Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh semua sahabat blogger...
Lihat kalendar... 2hb Mac 2012...
Apa???????????? Sudah masuk bulan Mac?
lagi beberapa jam...nak masuk 3hb Mac 2012...
bersamaan 10 Rabiul Akhir 1433 ..
....
....
....
Rasanya ..masih terbayang-bayang tarikh 1 Jan 2012 ...
rasa baru saja menjejakkan kaki masuk ke tahun 2012...
baru sahaja menyenaraikan perkara-perkara yang hendak dilakukan pada tahun ini...
belum lagi dapat 'tick' item dalam senarai tersebut menandakan ianya sudah dimulai, sudah dilakukan ...
Tiba-tiba sudah masuk bulan Mac?
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak terjadinya kiamat, hingga waktu terasa saling berdekatan. Satu tahun seperti satu bulan dan satu bulan laksana satu minggu. Satu minggu bagaikan satu hari, dan satu hari ibarat satu jam, serta satu jam laksana kobaran api (cepat sekali berlalu);- (Riwayat Tirmidzi).
No comments:
Post a Comment