Nak cite ni..nak cite ni...
tengah ronda cari hotel. |
Pinggang tak sakit sangat, tapi bahu makcik ni ha!! Lenguh!! Berdenyut-denyut je!! Nasib baik la masa nak balik baru sakit. Tapi berbaloi aarrrrr... Enjoy sangat!
Naik motor ni lagi rasa fresh! Haa..fresh sampai muka tak rasa apa sebab sejuk sangat! muhahaha..
Nasib baik la saya siap bawa bekal baju. Kami ni kalau pi mana-mana selalunya memang bawa baju, buat 'simpanan' kot-kot terjadi aktiviti camni la. Kerja gila!
Serius best!
hujan!! |
Macam kena cubit!
Mat fariq ckp tu tak ikut konvoi lagi, kalau ikut konvoi lagi best!!
Eleh..tu nak bagitau yang group dia best la tu..tu nak pi konvoi lagi la tu.. akai....
Feeling naik motor ni lain dari naik kereta.. Bestnya naik motor ni, kita berhubung terus dengan alam.. Haa..masuk metafora la pulak! Macam mana yek nak terangkan? heeemm...u all kena rasa sendiri la.. susah nak menggambarkan perasaan saya ni.;) eemm...maybe rasanya macam perempuan dapat bunga, or budak-budak dapat mainan, or tiba-tiba kita dapat hadiah 1 juta!! macam tu la rasanya...
'ayang awat tak suh abang dok tegak,tak smart la' ~ah! malas layan |
Malam tu kami bermalam kat sana, hotel banyak, tapi susah nak cari bilik yang selamat untuk motor tu. Mat fariq ni memilih! Nak bilik yang nampak motor la, nak letak motor betul-betul dpn lobi la.. Tapi alhamdulilah..jumpa gak hotel bajet macam yang dia nak. Puas hati tak sangga la dia tu!
Pagi tu lepas sarapan nasi lemak, kami pi makan salad kat Big Red Strawberry Farm.. Kami suka sangat tempat ni, besar, bersih, selesa dan menarik sangat. Kat sini ada jual macam-macam punya makanan berunsurkan strawberry, jus ada, salad ada, kek ada.. harga berpatutan. Best.. kat sini ada jual salad segar gak, 1 pokok RM2 je..siap boleh pilih n petik sendiri. Tapi tinggi sangat, masa naik ok lagi, part nak turun tu. Kalau naik kereta saya tak pi dah tempat tu. Gayat sangat!!!
RM3 je 1 pelastik tu ;) |
RM4.90.. |
pakaian tak macam nak gi jauh je.. |
Lepas tu kami gi BOH Sungei Palas Tea Centre. Masa untuk minum teh ye.. Selalunya kami gi kat kilang BOH, tapi kali ni kami gi tempat Ombak Rindu tu.. Saya ngan mat fariq suka minum teh Gunung Palas & Gunung Chantik.(mat fariq ikut je, saya yang sesuka hati pilih) Saya syorkan siapa yang pi sana, ambil yang teko, ha..boleh refill air. Tambah RM1 je.. Lupa cakap, teh tu RM9 untuk 2 orang.. boleh dapat 2 setengah cawan untuk 1 teko. Ala..kalau refill pun teh tu masih terasa. Fresh!
Puas gak meronda kat sana. Ronda naik motor lagi best dari kereta. ;)
Lepas tu, kami balik.. Saja nak balik awal, sebab nak sampai awal, sebab besok tu kan isnin, kan kerja.
izahhhhhhhh... |
love!! |
kat pasar malam byk jual ni. madu lebah + sarang |
makcik, beli la..Rm 2 je.. |
kelapa laut.. beli air lg sedap la! dah la mahal..RM5 |
otw balik, singgah kuala sepetang! sedap!! |
Alhamdulilah..kami selamat pergi dan selamat balik. Walaupun percutian tak terancang, tapi enjoy dah sangat best. Insyallah lepas ni boleh la buat kerja gila lagi.. ;)
No comments:
Post a Comment