Tuesday, March 31, 2015

Dapat susu, kurang nyamuk 'hasil reformasi' Anwar

Dua bulan selepas dipenjarakan, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya telah membawa 'reformasi' ke penjara Sungai Buloh.

Sekarang, penghuninya dihidangkan susu tiga kali seminggu, yang tidak ada dalam menu sebelum ini, dan kini nyamuk juga berkurangan.


Setelah mendapat tahu mengenai aduan penghuninya mengenai nyamuk di perkarangan penjara, Anwar telah menyampaikan perkara itu kepada Menteri Besar Selangor Azmin Ali melalui peguamnya.

Ekoran itu, kerajaan negeri untuk mengarahkan pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan operasi menyembur asap di kawasan itu.

Hasilnya, kini sudah kurang nyamuk, kata peguam Latheefa Koya kepada Malaysiakini.

Beliau juga berkata, peguam Anwar boleh bertemu dengannya secara dekat, tetapi keluarganya, bagaimanapun, hanya boleh berkomunikasi dengan beliau menggunakan telefon melalui halangan kaca.

Sementara itu, Anwar juga menyampaikan ceramah agama kepada para penghuni dan juga mengadakan sesi kaunseling.

Bagaimanapun, Latheefa berkata sejak Anwar, yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh, ditempat di bahagian sayap hospital di penjara itu, interaksinya dengan penghuni lain semakin berkurangan.

"Oleh itu, beliau tidak dapat memberi ceramah agama dan sesi kaunseling seperti sebelum ini," tambah Latheefa.

Pada 10 Februari, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan tudahan liwat terhadapnya dan hukuman lima tahun penjara.

Ketua pembangkang itu bertegas bahawa ia adalah tuduhan palsu oleh musuh politiknya tetapi kerajaan menafikannya. - Mkini

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas