Hari ni genap 7 hari pemergian arwah yasmin damia, dan kenduri tahlil dah pun di adakan di kampung ( kelantan), minggu depan deena dan abang pula akan adakan tahlil di masjid. Mak ada pesan pada deena cari bayi perempuan yang sama baya dengan arwah, belikan susu dan pakaian serta niat untuk arwah yasmin. Dari lahir arwah tak sempat menyusu badan hanya waktu arwah di wad tu jer la sekali dapat di beri susu badan itu pun melalui tiub. atas sebab itu la kata mak, klu boleh dibelikan susu dan juga pakaian untuk bayi yg seusia dgn arwah.
Hari ini juga deena terasa sangat kehilangan arwah, mungkin terbawa-bawa teringatkan arwah dan deena tak henti-henti mencium bantal dan sarung tangan arwah di rumah ni. Kadang-kadang fikiran entah kemana, btul la kata orang mau gila atau sasau bila kita kehilangan orang yg kita sayang. Deena cuba menahan kesedihan dan air mata, tapi bila melihat gambar-gambar arwah dan barang-barangnya deena jadi lemah dan bagai anak kecil menangis semahu-mahu nya.
Deena akui, ramai lagi diluar sana yg merasai kehilangan anak, bukan deena seorang yang diuji sebegini, tapi sebagai hambanya deena dan abang telah merasa sendiri bagaimana perit dan sengsara bila melihat anak yg baru di lahirkan, bawa pulang, dimasukkan ke hospital, melihat keadaan arwah yg lemah di wad P.I.C.U, dan yg paling sayu adalah hari terakhir ketika arwah meninggalkan kami pada jam 5 petang 1 april lalu, ketika itu arwah sangat tenat. hanya allah sahaja yang tahu betapa luluh nya hati kami.. :(( sesungguhnya kami redha dan terima qada dan qadar dari NYA.. alfatihah buat anak ibu dan babah arwah Yasmin Damia...
p/s: tatkala membaca komen dr teman-teman, mengalir air mata kami,dan terima kasih juga pada teman yg sudi berkongsi pengalaman mereka dan beri kata semangat pd kami berdua..
No comments:
Post a Comment