah, tapi kabinet tv yg awal2 saya tengok tadi gak terbayang2 kat mata ni.. saya pun teringat skill  anak sedara saya si abang afdlin tu. terus saya tadah tangan dan doa

 'ya allah, bagi la kami jumpa kabinet tv yang sama macam yang kami suka tu tapi  nak warna ### dan murah'

lepas je doa, suami berhenti kat satu lagi kedai perabot. dan dengan kuasa ALLAH, kabinet tv yang saya nak tu ada, dan warnanya macam yang saya nak dengan harga kurang RM100!!! alhamdulilah.. skill abang afdlin memang menjadi!

:)
;)

kami pun senyum lebar....dan lebar...dan lagi lebar...

misi ke2 nak cari kabinet dapur @ almari baju. salah satu je! biasa la kan, kena bajet.. ronda punya ronda saya dan suami ternapak kedai kabinet. masa nak masuk tu saya ckp 'abang, macam mahal je kedai ni, takut pulak nak masuk' suami pun jawab ' tu la, abang pun macam segan je, ayang masuk la dulu' ayat nak selamatkan diri!!

saya pun dengan muka tebalnya masuk. mata terus terbeliak tengok ada tertulis

''DIRASMIKAN OLEH DATO' MUKHRIZ B. TUN MAHATHIR''

ok! terus rasa nak keluar!! tak layak kot!

tapi takan la kami nak keluar macam tu je kan.. kami pun buat2 tengok la.. akak yang kerja situ pun macam malas nak layan. agaknya dia tengok kami ni memag tak mampu. takpa la, memang kami tak mampu pun. mahal sangat kot kedai tu!

next kedai, memang best! ikut bajet dan siap ada promosi lagi. cuma bayar rm200 untuk booking. rezeki ALLAH, kedai tu murah 50% daripada kedai2 lain yang kami tanya sebelum ni. so, kami pun booking. jap lagi dia nak datang ukur dapur!

:)

alhamdulilah..semua berjalan lancar, walaupun penat, tapi pencarian hari tu memang berbaloi.

syukur alhamdulilah..



 KABINET SAYA bukan SEPERTI DI ATAS

Tuesday, July 17, 2012

solat di masjid al - aqsa


assalammualaikum...

semalam saya mimpi. bersolat di masjid al-aqsa dengan ibu, adik lelaki dan adik perempuan saya.

alhamdulilah, walaupun tak dapat pergi betul-betul, sekurangnya saya pergi di dalam mimpi.

semoga suatu hari nanti saya dapat menunaikan solat disana dengan aman.

 :)

Friday, July 13, 2012

tiada akhirnya~bab 1

assalammualaikum..

jika dikenang 5 tahun lepas, tikamana saya dan suami baru mendirikan rumah tangga, masih terbayang tv 14inci yang menjadi peneman di rumah sewa. sekadar ada. memecah kesunyian. perkahwinan diusia 23 tahun bukan sesuatu yang mudah. dari situ kami melangkah dan mendaki. setapak demi setapak. setangga demi setangga. seterusnya kami membeli tv di pasar malam. barangan terpakai yang masih utuh dimata kami. 29ini! cukup besar jika dibandingkan dengan sebelumnya. senyum lebar saya, tanda kepuasan. walaupun barangan terpakai, ianya cukup membahagiakan.

sederhana. saya kira itu perkataan yang tepat bagi saya dan suami. kami hidup sederhana dengan cara kami. sederhana dimata kami. sekadar mengikut kemampuan.

entah apa tanggapan orang lain. tapi biarlah, kami selesa begini. kami bahagia begini.

saya ingat lagi..
ketika itu, suami belum memiliki motosikal. berulang alik dari rumah ayahnya menaiki basikal usang milik emak. basikal yang digunakan untuk membeli barangan dapur dijadikan pengangkutan utama suami berulang alik. bukan tiada kereta, tapi keretanya untuk saya berulang alik ke tempat kerja. keselesaan saya menjadi keutamaan. TL9716 dipandang sebagai 'sahabat' yang sangat disayangi. hingga kehari ini, jangan diusik TL. kenangan indah katanya. saya biarkan saja. kerana itu cinta hatinya.

saya ingat lagi..
Allah melimpahkan rezeki pada tahun pertama pernikahan. DIA beri rezeki untuk kami merasa. DIA beri rezeki untuk kami tersenyum. DIA hadiahkan kami kegembiraan. dipermudahkan segalanya. wajah suami tikamana memberitahu keuntungan dalam kerjanya merupakan suatu kenangan indah. wajah ceria itu masih utuh dalam ingatan.

saya ingat lagi..
dihadiahkan kepada saya kalungan emas. sebagai tanda kasih sayang katanya. dihadiahkan motosikal untuk dirinya sendiri. dilengkapkan TL sebaiknya. 

perkongsian hidup kami bukan bermula dengan kemewahan. kami sekadar budak kampung yang ada impian. selagi adanya ALLAH, saya percaya kejayaan akan ada. asalkan kami tak melupainya.




bersambung...







Tuesday, June 19, 2012

Monday, June 11, 2012

Nasi Goreng Daging Mewah

Assalammualaikum..

Pagi tadi ada mesyuarat tapak. Awal, kul 9.30 pagi. Nak keluar makan pun tak sempat, so saya tahan je perut yang tengah lapaq ni. Kami balik ke pejabat dalam kul 11 pagi. Saya terus call kedai makan kat bawah dan order nasi goreng daging & milo ais! Lepas 10 minit, saya turun, pergi ambil gambar projek depan pejabat, dan terus ambil nasi. Naik atas, duduk kat meja dan makan. Saya dibuai kesedapan nasi tu. Pakcik tu memang pandai masak, daging pun lebut sangat! Banyak pulak tu! Berbaloi-baloi RM3.50 yang saya keluarkan.

Hampir separuh saya makan, rakan saya balik.
Dia tegur 'aik, tak makan lagi ke? Tapau je?  Kami pun tak makan lagi, ni pi bank & tapau. Lapaq sangat-sangat ni.'

Saya menjawab 'tu la, lapaq ni'.

Dia duduk dan mengeluarkan 2 biji kuih dari jaket.

Dia makan dan minum air mineral.

Saya terus rasa tak tertelan. Nasi goreng yang mewah tadi tak mampu saya kunyah. Ya Allah..mewahnya rezeki yang kau limpahkan kepadaku. Aku bersyukur kepadamu. Ya Allah, kau murahkanlah rezeki semua umatmu. Murahkan rezeki mereka.

Saya tak mampu nak makan, atau lebih tepat, tak sanggup nak makan. Saya tutup bungkusan dan simpan. Air milo yang sedap tadi tak terasa kesepannya.

Jika dia perempuan, saya akan hulurkan nasi saya yang mewah itu. Saya akan berkongsi dengannya. Tapi dia lelaki, tak manis jika berkongsi bekalan dengan 'ajnabi'

Itulah kebesaran Allah, DIA nampakkan saya perkara sebegitu untuk saya berfikir dan bersyukur.

Wednesday, June 6, 2012

AMANAH

Assalammualaikum..

Amanah bukanlah suatu perkara yang perlu dipandang ringan. Seorang ayah dan ibu mempunyai amanah yang sangat berat. Bukan sekadar memberi makan, memberi pelajaran, memberi keselesaan, tapi ingatlah.. mewahkan anak-anak dengan ilmu akhirat. Secara peribadi,saya melebelkan anak sebagai harta dunia akhirat.

Sangat sedih apabila melihat ibu bapa yang tidak mencorakkan anak-anak dengan cara Islam. Tak pernah kejutkan anak untuk bersolat subuh. Tak kisah anak-anak tidur ditengah hari tanpa solat zohor. Membiarkan anak-anak bermain tanpa solat asar. Tak pernah mengarahkan anak-anak pulang apabila maghrib. Dan membiarkan anak-anak tidur tanpa solat isyak.

Tak tahukah itulah sahaja hartamu bila roh meninggalkan jasad?

Jadi kenapa nak salahkan anak-anak bila perilaku mereka tak seindah anak-anak yang diasuh dengan ajaran Islam?

Saya sedih bila melihat semua itu.



Saya sedih melihat rumah keluarga Islam yang tak dipasang lampu pabila subuh menjelma. Sunyi.. Tak kedengaran bunyi alunan air untuk berwuduk.

Bahagiakan hidup tanpa Islam?
Berkatkan hidup tanda solat?
Lengkapkah hidup tanpa berdoa?

Bagi anak-anak yang dibesarkan tanpa arahan solat dari ibu bapa, berubahlah.. Bukankan anda sudah cukup besar untuk berfikir? Adakah anda ingin mengulangi kesalahan ibu dan ayah anda? Tak terasa rugikah?

Berubahlah.. Kembalilah kepada Islam.
Solatlah..
Berdoalah..


Jadilah manusia yang boleh dijadikan pedoman. tak mengapa jika tidak hebat, tetapi sekurang-kurangnya berubahlah.

Ingatlah ajal tak lewat walau seminit. Dah bersediakah anda?

sekali lagi saya berpesan, solatlah..

:)

Gambar Belangkas