Bagi mereka yang bosan dan tiada berbuat apa-apa pada malam ni, jangan lupa luangkan masa untuk menonton telefilem komedi seram ini.
Membariskan pelakon hebat seperti Izreen Azminda, kumpulan Bocey dan Nas T, telefilem komedi seram "Homestay Berhantu" dijangka menggamit keseronokan dan ketakutan pada malam ini jam 8.30 malam di TV9.
Menurut pengarahnya, Amor Rizan, beliau melihat kumpulan Bocey mempunyai bakat yang sangat besar dan sekiranya mempunyai lebih banyak masa, beliau ingin terus mencungkil apa yang terpendam dan dimiliki kumpulan berkenaan.
"Namun masa terlalu suntuk kerana jadual mereka begitu padat dan saya cuma ada enam hari untuk menjalani penggambaran telefilem ini berikutan kesibukan mereka. Tetapi mereka juga memberikan kerjasama yang sangat bagus dan penuh disiplin, walaupun kadangkala penggambaran menjangkau ke awal pagi.
"Izreen juga tidak ketinggalan memperlihatkan kehebatannya dalam mendalami watak di mana beliau melakonkan watak Mawar, yang juga penari Mengadap Rebab. Izreen dengan penuh komited belajar untuk menari tarian terbabit dalam masa hanya 2 jam sebelum penggambaran.
No comments:
Post a Comment