Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam memperoleh kebenaran Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk melanjutkan tempoh reman ke atas 11 pegawai kastam pelbagai pangkat bagi membantu siasatan kes berkaitan penyeludupan barang-barang yang tidak dibayar duti kastam.
Semalam, mahkamah juga membenarkan tahanan reman selama tujuh hari ke atas seorang lagi pegawai kastam yang ditahan semalam. Dia ditahan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur.
Enam daripada 11 pegawai kastam dilanjutkan reman selama tujuh hari termasuk seorang "Datuk" dan empat lagi disambung reman sehingga esok.
Dalam pada itu, seorang lagi pegawai yang juga bergelar "Datuk" disambung reman selama enam hari.
Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Nazri Omran bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2010.
Seramai 12 pegawai kastam ditahan reman selama tujuh hari mulai 4 September lalu.Semalam SPRM memohon untuk melanjutkan tahanan reman. Mereka ditahan dalam operasi khas pada 3 September lalu di Lembah Klang dan Ipoh, Perak.
Seorang lagi pegawai kastam yang ditahan reman sejak 4 September lalu dibebaskan semalam tanpa syarat.
Kesemua mereka berusia antara 35 hingga 58 tahun dan salah seorang merupakan pengarah kastam negeri.
Pegawai-pegawai yang ditahan itu dibawa ke Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada pukul 10.25 pagi semalam dengan sebuah bas.
Semalam, SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais manakala kesemua pegawai kastam diwakili barisan peguam diketuai oleh Gerard Lazarus. - Mkini

No comments:
Post a Comment