Friday, March 6, 2015

Misteri patung cantik La Pascualita


La Pascualita merupakan sebuah patung yang sudah berusia kira-kira 80 tahun yang berada di sebuah kedai pakaian pengantin di bandar Chihuahua, Mexico. Patung ini benar-benar cantik, sesiapa yang melihatnya akan terpesona.

Sebenarnya La Pascualita menyimpan misteri. Kononnya, La Pascualita adalah mayat anak pemilik kedai pengantin terdahulu, Pascuala Esparza. Anak Pascuala itu meninggal dunia  kerana digigit labah-labah hitam. Mengapa mereka membuat kesimpulan demikian? Hal ini kerana wajah patung tersebut mirip sekali dengan anak pemilik kedai tersebut.

Selain itu, bila kita perhatikan, La Pascualita berbeza dengan patung pada umumnya. Ia mempunyai mata yang besar, lengkap dengan saluran darah, begitu juga dengan tanggannya yang dilengkapi dengan garis tangan yang nampak terperinci dan jelas. Sonia Burciaga, pekerja kedai yang bertugas menggantikan pakaian La Pascualita, mengaku sering menggigil hingga tangannya basah kerana melihat bentuk tangan yang benar-benar sempurna itu.

Ternyata apa yang dirasakan oleh Sonia itu  juga dirasai oleh ramai orang yang berkunjung ke tempat tersebut. Mereka mengaku saat memilih-milih barang di dalam kedai, seolah La Pascualita tengah memandangnya. Ada juga yang mengatakan bahawa patung cantik ini berpindah kedudukan di malam hari.








Banyak spekulasi mistik mengenai La Pascualita yang misteri ini. Jika benar patung tersebut adalah mayat, maka proses pengawetannya terlalu sempurna.

Sehingga kini misteri La Pascualita  masih belum dapat diselesaikan.

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas