Saturday, March 7, 2015

[Gambar] ISIS gantung 8 mayat di gerbang Kota Hawija


Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), Sabtu (7/3/2015), mengeluarkan sejumlah foto mengerikan yang memperlihatkan lapan mayat digantung dengan kedudukan terbalik di gerbang bandar Hawija, wilayah Kirkuk, Iraq.

Di atas pintu gerbang itu kelihatan bendera hitam ISIS, sementara penduduk sekitar termasuk kanak-kanak menyaksikan kelapan orang yang digantung itu.


Di antara kelapan mayat itu beberapa memakai pakaian tentera. Namun sejauh ini belum diketahui apakah mereka memang anggota tentera Iraq.

Dalam salah satu foto terlihat seorang ahli ISIS yang diyakini adalah Abu al-Rahman bergambar di depan kelapan jasad tergantung itu sambil memberikan penghormatan khas ISIS.


Diyakini, Hawija akan digunakan ISIS sebagai pangkalan terkuat mereka di saat Amerika Syarikat tengah melatih pasukan Iraq untuk merebut kembali Mosul yang ketika ini dijadikan "ibu kota" ISIS.

Di bandar ini pula sejumlah tahanan berpakaian seragam oren diarak keliling bandar di dalam sangkar. Perarakan tebusan itu dikeluarkan ISIS melalui sebuah video pada Februari lalu.


Video itu dikeluarkan tak lama selepas ISIS melaksanakan pilot Jordan Muath al-Kassasbeh dengan cara dibakar hidup-hidup di dalam sebuah kurungan.

Hawija adalah bandar dengan sebahagian besar penduduknya adalah Sunni Muslim. Bandar ini sangat strategik kerana mempunyai jalan raya yang menghubungkan Mosul dan Baghdad.




Sumber: Kompas.com
Foto: Dailymail.co.uk

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas