Bekerja dalam suatu organisasi, memerlukan komitmen yang menyeluruh. Jika organisasi di mana kita bekerja perlu bergerak, maka pekerja-pekerja juga perlu berpindah. Perpindahan pekerja dari satu tempat ke tempat yang lain adalah lumrah dalam alam pekerjaan.
Mereka yang mempunyai ibu bapa yang bekerja sebagai Guru, polis atau tentera lazimnya memang sudah maklum perlu berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain mengikut keperluan pekerjaan. Malah saya masih ingat semasa saya masih bersekolah rendah, bapa saya sendiri yang bekerja sebagai pegawai penjara (Warder ) juga di arahkan berpindah...malahan bukan bapa saya seorang sahaja, tetapi hampir keseluruhan pekerja perlu berpindah dari Muar, Johor ke Kamunting, Perak!!! Terbayang-bayang abah membuat tong-tong dari kayu untuk memuatkan barang-barang yang perlu dibawa berpindah.
Apabila tiba harinya, kami semua menaiki bas-bas yang disediakan dan bertolak ke Taiping, Perak.. Perjalanan pada waktu itu dirasakan sangat jauh dan memakan masa yang sangat lama...kerana waktu itu masih belum ada Lebuhraya Utara-Selatan, bas-bas hanya mengikuti jalan-jalan kampung yang lama ...nostalgia semasa kecil!
Kini apabila diri sendiri memegang jawatan sbg seorang ketua jabatan kecil dalam sebuah organisasi yang besar, keputusan perlu dibuat. Perkara paling sukar adalah memilih siapakah di antara mereka yang perlu berpindah. Masing-masing tidak mahu kerana kehidupan sudah stabil di tempat dimana mereka bekerja sekarang, atau pun suami/isteri bekerja di sekitar Lembah Klang. Oleh itu, adalah mustahil suami/isteri dapat mengikut bersama berpindah ke sebuah negeri di selatan tanahair dan jauh ke pendalaman ladang kelapa sawit dengan tiada pembangunan langsung.
Zaman sekarang pula menyaksikan ramai para isteri sudah bekerja, bukan lagi seperti zaman ibu bapa kita yg kebanyakannya hanya suri rumah. Apatah lagi sekarang ini, kebanyakan pekerja di bawah ku ramai yang perempuan, manakala suami masing-masing pula bekerja di syarikat-syarikat private di Lembah Klang..keputusan berpindah adalah sangat sukar! Malah sudah ada yang memberitahu akan meletak jawatan jika mereka diarahkan berpindah, manakala yang senior sudah berura-ura akan pencen awal.
Alangkah mudahnya jika ramai yang volunteer sendiri ...tak perlu lah diarahkan mereka berpindah...

No comments:
Post a Comment