Windmill Melaka
Sumber : windmill station
Malam semalam, duit gaji masuk. Jadinya, aku pulak dah lama tak makan lamb chop dekat windmill ni. So, ajaklah wife makan dekat windmill bukit beruang. Sebabnya, lokasi ni yang paling dekat dengan rumah aku.
Nak kata dekat pun tak dekat la jugak alor gajah dengan bukit beruang ni. Cumanya "lokasi" ini sahaja yang pada aku, kurang kenderaan, kalau nak dibandingkan dengan windmill area bandar melaka sana.
Baik. kenapa windmill? Dan bukannya restoran lain. Nak ikutkan, rasanya sama je dengan restoran lain kan? Ha, inilah rahsia kenapa windmill jadi pilihan aku.
Sebelum nak cerita lebih panjang lagi, boleh tak, aku nak tunjuk apa yang aku makan malam tadi? Hehehehe, bukan niat nak menunjuk, sebab, ada sesetengah orang akan cakap, ala, heboh je nak letak gambar apa yang dia makan. Diam-diam sudah.
Almaklumlah, inikan blog, jadinya, bila kita bercerita, perlulah ada gambarnya juga. Supaya ianya lebih mudah nak faham. Tak gitu? Haaaa panjang sikit.
Untuk air, aku order 2 jer. Air tembikai saiz kecik dengan hot chocolate. Sebabnya, kalau aku makan, memang tak banyak air yang aku minum, jadinya, kalau aku beli 3, jadi membazir pulak kan? Anak aku kongsi minum dengan aku. Untuk mak nya pula, minum hot chocolate ya. :)
Untuk makanan lak, ini untuk anak aku merangkap mak dia punya jugak. Hahahahaha. Pun aku takut kalau aku order 3, tak habis nanti, dah membazir.
Nasi goreng cendawan. Mulanya, aku ingat yang warna coklat tu cendawannya, rupanya salah pulak. Itu ayam ya. Cendawan ada dalam nasi-nasi tu. Hish. Tertipu pulak mata aku ni kan.
Hip hip Horayy! Ini aku punya! Wahahahahha. Lama sungguh aku tak makan lamb chop. Terliur pulak bila abang tu hantar kat meja aku. Cepat-cepat! Saya nak makan ni.
Aku sangat sukakan daging kambing, dulu sebelum nikah, boleh kata kerap jugaklah aku ke windmill ni, tapi lepas dah ada isteri dan anak, terpaksa la aku kurangkan.
Aku berseorangan mencari rezeki untuk keluarga. Ni, insyaAllah, bakal menimang cahaya mata yang kedua pula, jadi perbelanjaan tu perlulah aku susun betul-betul. Bukan kata tak boleh makan kat tempat macam ni, boleh, cumanya tak sekerap dululah.
Baik, berbalik semula kepada kenapa aku memilih windmill dan bukannya restoran yang lain. Pertamanya, adalah di sebabkan suasana di dalam restoran ini.
Suasananya santai dan bersesuaian dengan keluarga. Lagu yang di pasangnya juga berbentuk santai. Aku memang suka keadaan semacam ini.
Keduanya adalah, tiada bunyi bising, jeritan-jeritan suara atau asap rokok. Ini bagus untuk aku dan keluarga. Aku sangat jarang makan di luar atas kerana faktor ini.
Aku tak minat bola. Dan aku sangat memahami mereka yang sangat fanatik dengan bola. Ada juga sekali tu, terasa nak makan luar. Aku bawalah family aku. Bila gol je, semua menjerit. Gol!!! Aku dengan wife biasa je, tapi kesian dekat anak aku la. Terperanjat. Bulat mata beliau. Ha.
Apa pun, aku sangat berpuas hati dengan menu yang dihidangkan dekat windmill ni. Dan aku sangat berpuas hati dengan suasana di dalam restoran ini. Terima kasih kerana memberikan yang terbaik untuk pelanggan anda. Kalau korang nak cari masakan western yang sedap-sedap, boleh datang ke windmill yang terdekat ya!
No comments:
Post a Comment