SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) campur tangan dan meneliti proses pemecatan beliau dari PKR.
Kata beliau, walaupun undang-undang ROS tidak membenarkan urusan pertubuhan termasuk parti politik dibawa ke mahkamah, namun beliau akan menggunakan saluran itu.
"Saya tidak akan membawa perkara ini ke mahkamah, tapi saya akan juga meminta Pendaftar Pertubuhan untuk melihat kepada tatacara bagaimana pertubuhan-pertubuhan menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka," katanya pada sidang media di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang hasrat beliau untuk meneruskan tindakan mahkamah ke atas PKR selepas memecatnya tanpa memberi peluang untuk memberi penjelasan.
Jumaat lalu, Abdul Khalid telah meminta Lembaga Disiplin PKR menangguhkan sesi pendengaran berhubung dakwaan salah laku dan mencadangkan ia diadakan pada 15 Ogos.
Bagaimanapun katanya Lembaga Disiplin meneruskan sesi pendengaran itu tanpanya pada Sabtu lalu dan memutuskan supaya keahliannya digugurkan serta-merta.
Abdul Khalid dipecat dari keahlian PKR kerana enggan mematuhi keputusan parti agar memberi laluan kepada Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikannya sebagai Menteri Besar Selangor. - SH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Selain Bukit Jugra di Selangor boleh dikatakan tapak bersejarah dan berkeramat,ada satu lagi lokasi bersejarah zaman perang dunia ke2 yang b...
-
Bila ada yang berkata ‘untuk apa pakai tudung tapi buat dosa maksiat’ maka ia adalah satu kenyataan salah. Ini kerana dosa melakukan maksiat...
No comments:
Post a Comment