Tuesday, April 26, 2011
Ulasan drama Melayu : Tersasar di Jalan Mu
Aku tak suka tengok cerita melayu. Aku tak boleh tengok cerita Melayu sampai habis. Tengok 10 minit aku dah boleh mencarut satu hari. Itulah kelebihan filem Melayu. Hanya ada satu filem yang aku boleh tengok walaupun diulang banyak kali. Tajuknya Bukit Kepong. Dalam filem tu kalau korang ingat ada dua orang kanak-kanak adik-beradik bernama Jamilah dan Hussain yang kematian ibubapa dalam peristiwa tersebut. Sebenarnya mereka terpisah sejak peristiwa itu hinggalah pada tahun 1990an dalam rancangan Jejak Kasih mereka dipertemukan semula buat kali pertama. Tapi skrip pertemuan tak adalah dalam cerita Bukit Kepong tu cuma aku nak bagitau hebatnya filem bercorak patriotik lagi bersejarah macam ni hingga boleh membawa kesinambungan itu keluar. Ok dah habis iklan.
Aku nak tulis pasal drama Melayu yang best tajuk dia Tersasar di JalanMu arahan Erma Fatima yang ditayangkan pada 2007 atau 2008 di RTM1. Drama ni aku tertengok bukan nak tengok pun. Tengok 5 minit aje tapi aku dah dapat rasakan cerita ni menarik sebab ini cerita tentang kehidupan masyarkat di lorong gelap dan pelakonnya Rosnah Mat Aris dan Adlin Aman Ramli memang mantop. Pelakon-pelakon lain dalam drama tu pun superb terutama penagih dadah dan pondan...erk. Hish susah aku nak puji drama dan pelakon Melayu tapi inilah cerita melayu kedua yang aku boleh tengok berulang kali.Cerita ini pun ada kesinambungannya di luar. Nak tengok cerita ni cari kat google dan downloadlah.
Drama tertumpu pada sebuah keluarga yang pincang dan komuniti yang bergelut dengan noda dan dosa. Mami bekerja membuka gerai makanan dan suaminya pula kerjanya tikam ekor. Anak lelaki (Yasir) pengedar dadah dan dua anak perempuan (Ilya dan Ayuni)masih bersekolah. Di gerai Mami itulah menjadi tumpuan masyarakat lorong gelap berkumpul bercerita akan masalah masing-masing dan secara tak langsung Mami menjadi penasihat dan membantu komuniti di situ sedikit sebanyak. Tetapi Mami terlupa akan keluarganya dengan membiarkan Yasir dengan dadahnya dan selebihnya mengharapkan sistem persekolahan dua orang anaknya lagi itu boleh menjadikan anak-anaknya seperti orang. Di samping berniaga Mami dan suaminya menyewakan bilik-bilik untuk mereka yang mahu melampiaskan nafsu. Tidak ada perasaan berdosa atau malu menyuruh anaknya Ayuni yang sedang meningkat remaja membukakan pintu-pintu bilik untuk orang melakukan zina.
Tetapi Ayuni mempunyai kesedaran untuk mengubah nasib dirinya di masa hadapan juga bercita-cita mengubah kawasan lorong gelap itu menjadi satu tempat yang bersih dari maksiat. Idolanya adalah kakaknya yang banyak menasihatinya tetapi kakaknya tidak seperti apa yang dipertuturkan sebaliknya terjebak dalam kancah bohsia dan dadah.
Ayuni mempunyai seorang sahabat baik bernama Aiman yang tidak bersekolah dan melakukan kerja buruh.Ibunya adalah seorang pelacur. Untuk Aiman ibunya adalah seorang yang baik walaupun dirinya dibiarkan hidup sendiri. Aiman mewakili suara hakikat anak-anak terbiar di lorong gelap yang gagal untuk melihat perkara keji itu suatu perkara yang keji dan berdosa. Untuk dua sahabat ini mereka berkongsi masalah dan kegembiraan sesama mereka tanpa keluarga yang ambil peduli.
Drama ini penuh dengan dialog berbentuk sindiran dan salah satu adegan yang menarik ialah apabila Mami menyebut kepada suaminya berjudi itu haram seolah2 tidak nampak haramnya ke atas perkara yang lain. Juga dengan watak seorang penagih dadah dengan menyanyikan lagu Jika Kau Fikirkan Kau Boleh sangat ironik.
Jalan cerita yang menarik, mudah dan merangkumi semua konflik sosial seperti pengedar dadah, penagih, pondan, pelacur, permasalahan anak-anak lorong gelap juga berjaya mengupas punca-punca remaja bermasalah menjadikan drama ini begitu hidup. Memang patut drama ini mendapat anugerah drama Terbaik Anugerah Skrin 2009 walaupun pada awalnya drama ini dianggap sampah oleh siaran tv yang lain tetapi RTM telah menongkah arus menayangkan drama ini. Tang mana sampah entahlah tapi video xxx yang bertaraf jamban tu boleh pulak masuk berita berhari-hari pulak tu. Double standard sungguh. Contohilah RTM dua-dua dia sapu.
Untuk drama ini aku mengangkat 10 jari dan menemukan jari-jari ini bersama tapak tangan berulang-ulang kali. Untuk video xxx yang berdurasi 1 minit 47 saat tu yang mencapai taraf kotak pejabat dalam tempoh kurang 24 jam yang ceritanya hanya berkisar ulang alik masuk jamban sehingga youtube pun terpaksa banned, maka dengan itu aku dengan bangganya mengangkat kedua-dua jari tengah. Oklah tu. Adios!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...
No comments:
Post a Comment