Sebelum bertolak pulang ke langkawi semalam, deena dan abang singgah dahulu di pusara arwah Yasmin Damia. wlau berat hati melangkah pergi, dari kejauhan deena titipkan doa dan berjanji utk selalu pulang menziarahi pusara arwah yasmin. Selepas 3 hari pemergian arwah, jiwa dan ingatan kami seperti di bawa pergi tanpa arah dan haluan. Bagi yg pernah mengalami situasi sebegini pasti faham apa yg kami alami dan rasa.
Bukan mudah sebenarnya untuk kita menerima ujian yang maha hebat ini, jika tak kuat dari segi mental dan fizikal. Sedangkan melihat penderitaan atau kehilangan orang lain di luar sana pun kita bersedih hingga menitis air mata, ini kan pula anak yang dikandung dan kita lahirkan hilang sekelip mata... belum pun puas nak menatap,bermanja dan memberi sepenuh perhatian pada dia, ternyata jika DIA kata setakat itu rezeki kami, maka terima la dgn redha biarpun payah utk menerima dan terpaksa menanggung kesedihan yang teramat sangat
.
Alhamdulillah dengan ada nya sokongan dan kata semangat dari kedua belah pihak keluarga, anak2, sanak saudara dan teman-teman, deena dan suami mampu lagi bertahan agar tidak terlalu mengikut perasaan. namun dalam hati kami hanya Allah sahaja yg tahu.. Buat pertama kali nya selepas 3 hari pemergian arwah yasmin, deena bermimpi yg arwah seolah tak mahu melepaskan pelukan deena pada nya, dan juga arwah dikelilingi teman-teman yg seusia dgn nya ketika itu.. maha besar kuasa mu Ya Allah... :( dan deena mengucup sepuas nya arwah Yasmin.. hingga tersedar dari mimpi.
p/s : sebak bila terpandang katil, botol susu, walker dan pakaian arwah yasmin.. :((
No comments:
Post a Comment