Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Sunday, April 26, 2015

Kaedah Mencuci Uri Yang Betul.

Kaedah Mencuci Uri Yang Betul|cuci uri mengikut islam|ceritaejoy.

Bila bercerita mengenai menyambut kelahiran anak kedua pada awal post aku pagi tadi, ia sebenarnya berkaitan dengan ceritaejoy kali ini. Uri. Ha, bila berlaku kelahiran, uri pasti ada. Kalau ada yang tak tahu macamana rupa uri ni, boleh tanya dengan pakcik google ya. Hehehe. Ok, berbalik kepada entry aku kali ni, apakah kaedah mencuci uri yang betul mengikut islam.

Aku pada awalnya, sewaktu kelahiran anak pertama aku dulu, memang tak tahu apa-apa. Langsung tak tahu. Jadi, bila tak tahu, aku pun tanyalah dengan orang-orang lama. Macam-macam juga yang mereka ajar aku. Bila semuanya selesai, tergerak jugalah aku nak tanya pakcik google, rupa-rupanya, apa yang aku buat tu, semuanya bukanlah cara islam yang betul dan sekadar adat atau amalan orang-orang melayu.

Sewaktu kelahiran anak pertama dulu, mereka ajar aku bungkus uri tu dengan kain dan ikat dengan tali yang diperbuat dengan kain juga, lepas tu letakkan dalam balang plastik. Dalam balang tu pula, kena letak paku. Aku yang tak tahu apa-apa waktu tu, ikutkan sahaja lah. Tetapi selepas aku belajar, ianya bukanlah seperti itu. 

Ok, aku cuba kongsikan kaedah mencuci uri yang betul mengikut cara islam ya.

Kaedah Mencuci Uri Yang Betul.

1. Mulakan dengan bacaan Bismillahirahmannirrahim.

2. Selepas itu, cucilah uri dengan bersih, hilangkan semua darah yang ada pada uri tersebut.

3. Bilas dengan air yang bersih dan berselawatlah serta mendoakan perkara-perkara yang baik kepada anak.

4. Kemudian, ambil asam jawa dan garam, gunakan bahan-bahan tersebut untuk cuci uri. Tujuannya adalah untuk menghilangkan bau hanyir darah. 

5. Selepas uri dicuci bersih, letakkan di dalam bekas yang mudah reput atau kain.

6. Gali tanah sedalam mungkin, ini untuk mengelakkan ianya dari di gali oleh haiwan.

7. Bacalah Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa menanam uri tersebut.

8. Tidak perlu letak lilin atau apa sahaja semasa menanam uri, takut kalau ianya boleh mendatangkan syirik dan khurafat.

Dah selesai. Mudah je kan uruskan uri ni. Diharap ianya dapat membantu serba sedikit pada mereka yang tidak tahu apakah kaedah mencuci uri yang betul mengikut cara islam. 

Haffizul iskandar.

Friday, April 17, 2015

7 Tips Penulisan Terbaik.

7 Tips Penulisan Terbaik|rahsia menulis entri berkualiti|ceritaejoy.

Lama pulak rasanya tak kongsikan tips blog kat blog ceritaejoy ni. Sebenarnya, ia sekadar bacaan kat ebook je, tapi apa salahnya kalau nak kongsikan kat sini kan? Jom baca 7 Tips Penulisan Terbaik.

7 Tips Penulisan Terbaik.

1. Rangka apa yang ingin kita katakan sebelum mula menulis.

Ambil sehelai kertas atau buka notepad, dan mula merangka penulisan anda. Apa sahaja idea yang ada, tulis/taipkan dahulu. Ia semacam "keywords" kepada penulisan anda.

2. Cipta tajuk yang hebat.

Ia adalah rahsia kepada kejayaan blogger malaysia yang berjaya di dalam dunia blog. Tajuk yang hebat adalah senjata utama kepada penulisan anda. Tajuk yang hebat mampu menarik pembaca untuk teruskan bacaan mereka. Penulis yang baik, pasti ada kelebihan di dalam menghasilkan tajuk yang hebat.

3. Tulis cerita yang pertama dahulu tanpa perlu ada kerisauan kepada susunan ayat atau cerita.

Ini antara kesukaran di dalam menghasilkan penulisan terbaik. Apa kata anda tulis dahulu cerita anda sehingga habis. Selesai sahaja penulisan anda, baca semula dan susun ayat atau cerita ada supaya ia menjadi lebih sempurna

4. Selesai menulis, tulis semula perengan pertama dan terakhir. Kerana ini adalah part yang paling penting.

Perengan pertama dan terakhir adalah kunci kepada penulisan anda. Permulaan penulisan anda perlulah ada elemen pertanyaan di dalam diri pembaca. Apabila wujud elemen ini, pembaca akan menghabiskan bacaan mereka untuk mencari jawapan kepada pertanyaan mereka. Di pengakhiran cerita, anda mestilah menjawab soalan kepada penulisan anda.

Rahsia menulis entri berkualiti.


5. Gunakan ayat pendek sahaja di dalam penulisan. Kerana ianya mudah di hadam pembaca.

Biasakan guna ayat yang pendek di dalam penulisan anda. Bahasa yang ringkas dan mudah di hadam pembaca di antara rahsia menulis entri berkualiti.

6. Juga biasakan menulis di dalam perengan yang pendek. 

Ini adalah suatu perkara yang tidak boleh dinafikan. Apabila pembaca melihat kepada penulisan perengan yang terlalu panjang, wujud perasaan malas di dalam minda mereka. Minda mereka terasa terlalu berat untuk teruskan bacaan.

7. Selesai menulis, baca semula tulisan kita dan betulkan tulisan-tulisan yang salah. Jika sedikit, ia tidak akan menjadi masalah, jika ia terlalu banyak, ia benar-benar menganggu.

Kosa kata memainkan peranan yang sangat penting di dalam menghasilkan penulisan yang berkualiti. Kesalahan di dalam tulisan adalah gangguan terbesar di dalam penulisan anda. Jadi, sentiasa periksa semula kosa kata di dalam penulisan anda selepas anda selesai menulis.

Ok. Selesai sudah 7 Tips Penulisan Terbaik yang boleh anda praktikkan. Semoga ia dapat membantu anda di dalam menghasilkan penulisan yang berkualiti.

Haffizul Iskandar.

Thursday, April 16, 2015

Tidak mensyukuri nikmat Allah.

Tidak mensyukuri nikmat Allah|ceritaejoy.

Tidak mensyukuri nikmat Allah. Sebenarnya cerita ni 2-3hari lepas, tapi baru harini aku dapat nak kongsikan. Ia lebih kepada pendapat aku semata-mata. Yelah, kalau kita bercakap dengan orang tu, di cakapnya kita ni lebih dari ustaz pulak. Tapi apa salahnya cakap kalau ianya betul. Kan?

Ceritanya, 2-3 hari lepas hujan lebat. Hujan waktu petang, waktu habis kerja. Jadinya, mana-mana pekerja yang bawa motosikal, dah tentulah akan kebasahan kan? Macam aku, aku memang selalu bawa baju hujan, jadi takda masalah kat situ. Tapi kalau aku tak bawak pun, aku tetap juga akan redah hujan tu, sebabnya, waktu balik kerja. Sampai rumah, terus mandi. Kalau waktu pergi kerja, kena fikir banyak kali la kan. Hehehehe.

Nak di jadikan cerita, keesokkan harinya, aku duduk lepak-lepak dekat rest area tempat kerja aku. Aku terdengar perbualan seorang pekerja yang "kebasahan" waktu balik kerja. Antara ayatnya macam ni:

" Aku nak balik cepat semalam, hujan pulak, aduh, babi betul"

Aku yang ngah sedap minum nescafe ni, macam tersentak sekejap dengarnya. Hujan yang turun tu adalah rahmat. Kita sepatutnya bersyukur dan bukannya mengeluh atau menyalahkan. Bila bumi ni panas je, orang duk minta-minta hujan. Waktu hujan, orang duk minta-minta panas. Dah kenapa kan? Hujan yang membasahi bumi ni, menyejukkan tanah. Pokok-pokok kat hutan sana tu, hidup segar dengan air hujan ni. Mana ada orang yang suka-suka nak siram pokok dekat hutan. Ada ke? 

Manusia yang tak tahu bersyukur macam ni, patutnya kita hantar dia ke negara yang langsung takda hujan. Biarkan dia rasa macamana. Orang-orang dekat negara tu, sangat-sangat menghargai air hujan yang turun. Mereka yang dekat sini, dok maki-maki. Inilah manusia yang tidak mensyukuri nikmat Allah.

Lagi satu yang buat aku terasa dengan ayat saudara tu adalah, "aduh, babi betul". Ayat tu sebenarnya ditujukan pada apa? Pada hujan ke? Atau pada sang pencipta? Dari mana datangnya hujan jika tidak dengan izin Allah? Atau ada manusia yang kerjanya menghasilkan hujan?

Hujan yang dihasilkan manusia, tidak akan sama dengan apa yang dihasilkan oleh Yang maha esa. Mana mungkin ia sama! Manusia itu sendiri dijadikan oleh Allah, jadi, mana mungkin manusia mampu menandingi kuasa Allah.

Kita ni hamba, setiap kejadian di bumi ni, ada hikmahnya. Bukan saja-saja je dia nak buat. Bukan saja-saja je dia turunkan hujan tu hari isnin, atau selasa atau hari apa-apa pun. Pasti ada hikmah dekat situ. Kita ni sepatutnya bersyukur, bukannya maki hamun. Hai, manusia-manusia.

Kang di baginya kita banjir nak? Air jugak, sama macam hujan. Itu dah bukan nikmat, itu bala dari Allah. Dah diberinya kita hujan kita tak tahu bersyukur. Kan? Sebenarnya, manusia yang tidak mensyukuri nikmat Allah ni, mereka tidak akan pernah bersyukur dengan apa yang mereka ada. Pendek kata, mereka tak tahu apa maksud syukur tu. Kena ada seseorang yang ajarkan pada mereka, hari-hari atau setiap masa erti syukur dan barulah mereka akan belajar bersyukur. Takkan sampai macam tu sekali kan?

Aku hanyalah insan kerdil yang selalu mengingatkan diri aku, alhamdulilah jika ada rakan-rakan blogger malaysia yang turut sama mengingatinya. Tak perlu jadi ustaz atau alim ulama jika kita nak kongsikan kebaikan agama. Jadilah manusia yang tahu bersyukur dan bukannya manusia yang tidak mensyukuri nikmat Allah. Jangan sampai dah di timpa bala, baru nak sedar. Yer.

Haffizul Iskandar.

Monday, April 13, 2015

Belum Tahu Jantina Anak.

Belum tahu jantina anak|Cara-cara ketahui jantina anak.

Aku ada bercerita mengenai Debar menanti kelahiran anak kedua aku. Tetapi aku tak bercerita apakah jantina anak aku. Ceritaejoy kali ni, nak kongsikan sedikit perihal jantina anak. Sebenarnya, aku tak tahu pun jantina anak aku. Sungguh! Hahaha, bukanlah kata nak surprise, Aku dan isteri ada juga pergi scan, tapi baby dalam perut tu kepit, taknak kasi tengok. Ha? Boleh ek main kepit-kepit? Ada orang cakap, ada cara-cara ketahui jantina anak tanpa scan. Tapi aku macam tak yakin pulak. Sebabnya, yelah, kalau scan, boleh terus nampak, ni kalau main teka-teka, yang keluar berlainan pulak, macamana? Ha.

Sebenarnya, aku tak kisah pun, lelaki atau perempuan. Asalkan sihat walafiat sudah. Mungkin sebab anak sulung aku lelaki. Dan sebab yang kedua adalah, aku cuma plan nak 2 orang anak je. Erks. Bila aku cakap aku nak 2 orang anak, ramai juga kawan-kawan dan ahli keluarga yang tanya, cukup ke? Adik beradik aku ada 7 orang, adik beradik isteri aku pula ada 5 orang. Jadi, kami dalam kategori keluarga yang subur ( Ini nurse yang cakap ye, bukan aku saja-saja nak cakap). Jadinya, bila sebut nak 2 orang anak jer, ramai pula yang berkata-kata.

Kalau nak ikutkan isteri aku, dia nak seorang anak je. Adoi. Sebenarnya, kenapa aku nak 2 orang, adalah supaya, mereka tak bosan dan ada teman bermain. Aku dah tentu banyak habiskan masa di tempat kerja. Isteri pula, akan mula sibuk dengan perniagaan tempahan baju kurung dia, jadi, masa bersama dengan anak-anak tu, akan sedikit kurang. Kalau ada teman bermain, takdelah anak-anak akan jadi bosan. Betul tak?

Atas sebab itulah, walaupun aku belum tahu jantina anak aku, aku masih boleh cool je. Wahahahahahahha. Bohonglah kalau aku cakap 100% cool kan. Perasaan nak tahu tu ada, cuma peratus dia kecil lah. Pagi ni aku ada tanya dengan pakcik google, apakah cara-cara ketahui jantina anak tanpa melalui proses scan.

Jalan punya jalan, pakcik google suruh aku tanya dengan Aminin dot my aku sharekan dekat sini. Info ini aku dapat dari blog dia ya. Bagi pasangan suami isteri yang tak mahu scan atau tak ada masa nak pergi scan, bolehlah cuba petua orang tua-tua ni. Cumanya, janganlah percaya sangat ye, mungkin betul, mungkin juga tidak. Kalau nak lebih yakin, bolehlah scan. Apa pun, anak adalah rezeki Allah. Biarlah dia lahir dengan sihat dan sempurna. Ya.

Cara-cara ketahui jantina anak mengikut petua orang-orang tua.

1. Lihat pada perut si ibu. Kalau perut ibu kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan, maka anak dalam kandungan itu lelaki. Kalau perut ibu bulat bundar/melebar ke tepi, itu kemungkinan anak perempuan.

2. Lihat pada nipple breast kedua-dua pasangan. Kalau nipple suami atau isteri terbelah, maka anak dalam kandungan tu perempuan. Sebaliknya, kalau nipple isteri tu bulat/timbul maknanya anak dalam kandungan itu adalah lelaki.

* Hebat betul orang-orang tua dulu ek? Sampaikan ke part ni pun mereka tengok? Haish. Lain macam pula aku bacanya. Hihihihihi.

3. Lihat pada cara tidur si ibu. Kalau ibu suka tidur mengiring ke kanan, maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. Kalau ke kiri, anak perempuan lah ye.

4. Lihat pada sikap si ibu. Kalau suka bersolek semasa mengandung, kemungkinan anak yang dikandung adalah perempuan. Kalau tidak suka, kemungkinan anak lelaki.

*Hmm, yeker? Kalau si ibu dah memang suka bersolek, supaya nampak cantik di mata suami, macamana pula? Ish. 

5. Lihat pada wajah si ibu, jika berseri-seri, anak yang dikandung itu adalah lelaki. Dan kalau tak berseri, anak itu adalah perempuan. Sebabnya. orang cakap, anak tu tarik seri ibu dia.

* Macamtu, kena letak nama anak seri ke? Hehehehe.

6. Dan yang terakhirnya, lihat pada respon anak lelaki atau perempuan. Jika anak perempuan suka pada si ibu, makanya, anak di dalam kandungan adalah anak lelaki. Dan begitulah sebaliknya.

*Hai, ini memang semulajadi ke, dari perut lagi dah suka-suka ya. Hihihihihi.

Jadi inilah serba sedikit perkongsian petua orang dulu-dulu, cara-cara ketahui jantina anak tanpa melalui kaedah scan. Cumanya, janganlah terlalu percaya ya. Mungkin ia terjadi secara kebetulan sahaja. Dikurniakan zuriat sahaja sudah cukup besar maknanya. Walaupun aku masih belum tahu jantina anak aku, aku tetap bersyukur kerana dikurniakan zuriat. Alhamdulilah.

Sunday, April 12, 2015

Rahsia Surah Yasin Ayat 58.

Rahsia surah yasin ayat 58|Kelebihan surah yasin ayat 58.


Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah diulang sebanyak 7 kali 
untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan. 

Jika boleh niatkan sebegini: 

1) YA-ALLAH YA-RAHIM

Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku 

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN

Kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam 

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK

Kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat. 

4) YA-ALLAH YA-JABBAR

Makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini 

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR

Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin 

6) YA-ALLAH YA-WADUUD

Kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin 

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM

Makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.

Amin.

Tuesday, April 7, 2015

Manusia Lidah Bercabang

Manusia Lidah Bercabang|Maksud Lidah Bercabang.

Manusia lidah bercabang adalah bermaksud Manusia yang selalu berubah-ubah percakapannya ataupun seseorang yang mendatangi seseorang dengan percakapan yang baik dan mendatangi orang lain lalu mengatakan keburukan orang itu. Di dalam bahasa mudahnya, depan cakap lain, belakang cakap lain. Jenis manusia yang melaga-lagakan orang, atau menyebabkan perbalahan orang lain dengan kata-kata yang songsang.

Apa kaitannya dengan entry aku kali ini? Aku hampir setiap hari berhadapan dengan manusia semacam ini. Yang mana, ianya berlaku di depan mata aku sendiri. Dan sudah tentu aku tidak akan bersekongkol dengan mereka.

Pernah sekali aku mengulang apa yang dikatakan oleh manusia lidah bercabang ni, kepada orang yang dikatakan, semasa manusia ini ada di tempat yang sama! Boleh korang bayangkan bagaimana rupa keadaan manusia ini ketika itu? Sudah tentu malu bukan? Aku tidak pernah sukakan manusia semacam ini. Kerana mereka mampu merosakkan hubungan manusia, tetapi kita terpaksa menerima hakikat yang mana mereka sememangnya ada di kalangan kita.

Baru pagi tadi, ada kes yang mana majikan aku menjumpai suatu masalah yang sememangnya sudah lama beliau tegur. Semasa berbual dengan rakan-rakan aku, rakan yang terlibat dengan masalah ini, mengatakan hal yang lain. Tetapi bila majikan aku bertanyakan kepadanya, beliau menyalahkan orang lain pula. Kata-kata yang keluar dari mulut dia, sama sekali tidak sama semasa beliau berbual dengan kami. Inilah yang orang cakap manusia lidah bercabang tu.

Tak usah cakap orang lainlah. Aku sendiri pernah kena dengan manusia macam ni. Aku dapat tahu dari rakan aku jugak. Bila aku tiada di office. Perbualan mereka akan ke arah aku. Macam-macam perkataan yang keluar dari mulut mereka. Tetapi bila aku ada di office, perbualan mereka akan beralih arah kepada orang lain. Yang mana orang ini, yang sebelumnya, berbualkan perihal diri aku.

Nampak tak kat situ apa yang berlaku? Depan kita, mereka akan berbualkan hal yang baik. Seperti langsung tidak ada masalah, tetapi di belakang, kita seperti musuh mereka. Golongan manusia semacam inilah yang perlu kita elakkan. Mungkin tidak bagi anda, tetapi YA bagi aku.

Aku sangat memilih siapa rakan aku. Aku melihat dari semua sudut. Memang benar aku bukanlah sesiapa, tetapi aku adalah raja di dalam hidup aku. Aku berhak membuat keputusan dengan siapa aku mahu berkawan. Kerana apa? Kerana aku tidak mahu manusia yang suka bermuka-muka atau lebih tepatnya manusia lidah bercabang ada di kalangan aku. 

Bagaimana rakan-rakan di tempat kerja? Kata pilih kawan? Aku hanya bersama mereka bila ianya diperlukan sahaja. Dalam erti kata lainnya, semasa kerja, haruslah kerja dengan betul, tetapi tidak semasa waktu sosial. Biarlah aku duduk sorang-sorang daripada lepak dengan manusia lidah bercabang ni.

Wednesday, April 1, 2015

Hilang Kuasa Membeli.

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Tahun 2015 adalah tahun yang mana di dalam pandangan aku, merupakan permulaan tahun kepada pengguna hilang kuasa membeli. Atau ianya sudah lama berlaku tanpa aku perasan sedikit pun?

Manakan tidak, bermulanya cukai baru ni, segala macam harga barang naik. Setahu aku, kalau dibandingkan dengan sistem pencukaian sebelum ni, harga barang sedia ada sepatutnya menurun. Kan?

Kalau kita tengok dengan harga barang semasa yang berkemungkinan meningkat lagi, di tambah dengan cukai sedia ada, mestilah lebih mahal kan? Ambil la contoh roti. Kalau sebelum ni, beli roti cuma RM0.80. Selepas sistem cukai yang baru, harganya sedikit naik kepada RM0.85. Tak mustahil, sedikit masa lagi, bila semua barang untuk membuat roti naik, harga roti pun naik dan menjadikan harga roti menjadi RM1.50 katakan. Harga semakin meningkat dengan bentuk yang semakin mengecil. Betul tak?

Dulu kalau kita beli, penuh je plastik tu dengan roti, sekarang ni, harga makin mahal, tapi penuh dengan ruang kosong je plastik tu sebab roti dah semakin mengecil. Ini yang aku maksudkan hilang kuasa membeli tu.

Lepas tu, sekarang ni, aku banyak dengar kawan-kawan bercakap perihal kad tambah nilai juga dikenakan cukai. Kalau sebelum ni, harganya adalah RM10, tetapi selepas cukai baharu, ianya menjadi RM10.60.

Ini juga aku maksudkan dengan hilang kuasa membeli. Kita beli dengan harga RM10.60 untuk kegunaan RM10. Bayar mahal untuk perkara yang kecil. Lainlah kalau kita beli murah dengan penggunaan maksima. Kan?

Ramai orang yang dah perasan dengan benda ni. Perbelanjaan rumah sekarang ni, boleh dikatakan beratus-ratus kalau nak dibandingkan dengan sebelum ni. Ni, lepas sistem cukai baru ni, sudah pasti jumlah ini akan bertambahkan? Kita keluarkan jumlah yang besar hanya untuk perkara yang sama tetapi dengan kuantiti yang semakin mengecil. Owh! Apakah yang sudah berlaku?

Nilai yang sama dengan pengunaan yang semakin mengecil. Pengguna semakin hilang kuasa membeli.

Bercakap tidak mendatangkan apa-apa. Kerana setiap tahun, kita perlu berhadapan dengan inflasi. Kalau sebelum ni, aku cukup risaukan, bagaimana kehidupan anak-anak aku kelak, tetapi sekarang, mindset aku berubah serta merta!

Aku sekarang lebih risaukan bagaimana kehidupan aku sekeluarga. Aku macam rasakan kehidupan yang ada sekarang semakin terhimpit. Mahu tak mahu, kita perlu berhadapan dengan semua perkara ni.

Tahun 2015 adalah permulaan kepada tahun-tahun sukar. Kehidupan mereka yang seperti aku, perlu menambah waktu kerja yang sememangnya sudah sampai ke tahap maksimum. Bukan kerana mahu hidup senang lenang, tetapi untuk meneruskan kehidupan sedia ada. Masa bersama keluarga akan menjadi lebih singkat.

Tumpuan kepada anak-anak akan menjadi semakin berkurang. Manakan tidak, keluar kerja, anak masih tidur, pulang kerja anak sudah tidur. Jadi, tidak hairanlah mengapa kanak-kanak sekarang menjadi lebih "extreme"! Semua kerana kehidupan sedia ada.

Masa itu sentiasa ada. Betul. Cuma soalan aku adalah, cukup atau tidak masa itu? Sempat atau tidak? Ini bukan zaman dimana orang baru mengenal dunia. Ini adalah zaman dimana orang mengubah dunia menjadi sesuatu yang lain.

Jom kita sama-sama fikirkan apakah langkah-langkah yang perlu untuk berhadapan dengan dunia yang semakin extreme ni. Pengguna yang semakin hilang kuasa membeli.

Maksud Perkataan Sado

Maksud sado.

Assalamulaikum Dan Salam Sejahtera.

Tak siapa yang tahu dari mana datangnya perkataan sado ni. Mulanya aku sendiri pun tak tahu apa maksud sado ni. Tapi aku biasa sangat dengar orang cakap, abang sado, abang sado. Jadi, disebabkan rasa ingin tahu yang kuat tu, aku pun tanyalah pakcik google maksud perkataan sado ni.

Bila dah dapat tahu, aku pun gelak sakan la. Hahahahha. Rupanya maksud sado adalah kacukan 2 bahasa iaitu Besar+Doh. Ianya khusus untuk lelaki-lelaki bina badan. Yang menjadikan gym di antara lokasi yang paling banyak dikunjungi.

Owh, patutlah orang cakap abang sado, abang sado, rupanya besar+doh. Hehehehehe. Inilah maksud perkataan sado yang sebenarnya. Dah terlanjur bercerita pasal sado ni, nak jugak aku kongsikan gambar-gambar yang sado ni. Hehehehhe.

Jeff Seid


Sergi Constance


Lazar angelov.


Aku minat jenis badan yang macam ini je. Yang besar-besar sangat tu, erks. Macam kurang peratus minat tu. Hehehehe.

Sekarang dah tahu kan maksud perkataan sado?

Tuesday, March 31, 2015

Penyanyi terhebat di dunia.

Tips menyanyi dengan baik

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Siapakah penyanyi terhebat di dunia? Apakah tips menyanyi dengan baik? Sebenarnya, entry ini langsung tidak menceritakan siapa penyanyi terhebat di dunia. Sebabnya, aku sendiri pun tak tahu siapakah penyanyi yang dimaksudkan tu.

Cumanya ianya sekadar perkongsian dari mata aku sendiri. Baik, siapa yang aku maksudkan ni? Mereka adalah penyanyi yang menjadikan bilik air atau tandas sebagai medan lontaran suara lemak merdu mereka.

Ha! Rasanya mereka tu termasuklah diri aku sendiri kot. Hahahaha. tapi itu dulu. Waktu aku muda remaja trang tang tang. Sekarang tak lagi. Kang aku dok sedap menyanyi dalam bilik air, apa pula kata anak aku kan? Hehehehe.

Sebenarnya, aku nak bercerita perihal pekerja di syarikat aku bekerja sekarang. Rasanya, beliau betul-betul menjadikan syarikat ini sebagai rumah keduanya. 

Selalu juga aku perhatikan rakan sekerja aku ni. Kalau dia masuk tandas, pasti akan diiringi bermacam-macam lagu yang dipasang melalui handphone dia yang besar sehingga menutup sebahagian muka tu.

Pernah sekali aku ada dalam tandas, betul-betul waktu dia pun ada kat dalam tandas tu. Situasi aku waktu tu, dah macam dekat konsert besar! Seperti berhadapan dengan penyanyi terhebat di dunia!

Rasanyanya, volume handphone dia dah tahap maksima dah + dengan suara dia! Adoi! Bang, dah macam konsert dah bang. Kalau 1 lagu ok la jugak kan. Ni dah macam complete 1 album dah!

Yang buat aku pelik adalah, dia boleh menyanyi macam tu sekali. Hamboi, betul punya feel ek? Lepas tu, tak lenguh ke kaki tu mencangkung lama-lama bang? Hahahahaha.

Tapi, perasankah anda, mereka yang suka menyanyi di dalam tandas ini, akan bernyanyi sepenuh hati dan bersungguh-sungguh? Rasanya, siap dengan tangan dan memek muka. Kot.

Inilah tips menyanyi dengan baik. Mungkin juga suatu keadaan yang terbaik di dalam melatih vokal suara di dalam perjalanan menjadi seorang penyanyi terhebat di dunia. Mana tahu kan?

Tetapi, janganlah menjadikan tandas di syarikat sebagai ruang untuk anda melontarkan suara merdu anda tu. Sebabnya mudah jer, ia adalah milik semua orang. Mungkin ada yang menyukai suara anda, tapi pasti ada yang tak suka. Kan?

Jadi, inilah di antara tips menyanyi dengan baik di dalam bergelar penyanyi terhebat di dunia. Hahahahha. Nak percaya boleh, taknak pun takpe. Hehehhehe. Daa~


Sakit Selsema!

Petua ubat selsema tradisional.

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Sakit selsema! Hmm, paling tak selesa kalau kena selsema! Hidung berair je. Nak buat kerja pun susah. Aku jarang nak kena sakit. Alhamdulilah dekat situ, tapi bila kena macam ni, memang agak teruk sikit.

Bila kena sakit selsema ni, mesti akan sangkut dengan sakit kepada + sengal-sengal otot. Uhh, mesti pakej kan? Rasanya mungkin keadaan cuaca sekarang yang kerap hujan. Bukanlah aku cakap hujan tu tak bagus ya, hujan itu bagus kerana ia menyejukkan bumi.

Tapi serius selsema ini akan membuatkan kita menjadi tidak selesa. Terutama sekali bila kita nak bercakap. Bunyi sengau je. Tapi aku kalau nyanyi dengan suara macam ni, merdu tau! Wahahahaha. 

Bila dah kena sakit selsema ni, wife pun sibuklah memikirkan apakah petua yang bagus. Mulanya aku rasa nak demam pun ada, jadinya aku suruh wife aku buatkan bubur barli. Fuh! Sedap makan panas-panas bubur barli ni.

Lepas tu, wife cakap, ikutkan petua ubat selsema tradisional, tumbuk bawang putih, lepas tu letak dalam stokin, lepas tu pakai. Fuhhhh panjang sikit. Mulanya sebab bau. Tau jelahkan bau bawang putih, penuh 1 bilik tidur bau bawang putih ni. Lepas tu, panas! Ha, aku rasa panas je kaki aku.

Ok, baik. Berkesan atau tidak petua yang wife aku ajarkan ni? Yang aku sendiri taktau mana dia belajar. Hahahahaha. Jawapannya ialah... Tak!

Sebabnya, aku bangun je tidur, sekejap je ok hidung aku ni, lepas tu terus selsema balik. Haish. Petua apa daa. Hahahaha. Tak berkesan sungguh.

Petua Selsema.

Disebabkan petua yang isteri aku buat tak berapa memang tak menjadi. Jadinya aku pun tanyalah kat pakcik google, apakah petua terbaik untuk sakit selsema ni.

Info ini aku dapat daripada blog : http://www.petuatradisional.com/

Petua #1 : Ambil beberapa batang daun sirih dan lap hingga bersih. Tumbuk atau hancurkan batang-batang sirih tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapukan lendir tersebut ke hidung dan sekitarnya.

Petua #2 : Ambil sebiji limau nipis. Perah airnya ke dalam bancuhan teh suam kosong tanpa gula atau susu. Kacau dan minum air campuran tersebut.

Ha. So, aku dah dapat petua ni, insyaAllah, balik kerja ni nak buat. Pada yang turut sama mengalami sakit selsema ni, boleh la cuba petua di atas ya. Tapi bukan petua bawang putih tu ya! Hahahahha

Thursday, March 26, 2015

Lebih Baik Berzikir.

Kelebihan Zikir.

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Pernah jumpa dengan mereka yang menunggang motosikal sambil menyanyi semacam dalam konsert besar? Kalau tak pernah jumpa, aku cuma nak kasitau yang aku kerap jumpa. Hahahahha.

Kadang-kadang tu, tengah syok cakar daun kering kat luar rumah *takkan dalam rumah kan? Hehehe, boleh tertoleh dengan mereka ni. Aku cuma berfikir, bukankah lebih baik berzikir?

Cuba bayangkan kalau jarak perjalanan dari rumah ke destinasi yang di tuju tu jauh, tak ke habis 1 album di nyanyinya? Kalau jarak tu lagi-lagi-lagi jauh? Hamboi, mau 2 ke 3 orang artis punya album dia nyanyi. Tak gitu?

Tak sakit tekak ke bang? Kuat awak nyanyi tu. Ke ada siap spare air dalam raga motor? Hahahaha. Betul macam dalam konsert besar nih!

Apa salahnya kalau nyanyian itu dalam bentuk zikir memuji yang maha esa. Lebih baik berzikir daripada menjerit tak tentu hala. Pahala pun berganda. Kalau jaraknya jauh, maka lagi lamalah anda boleh berzikir. Kan?

Kalau tak tahu nak zikir apa, zikir je subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah allahu akbar. Ini antara zikir yang di sukai Allah.

Boleh baca dekat sini : Asal Usul Zikir subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah allahu akbar

Nyanyian dalam bentuk zikir, dalam masa yang sama, beroleh pahala. Perjalanan kita ke destinasi juga, insyaAllah dalam keadaan selamat.

Kalau berlaku perkara yang tidak di ingini, biarlah ia berlaku sewaktu mulut kita mengucapkan kalimah memuji Allah, dan bukannya menyanyi lagu-lagu yang tiada maksud.

Kan ke lebih berfaedah. Betul tak? Tapi macam biasalah, bila kita bercerita perihal agama, pasti akan ada manusia yang akan menyamakan diri kita dengan alim ulama.

Bang, tak perlu jadi alim ulama kalau nak bercerita perihal agama ni. Kalau ianya lebih kepada kebaikan, apa salahnya kan?

Hish, manusia-manusia. Kita cuma kasi idea yang bermanfaat. Hiburan pun dapat, pahala pun dapat. Silap-silap, orang yang tepi jalan tu dengar, dia pun boleh terikut sekali. Kan? Lebih baik berzikir daripada menyanyi lagu yang bukan-bukan tu.

Benda mudah tapi tak semua orang mampu lakukan.

Tuesday, March 24, 2015

Harga Terbaru Rokok Bermula 1 April 2015!


Aku dapat Info ni daripada group whatapps rakan-rakan. Aku tidak merokok. Tetapi aku sangat terperanjat dengan harga yang tertera dekat gambar atas.

Uish, mahal jugak ye harga rokok sekarang ni. Mungkin ia biasa kepada orang lain tetapi tidak pada aku. Harga yang diberikan terasa terlalu mahal.

Aku sebenarnya, selalu jugak belek kotak rokok kawan-kawan yang menghisap rokok ni. Sahaja aku nak tengok, tak berniat nak mencuba pun. Ada juga aku tanyakan harga rokok terbaru, tetapi aku tak pernah nak ingat. Sebabnya, takde sebab untuk aku ingat. Hahahaha.

Jika begini harganya, maka tidak hairanlah mengapa ramai orang yang membeli rokok yang tidak berdaftar. Semuanya di atas faktor harga. Tetapi, bila mereka memilih untuk membeli rokok yang tidak berdaftar, maka mereka perlu memikirkan hal ini pula : Apa yang anda perlu tahu tentang rokok seludup.

Ini mungkin salah satu usaha kerajaan dalam usaha mengurangkan penghisap rokok. Tetapi, aku merasakan, wujud pertambahan yang sangat ketara kepada bilangan mereka.

Manakan tidak, penjualan rokok kepada mereka di bawah umur seperti tidak terkawal. Pernah juga aku tanyakan kepada pemilik kedai runcit, kenapa mereka tetap juga menjual rokok kepada pembeli bawah umur.

Jawapan pemilik kedai mudah je, katanya, mereka terpaksa menjual atas kerana ia juga memberi keuntungan kepada mereka. 

Antara alasan lain, mereka menjual rokok seludup atas kerana ramai yang tidak mampu untuk membeli rokok yang berdaftar atas faktor harga yang tinggi.

Ini antara faktor kenapa wujud pertambahan di kalangan penghisap rokok.

Alhamdulilah sekali lagi aku tidak tergolong di kalangan penghisap rokok walaupun ayah aku seorang yang "heavy smoker".

Anda Bloggers Kalau..

Anda bloggers kalau blog anda berupdate. Hahahaha. Sahaja aku terbitkan entry ni, bukan berniat menjatuhkan sesiapa atau niat perli sesiapa, kerana ianya lebih kepada diri aku sendiri.

Kenapa dan mengapa? Baiklah, aku cuba huraikan apa yang terbuku di dalam minda aku, sebagai perkongsian bersama.

Blog adalah suatu medan perang! Eh, bukan, hehehehe. Blog adalah satu medan perkongsian, samada dalam bentuk penceritaan atau perkongsian info dan gambar.

Jadi, bagaimana ianya di sebut sebagai blog jika tidak berupdate dan tiada perkongsian terbaru?

Di antara alasan lazim yang biasa di gunakan adalah kekurangan idea. Dan lebih teruk lagi, kekurangan idea itu berlarutan lebih daripada 1 hari! Hmm.

Aku teringat kata-kata altimet ( Penyanyi rap tuh), antara bait kata yang jelas kedengaran di dalam minda aku adalah, bilamana seorang wartawan bertanyakan hal, bagaimana beliau mampu menghafal lirik lagunya.

Jawapan yang diberikan beliau cukup istimewa. Beliau menjadikan rap sebagai kerjaya, oleh itu, lirik itu adalah sumber pendapatan beliau. Jika beliau tidak mampu menghafal lirik, maka, tiadalah gaji untuknya.

Kaitannya dengan ceritaejoy kali ini adalah, jika anda memilih untuk menjadi bloggers, maka anda perlulah menjadi seorang blogger malaysia yang sebenar. Hahahaha.

Yelah, kalau blog tak update, macamana orang nak singgah. Kan? Blog ni, cuma perkongsian dan gambar, bukan ada suara pun. Jadi, kita perlu sentiasa ada idea untuk update blog kita ni. Kan?

Pada aku, bila aku menggunakan alasan tiada idea untuk update blog, aku akan teringat kata-kata ultimet tu, jadi, aku perlu "bekerja keras" mencari idea untuk aku penuhi blog aku dengan cerita.

Kadang-kadang tu, memang mengarut la cerita dalam blog ceritaejoy ni. Tapi aku sangat percaya, bila aku berkelakuan seperti ini, aku sebenarnya melatih diri aku untuk sentiasa ada idea untuk update blog aku.

Ianya seperti suatu tanggungjawab kepada aku. Semacam perkara yang mesti aku lakukan. Bila ada sikap semacam tu, minda aku akan terpaksa mencari idea baru dan blog aku akan sentiasa terupdate. Hehehehe.

Lain padang, lain lalangnya. Tapi nak buat apa dengan lalang kan? Lain orang, lain caranya. cumanya aku nak kongsikan dekat sini adalah, anda bloggers kalau blog anda sentiasa update. Hehehehe.

Monday, March 23, 2015

Klimaks Post Untuk Blog.

Cara meningkatkan traffic blog.

Klimaks post untuk blog bermaksud post-post yang mampu menghasilkan traffic yang tinggi pada blog. Sahaja aku gunakan istilah "klimaks" tu. Hehehe.

Ceritaejoy kali ini menceritakan 1 kelebihan kepada blogger terutamanya blogger malaysia. Yang mana mereka mampu melihat, apakah jenis entry yang mampu menghasilkan traffic yang tinggi kepada blog.

Kebolehan ini pada aku tiada pada semua orang. Hanya pada orang-orang yang tertentu sahaja.

Dari pengamatan 4 biji mata aku (termasuk cermin mata, hehehe), tajuk entry memainkan peranan yang cukup penting dalam menarik traffic yang tinggi pada blog.

Ini yang aku maksudkan dengan klimaks post untuk blog. 1 post sahaja mampu menghasilkan ratusan atau ribuan traffic pada blog.

Tajuk entry berbentuk persoalan dan berunsur sedikit lucah. Betul! Ini serius. Tajuk entry berunsur 18sx ni sentiasa mendapat perhatian pembaca.

Manakala tajuk entry berunsur persoalan pula, memaksa pembaca untuk masuk ke dalam blog dan teruskan pembacaan.

Ini adalah 1 teknik yang digunakan blogger untuk menarik pembaca yang ramai seterusnya meningkat traffic blog.

Lokasi "ping entry" blog juga memainkan peranan yang penting. Ping busuk di antara lokasi ping entry blog yang mempunyai ribuan pengikut.

Jika tajuk entry anda mempunyai "aura" yang kuat, ping sahaja di ping busuk dan nantikan traffic yang tinggi daripada sana.

Sebenarnya, ia bukanlah anugerah khas seorang manusia. Tetapi ia adalah kebolehan yang boleh di asah. Bagaimana?

Lihat pada tajuk entry yang sering mendapat traffic yang tinggi dan mula belajar dan aplikasikan pada setiap entry blog anda. Sentiasa berusaha ke arah itu.

Tapi kalau kita lihat pada entry blogger malaysia yang terkenal, ada juga yang tak punya tajuk entry yang hebat, tetapi punya traffic yang tinggi.

Tetapi bandingkan pula siapa diri mereka dan siapa kita. Sudah pasti, mereka tidak mengambil masa yang singkat untuk berjaya.

Sekadar perkongsian singkat dari ceritaejoy. :)

Iklan Mempengaruhi Minda Anak-Anak.

Didikan anak.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saja aku nak kongsikan perihal iklan yang mempengaruhi minda anak-anak ni. Kalau anda perasan, sekarang ni ada iklan di televisyen yang menceritakan keburukan dadah. Ha, perasan tak?

Mulanya, aku tak berapa perasan iklan ni, atas sebab, aku hanya menonton berita sahaja. Tetapi bila wife aku menjerit-jerit, meminta aku untuk menghalang anak aku dari menonton, baru aku sedar akan perkara ni.

Iklan ni menceritakan kesan buruk akibat daripada pengambilan dadah. Tetapi, tetapi bila seorang kanak-kanak yang masih belum mampu membaca dengan baik, mereka akan melihatnya sebagai satu contoh perbuatan.

Disini ibubapa memainkan peranan yang penting di dalam mendidik anak-anak. Betul, itu aku sangat setuju. Tetapi, bagi ibubapa yang memiliki anak di bawah umur 5 tahun atau kurang, ia pasti sesuatu yang sukar.

Mereka akan menganggap, apa sahaja yang menjadi tontonan mereka sebagai salah satu bentuk pendidikan.

Bukan aku menyalahkan 100% iklan seperti ini, cumanya, pada aku, iklan seperti ini tidak benar-benar menceritakan atau memaksudkan perkara itu.

Perlu ada iklan yang lebih terkesan atau lebih terasa. Hinggakan anak kecil yang tidak tahu apa-apa, akan menjadi sangat takut untuk menonton, apatah lagi mahu mencuba.

Perkara yang mempengaruhi minda anak


Rakyat malaysia sekarang, sudah terlalu kreatif. Mereka mampu menghasilkan iklan seperti ini. Malaysia juga sudah semakin maju. Iklan sepatutnya perlulah lebih fokus atau menunjukkan perkara yang sebenar dan tanpa berselindung.

Kalau kita lihat pada iklan yang ada, banyak perkara tersirat atau tidak menunjukkan perkara yang sebenar. Ia lebih kepada "kiasan".

Aku mencadangkan, supaya iklan-iklan yang ada lebih menceritakan perkara sebenar. Kerana iklan-iklan seperti yang aku maksudkan di atas, iklan yang mampu mempengaruhi minda anak-anak.

Kalau kita lihat pada keadaan di dalam rumah. Bagi ibu yang menjaga sendiri anak mereka. Tumpuan mereka bukan sahaja kepada anak, malahan kepada keseluruhan tugasan rumah.

Bila tumpuan ibu beralih ke arah tugasan rumah, anak-anak akan memilih untuk menonton rancangan kegemaran mereka di televisyen.

Di waktu ini, pasti akan muncul iklan-iklan yang aku maksudkan tadi. Bagi ibu yang peka, mereka akan cepat-cepat menukar siaran akan menukar perhatian anak-anak mereka kepada perkara lain.

Tapi bagi mereka yang menganggap ia sekadar iklan biasa, takut kalau ia akan menjadi ikutan. Ini yang aku cukup risaukan.

Sekali lagi, aku tidak bermaksud untuk merendahkan niat mereka yang membuat iklan seperti ini. Aku cuma risaukan, jika anak-anak tidak memahami apa yang cuba di sampaikan dan lebih teruk lagi, kalau-kalau menjadi ikutan.

Aku sekadar meluahkan pendapat aku semata-mata. Tidak berniat menjatuhkan atau memperlekehkan sesiapa. Demi untuk semua juga.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Rokok Seludup.

Bahaya rokok seludup.

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Hari ni, pagi ni aku terbaca dekat SINI, akan bahayanya rokok seludup, yang mana penjualannya sangat berleluasa sekarang ni. Alhamdulilah, aku bukanlah seorang penghisap rokok, akan tetapi, aku ingin kongsikan, apa yang anda perlu tahu tentang rokok seludup ni.


Ok, info ini aku dapat dari SINI ye. Kenapa orang lebih suka membeli rokok seludup daripada rokok yang sah. Rokok yang sah tu, rokok yang berdaftar dengan kerajaan malaysia ya.

Punca ramai yang memilih rokok seludup adalah berpunca dari faktor harga. Harga untuk sekotak rokok seludup adalah dari RM3 ke RM3.50. Manakala rokok yang berdaftar adalah sekitar RM12.

Inilah antara sebab terbesar kenapa rokok seludup menjadi pilihan utama. Tetapi sedarkah anda akan bahayanya rokok seludup ini?


Ok. Bukan kata rokok berdaftar itu tidak bahaya, bahaya juga, tapi rokok seludup adalah lebih bahaya daripada itu.

Kajian yang telah dijalankan oleh Universiti Malaya ( click sini ) telah mengesahkan 3 perkara :

1. Kandungan bahan kimia di dalam rokok seludup adalah melebihi had undang-undang kerajaan malaysia.

2. Kandungan TAR dan NIKOTIN di dalam rokok seludup adalah lebih tinggi.

3. Kandungan didalam rokok seludup mungkin telah di cemari bahan kimia atau produk bukan tembakau yang lain.

Dan rumusan daripada kajian ini adalah, kandungan bahan kimia di dalam sebatang rokok seludup adalah 3 KALI GANDA lebih tinggi daripada rokok sah.

Ini bermakna, sebatang rokok seludup bersamaan dengan 3 batang rokok yang sah.

Info lanjut di SINI

Aku sangat percaya, walaupun banyak kempen-kempen yang di jalankan kerajaan, dan gambar-gambar akan bahayanya menghisap rokok di sebarkan, ianya masih belum mampu mengurangkan jumlah mereka yang menghisap rokok ini.

Ini adalah kerana, ia dianggap suatu keperluan kepada mereka. Kempenlah macamana pun, jika ianya tidak di mulakan dengan hati dan niat, ia akan berterusan juga.

Memang benar, berkata tidak semudah melakukan. Aku mampu berkata-kata kerana aku tidak menghisap rokok. Aku tahu akan susahnya untuk berhenti merokok kerana ayah aku sendiri adalah seorang penghisap rokok tegar.

Akan tetapi, sentiasalah beringat, anda bukan sahaja merosakkan diri anda, akan tetapi orang disekeliling anda. Sentiasalah ingat orang-orang yang anda sayangi.

Wednesday, March 18, 2015

Rahsia Jualan Produk Jutaan Ringgit.

Rahsia berniaga.

Apakah rahsia jualan produk jutaan ringgit? Ini yang selalu bermain di dalam fikiran aku. Bagaimana mereka mampu menjual produk yang harganya bukan ratus, bukan ribu, tapi jutaan ringgit.

Aku memerhatikan setiap gerak geri mereka. Dalam usaha aku mencari, apakah rahsia mereka, berjaya menjual produk jutaan ringgit. Inilah rahsia berniaga.

Dalam pemerhatian aku. Kadang-kadang tu, bahasa mereka tak fasih mana pun. Terkadang tu, bahasa yang digunakan, tak langsung menerangkan apa yang ingin mereka maksudkan. Sampai kadang-kadang tu, kena guna bahasa isyarat. *ok, ini aku sengaja bohong.

Tapi, mereka mampu menjual produk mereka. Apa rahsia jualan produk jutaan ringgit ni?

Di syarikat tempat aku bekerja sekarang, majoriti pembekal kepada syarikat ini adalah daripada mereka. Kenapa dan bagaimana mereka mampu bertahan lama di dalam perniagaan ni?

Sepanjang pemerhatian aku, akhirnya aku dapat selongkar apa yang menjadi rahsia mereka selama ni. Rahsia berniaga yang dah lama mereka praktikkan. Rahsia jualan produk jutaan ringgit.

Rahsia mereka adalah, mereka sebenarnya bukan menjual produk! 

Dah kenapa kan? Dah tu, mereka jual apa?

Mereka menjual IMPAK daripada produk tu. Ha. Impak!

Inilah rahsia yang mereka pegang daripada dulu. Inilah rahsia jualan produk jutaan ringgit. Katakan mereka ingin menjual mesin pembuatan. Fokus utama mereka adalah, mengurangkan tenaga kerja manusia dan memaksimumkan pengeluaran syarikat.

Impak daripada jualan produk ini adalah, syarikat mampu mengurangkan belanja pembayaran gaji dan bonus kepada pekerja tetapi memperoleh keuntungan berganda daripada pembelian produk ni.

Selain daripada tu, mereka memberikan "Perkhidmatan selepas jualan" class A! Dan perkhidmatan mereka adalah PERCUMA.

Syarikat dah mengeluarkan belanja yang banyak untuk pembelian produk mereka. Dan jika mereka memberikan perkhidmatan "berbayar", ia pasti akan menjadikan penjualan produk yang pertama dan terakhir daripada mereka.

Sebenarnya banyak lagi yang aku nampak, bagaimana mereka mampu menjual produk jutaan ringgit. Tapi inilah antara rahsia berniaga mereka. 

Rahsia jualan produk jutaan ringgit. Apa pula pendapat korang? Sila komen di bawah yer. :)

Tuesday, March 17, 2015

Hijab Mata Anak Kecil.

Anak kecil di ganggu jin.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pagi tadi aku berbual dengan rakan sekerja aku. Semalam dia cuti kerana anaknya demam panas. Dari cerita rakan-rakan lain, sahabat aku ni ada bawa anaknya ke klinik. Tetapi doktor yang merawat mengatakan anaknya tidak ada apa-apa penyakit. Hmm, badan panas tapi doktor cakap takda apa-apa. Pelik tak? Jika tidak ada apa-apa, ini mungkin berkaitan dengan hijab mata anak kecil yang terbuka.

Apa itu hijab mata yang terbuka? Dari fahaman aku, ia adalah suatu keadaan dimana mereka yang mengalaminya mampu melihat "kehidupan" lain selain manusia. Dalam ayat mudahnya, mereka mampu melihat jin,syaitan dan juga makhluk lain selain manusia.

Dari cerita dari mulut ke mulut, ada 1 kisah lama, yang mana seorang gadis yang hijab matanya terbuka, selalu memberitahu akan makhluk-makhluk yang berada di sisi manusia. Agak-agaknya, jika beliau beritahu kepada anda:

 Eh, apa kat sebelah kau tu, kenapa rupa dia seram sangat? 

Apakah perasaan anda ketika itu? Mesti seram sejuk kan? Inilah yang dimaksudkan dengan hijab mata yang terbuka. Kebolehan melihat makhluk halus.

Berbalik semula kepada cerita rakan aku ni, kebiasaannya, jika doktor yang merawat mengatakan anaknya tidak ada apa-apa penyakit, ia pasti berkaitan dengan gangguan jin atau syaitan.

Hijab mata anak kecil kebiasannya juga masih terbuka. Sebab itu, pesan orang tua-tua, jangan di bawa anak kecil ke tempat yang bukan-bukan, ini kerana mereka "mampu melihat" apa yang tidak mampu dilihat oleh orang dewasa.

Bila aku tanya pada rakan aku ni, memang betullah apa yang aku sangkakan. Memang anaknya kena gangguan. Anak dia sering meracau di tengah malam dengan kata-kata:

Jangan ganggu kita lah, jangan usik telinga kita la, ayah! ada syaitan kacau!

Ish, aku tanyakan juga, kalau-kalau dia ada bawa anak dia ke tempat yang bukan-bukan. Rupanya, memang dari dalam perut lagi dah kena gangguan semacam tu. Rasanya tak perlulah aku bercerita tentang tu.

Disini, ibubapa memainkan peranan yang sangat-sangat penting. Dari cerita rakan aku ni, beliau tak percaya pada mulanya, dan beranggapan anaknya sekadar bergurau.

Tetapi tidak! Memang benar, anak kecil boleh di ganggu oleh syaitan dan jin. Dan ianyanya hanya boleh dirawat dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran dan juga melalui perubatan islam.

Itu sebab orang cakap, sebelum masuk rumah, mestilah dimulakan dengan bismillah. Dan juga kalau boleh keraplah azan dan solat berjemaah di dalam rumah. InsyaAllah, terhindar dari gangguan jin dan syaitan ni.

Apa pun, Allah lebih mengetahui segalanya. Wallahualam

Sunday, March 15, 2015

Blog Tanpa Identiti.

Pentingnya Niche Pada Blog.

Blog tanpa identiti bermaksud, blog yang tidak diketahui akan isi kandungannya. Pembaca tak tahu dan penulis blog sendiri pun tak tahu apa yang ada dalam blognya.

Bila pembaca tak tahu, ini akan menyukarkan orang untuk kenal dan ingat akan sesuatu blog tu. Di sini pentingnya niche pada blog.

Sepanjang aku berblogging ni, aku biasa dengar tentang niche ni, tapi aku sendiri tak tahu apa itu niche. Hehehehe. Sampailah aku terasa nak tahu apa itu niche pada blog.

Dari pemahaman aku, niche bermaksud, kandungan utama pada sesuatu blog. Contohnya, seseorang yang baru nak buat blog dan memilih untuk fokus pada bidang kesihatan. Keseluruhan cerita dalam blognya hanya menceritakan perihal kesihatan.

Jadi, niche bagi blognya adalah kesihatan. Jika ada orang yang mahukan maklumat mengenai kesihatan, akan mudah ingat pada blog ni. 

Selain tu, kelebihan niche ni adalah, kita akan sentiasa ada idea untuk update blog. Tidak seperti blog yang tidak fokus pada 1 perkara, yang mana mereka sentiasa perlu mencari idea untuk di kongsikan dalam blog.

Di sini, pentingnya niche pada blog.

Blogger Malaysia Terkenal

Blog tanpa identiti ni sama macam manusia tanpa nama. Ha. Boleh kenal tak manusia tanpa nama? Di sini pentingnya niche pada blog.

Kalau kita tengok blogger malaysia yang terkenal, blog-blog mereka mempunyai niche yang mantap dan lazat.

Nama blog mereka terpahat dalam ingatan pembaca-pembaca mereka. Kerana apa? Kerana isi kandungan blog mereka yang  fokus pada sesuatu perkara dan banyak membantu pembaca.

Jadi, jika anda inginkan blog anda setaraf dengan mereka atau dikenali ramai, mula tetapkan niche di dalam blog anda.

Mula fokus pada kandungan utama di dalam blog anda. Ini akan membuatkan pembaca tahu dan kenal pada blog anda.

Jana Pendapatan Melalui Blog

Kelebihan blog dengan niche yang kuat adalah, boleh menarik perhatian pengiklan untuk beriklan dalam blog. Pemilik blog juga berpeluang untuk dijemput menghadiri majlis-majlis tertentu dan menguji produk terbaru.

Ini boleh menjadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan ataupun sumber tetap. Inilah cara bagaimana blogger-blogger terkenal jana pendapatan melalui blog mereka.

Sekarang dah boleh nampakkan pentingnya niche pada blog? Mula tetapkan niche pada blog dan jangan biarkan blog tanpa identiti. Mula fokus pada kandungan utama blog. Dan apa yang anda inginkan, akan mula kelihatan.

Wednesday, March 11, 2015

Kesan Ubat Tahan Sakit.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Aku masih lagi dalam proses "menahan" kesakitan akibat daripada penumbuhan gigi geraham ketiga ataupun gigi geraham bongsu. Pada mereka yang pernah rasa, macamana sakitnya, mesti dah tahu kan? Semalam adalah hari dimana aku betul-betul dah tak tahan. Berpusing-pusing aku dibuatnya. Bila dah tak tahan sangat, aku "terpaksa" ambil ubat tahan sakit. Dan harini, aku terkesan dengan ubat tahan sakit ni.

Ikhlas aku cakapkan, aku sangat jarang nak makan ubat. Mungkin kerana aku kurang dapat sakit. Aku bersyukur atas perkara ni. Kalau aku kena demam pun, aku cuma minum air 100plus dengan banyak. Tapi semalam, aku dah betul-betul tak boleh tahan. Terpaksa la aku telan jugak ubat tahan sakit tu.

Bila mula-mula makan, ok je, tapi bila dah lama sikit, perut aku dah mula sakit. Part sakit gigi memang hilang, cuma sakit perut pulak. Hish, dah kenapa kan? Ikut cakap wife aku, memang tak semua orang boleh makan ubat ni.

Ni, pagi ni, waktu aku nak taip entry ni, kepala aku cam pusing-pusing pulak. Ini mesti kesan dari ubat tahan sakit ni. Yelah, aku makan 1 ubat je semalam, dah tentu la kesan dari ubat ni kan?

Aku tengok dunia macam berputar pun ada. Hmm, mungkin aku baru makan ubat ni kut. Sebelum ni, memang tak pernah or memang jarang makan. Aku lupa pasal tu.

Lupa aku nak cakap, yang aku makan ubat "PONSTAN". Aku cuba tanya dengan pakcik google, betul ke ubat ni ada beri kesan pada orang yang makan. Ini yang aku jumpa.

KESAN PONSTAN PADA PERUT DAN USUS (Gastrointestinal)

"Ponstan atau nama lainnya mefenamic acid, boleh menyebabkan bahaya yang serius pada perut dan usus. Antaranya menyebabkan radang ( inflammation), pendarahan (bleeding), luka (ulceration) dan kebocoran (perforation) pada perut, usus kecil dan usus besar. Semakin lama kita menggunakan Ponstan, semakin tinggi risiko untuk mendapat kesan sampingan ini. Ianya boleh berlaku tanpa disedari atau memberikan tanda-tanda awal."
Sumber : https://drzubaidi.wordpress.com/

Sebenarnya banyak lagi kesan daripada ubat tahan sakit ni, korang boleh teruskan bacaan pada sumber yang aku berikan yer.

Bila aku dah baca, baru aku tahu, yang sebenarnya, banyak kesan buruk pada pengguna jika mereka selalu gunakan ubat ni. Alhamdulilah, aku memang terlalu jarang nak ambil ubat ni, bagaimana pula dengan korang?

Gambar Belangkas