Saturday, April 2, 2011

Babah dan Ibu redha dgn pemergian mu Yasmin Damia

pic ni sewaktu dirumah, hari pertama dan terakhir deena dapat belai dan mandikan arwah yasmin

1 April tepat jam 5 petang arwah Yasmin Damia telah menghembuskan nafas terakhir selepas doktor pakar berhempas pulas sedaya upaya menyelamatkan arwah, namun kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Hanya selama 14 hari sahaja arwah yasmin di pinjam kan pada kami..

Sebelum itu, pada jam 1 petang waktu deena dan abang yg masih berada dalam feri dalam perjalanan ke Hospital, dihubungi oleh doktor yg yasmin tenat. Abang menggengam tangan deena, meyakinkan yg yasmin pasti tiada apa-apa . sambil teresak-esak menahan tangis, dalam hati deena tetap berharap  agar yasmin stabil semula.
Sampai di hospital, doktor telah sedia menanti untuk menjelaskan keadaan sebenar. ketika itu deena lihat arwah baru sahaja diberi bantuan cpr oleh doktor pakar. menurut doktor, jantung nya telah terhenti sebanyak 2 kali.. dos yg diberi sudah tahap maksimum dan doktor tidak berani meletakkan harapan kerana keadaan yasmin damia amat tenat. deena dan abang tak mampu nak berkata hanya dengar dan angguk tanda akur dan faham dgn ape yg doktor jelaskan.

Deena lihat yasmin  amat lemah, abang sempat bisikkan dua kalimah syahadah di telinga arwah, dan dlm waktu yang sama deena panggil Yasmin Damia berulang kali, hanya allah yg tahu betapa pilu, sedih, dan kasihan bila yasmin membuka mata nya perlahan-lahan.. "Ya Allah beri la aku peluang untuk membesarkan yasmin.. ya allah beri la aku peluang utk menjaga yasmin hingga akhir hayat...doa deena ketika menatap wajah arwah Yasmin Damia... 

Tapi ,siapa lah kita untuk menentukan segala-galannya.. selang beberapa minit yasmin mula tenat kembali dan doktor bergegas mengepam dada dan juga melakukan cpr. deena berlari keluar tak sanggup menatap wajah pucat lesi yasmin waktu tu, doktor datang berjumpa abang beritahu "harapan utk yasmin amat tipis ! dan untuk kali kelima selepas degupan jantung yasmin terhenti ia stabil semula.. syukur yg mampu deena dan abang ucapkan. lalu kami ambil keputusan segera pulang ke Langkawi coz abang mahu buat bacaan Yassin di masjid.

Apa kan daya, kegembiraan deena tak lama, setengah jam selepas menaiki feri ke Langkawi, dalam pukul 5 petang doktor menghubungi abang agar patah semula ke hospital. tak mungkin kami  ke hospital kembali ? sedangkan dah berada ditengah laut.! abang cuba menenangkan deena dan terima dengan redha atas pemergian arwah Yasmin Damia.. sukar utk deena bayangkan waktu tu, fikiran kosong ! sampaikan deena fikir ini hanya mimpi semata-mata. 

Jam 6 petang setibanya di Langkawi, deena dan abang bergegas pulang kemas baju  dan deena bawa sekali bantal dan selimut arwah. tiba di jeti kuala perlis kami  pergi berempat ditemani rakan abang. selesai uruskan jenazah arwah di hospital kami terus bergerak ke Kelantan dan sampai jam 3 pagi. Saat kami mengucup jenazah yasmin buat kali terakhir, babah yasmin tak mampu menahan sedih sambil ditenangkan oleh mak mertua. sayu hati bila melihat arwah yasmin seperti sedang lena beradu, deena cium pipi dan dahi arwah berulang kali.. dan dalam pukul 11 pagi tadi arwah yasmin damia selamat disemadikan. Semoga arwah yasmin damia tenang di alam sana. amin..

Disini deena dan suami ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada saudara mara, sahabat2 di facebook, blogger, dan sahabat diluar sana atas segala doa dan ucapan takziah...

p/s:  berdoa agar dipertemukan arwah yasmin damia di dalam mimpi... ibu rindu sayang :(

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas