Petua ubat selsema tradisional.
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.
Sakit selsema! Hmm, paling tak selesa kalau kena selsema! Hidung berair je. Nak buat kerja pun susah. Aku jarang nak kena sakit. Alhamdulilah dekat situ, tapi bila kena macam ni, memang agak teruk sikit.
Bila kena sakit selsema ni, mesti akan sangkut dengan sakit kepada + sengal-sengal otot. Uhh, mesti pakej kan? Rasanya mungkin keadaan cuaca sekarang yang kerap hujan. Bukanlah aku cakap hujan tu tak bagus ya, hujan itu bagus kerana ia menyejukkan bumi.
Tapi serius selsema ini akan membuatkan kita menjadi tidak selesa. Terutama sekali bila kita nak bercakap. Bunyi sengau je. Tapi aku kalau nyanyi dengan suara macam ni, merdu tau! Wahahahaha.
Bila dah kena sakit selsema ni, wife pun sibuklah memikirkan apakah petua yang bagus. Mulanya aku rasa nak demam pun ada, jadinya aku suruh wife aku buatkan bubur barli. Fuh! Sedap makan panas-panas bubur barli ni.
Lepas tu, wife cakap, ikutkan petua ubat selsema tradisional, tumbuk bawang putih, lepas tu letak dalam stokin, lepas tu pakai. Fuhhhh panjang sikit. Mulanya sebab bau. Tau jelahkan bau bawang putih, penuh 1 bilik tidur bau bawang putih ni. Lepas tu, panas! Ha, aku rasa panas je kaki aku.
Ok, baik. Berkesan atau tidak petua yang wife aku ajarkan ni? Yang aku sendiri taktau mana dia belajar. Hahahahaha. Jawapannya ialah... Tak!
Sebabnya, aku bangun je tidur, sekejap je ok hidung aku ni, lepas tu terus selsema balik. Haish. Petua apa daa. Hahahaha. Tak berkesan sungguh.
Sebabnya, aku bangun je tidur, sekejap je ok hidung aku ni, lepas tu terus selsema balik. Haish. Petua apa daa. Hahahaha. Tak berkesan sungguh.
Petua Selsema.
Disebabkan petua yang isteri aku buat tak berapa memang tak menjadi. Jadinya aku pun tanyalah kat pakcik google, apakah petua terbaik untuk sakit selsema ni.
Info ini aku dapat daripada blog : http://www.petuatradisional.com/
Petua #1 : Ambil beberapa batang daun sirih dan lap hingga bersih. Tumbuk atau hancurkan batang-batang sirih tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapukan lendir tersebut ke hidung dan sekitarnya.
Petua #2 : Ambil sebiji limau nipis. Perah airnya ke dalam bancuhan teh suam kosong tanpa gula atau susu. Kacau dan minum air campuran tersebut.
Ha. So, aku dah dapat petua ni, insyaAllah, balik kerja ni nak buat. Pada yang turut sama mengalami sakit selsema ni, boleh la cuba petua di atas ya. Tapi bukan petua bawang putih tu ya! Hahahahha
No comments:
Post a Comment