Tan Sri Khalid Ibrahim menerima dengan hati terbuka keputusan PAS mencalonkan dua nama sebagai penggantinya sebagai menteri besar Selangor dan akan memohon menghadap sultan Selangor ekoran perkembangan terbaru itu.
“Sehingga DYMM Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan negeri Selangor bersama empat ahli MMKN (exco) daripada PAS akan meneruskan pentadbiran bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini,” katanya.
Dalam mesyuarat jawatankuasa pusat yang dinantikan-nantikan pagi ini, PAS mencalonkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai pengganti Khalid di samping nama sedia ada Datuk Seri Wan Azizah Ismail.
Parti itu juga memutuskan empat exconya di Selangor akan tetap kekal dalam kabinet Khalid buat masa ini dan mereka tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor daripada PKR.
Dalam kenyataannya sebentar tadi, Khalid juga mengucapkan terima kasih kepada “rakan-rakan” dan semua rakyat Selangor atas sokongan dalam usaha bersama menjayakan agenda reformasi di Selangor.
“Saya juga berterima kasih atas kesabaran semua pihak dalam penyelesaian isu dan perkembangan-perkembangan terkini mengikut tatacara yang betul dan berasaskan undang-undang.
“Insya-Allah, rakyat Selangor akan terus dipelihara dan diberkati Allah SWT,” katanya.- Mkini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Selain Bukit Jugra di Selangor boleh dikatakan tapak bersejarah dan berkeramat,ada satu lagi lokasi bersejarah zaman perang dunia ke2 yang b...
-
Bila ada yang berkata ‘untuk apa pakai tudung tapi buat dosa maksiat’ maka ia adalah satu kenyataan salah. Ini kerana dosa melakukan maksiat...
No comments:
Post a Comment