Semester ini saya mendapat satu kelas di Fakulti Sains Gunaan. Bermakna saya perlu menghadapi masalah parking yang memang kritikal di kawasan Menara. Strategi saya datang awal dan saya merancang ke tempat parkir bertingkat bersebelahan Pejabat pendaftar dan Dewan Sri Budiman.
Walaupun kelas saya bermula jam 8:30pg, tetapi seawal jam 7:30pg saya sudah ke kampus dan terus menuju ke fakulti untuk punch-in, dan terus ke parkir bertingkat. Selalunya saya sudah berada di kawasan parkir jam 7:45pg dan saya membaca buku ataupun Al-Quran terjemahan sementara menunggu jam 8:20pg.
Minggu ini seusai habis kelas jam 10:30 pg, saya tidak terus kembali ke kereta kerana ramai pula anak murid yang datang bertanya...jadi saya lewat turun...sampai di kereta sudah jam 11:15pg..
Sampai sahaja di kawasan parkir, saya tergamam ! Hurmm...bagaimana saya hendak keluar?
Kelihatan sederetan kereta-kereta yang parkir melintang menghalang kereta saya dari keluar...
No comments:
Post a Comment