Showing posts with label HI menaip. Show all posts
Showing posts with label HI menaip. Show all posts

Friday, September 4, 2015

Krisis pelarian syria : Aylan kurdi.

Aylan Kurdi, left, and his older brother, Ghalib.

Krisis pelarian syria : Aylan kurdi.. Umum masyarakat dunia mengetahui situasi yang berlaku di syria. Kisah ini banyak diperkatakan samada di media sosial ataupun media cetak. Namun, apa yang menarik perhatian baru-baru ini, mengenai kisah pelarian syria yang mengimpikan kehidupan yang lebih baik di canada menemui ajal kerana bot yang mereka naiki karam akibat ombak besar.

Sebelum kita berbicara lebih lanjut akan hal ini. Mari kita ketahui terlebih dahulu definisi pelarian (refugee definition). Pelarian adalah berbeza dengan pendatang. Pelarian adalah bermaksud, mereka yang terpaksa meninggalkan negara mereka atas kerana takut kepada penganiayaan yang berkaitan dengan agama, bangsa, kewarganegaraan, ataupun politik.

Baik. Kita dah tahu kenapa penduduk syria menjadi pelarian. Kembali kepada kisah bot yang karam tadi. Kisah ini menjadi tumpuan dunia apabila mayat seorang kanak-kanak kecil, yang dikenali dengan nama aylan kurdi, ditemui di persisir pantai turki. Keluarga pelarian ini dikatakan dalam perjalanan ke Vancouver, Canada.

syrian refugees aylan kurdi

syrian refugees aylan kurdi

Ketika di dalam perjalanan, bot yang mereka naiki, telah karam akibat ombak besar. Bagaimana seorang anak kecil seperti  aylan kurdi ini ingin berhadapan dengan air ombak?? Ini yang menimbulkan banyak kemarahan rakyat dunia termasuklah aku! Siapa yang sanggup melihat anak syurga ini berada di dalam keadaan sedemikian??

Anak syurga ini baru berumur 3 tahun! Masih belum mengetahui akan kehidupan dunia. Tetapi mereka turut sama di heret ke kancah krisis kehidupan manusia. Apa yang mampu kita lakukan? Melihat? Dan hanya meluahkan rasa simpati?

syrian refugees aylan kurdi

Mungkin ini sudah menjadi ketetapan ilahi. Mungkin juga pengakhiran anak syurga ini adalah di dalam keadaan seperti ini. Namun disebalik apa yang berlaku ini, ia telah membuka "banyak mata" untuk melihat kepada apa yang sedang berlaku di syria. Dalam pada kita merasakan kehidupan kita terlalu tertekan, ada yang lebih merasakannya. Ini terbukti dengan kejadian yang menimpa aylan kurdi. 

Mata masyarakat dunia telah tertutup dengan kehitaman. Hanya mampu meluahkan rasa simpati tanpa mampu berbuat apa-apa. Tak usah persoalkan kenapa banyak bala yang menimpa. Ianya mungkin atas kesalahan manusia itu sendiri. Cuba bayangkan jika yang di dalam gambar itu adalah mereka yang anda kenal atau mungkin daripada waris anda sendiri. Apa perasaan anda? Tepuk dada, tanya hati.

syrian refugees aylan kurdi

Syurga menantimu aylan kurdi. Sesungguhnya Allah mengetahui dengan setiap apa yang berlaku. Ada kehidupan yang lebih bahagia yang telah disediakan buatmu anak kecil. Berseronoklah kamu di sana. Ini telah dijanjikan olehnya. Kami yang masih hidup ini, hanya mampu berdoa untuk kamu. InsyaAllah. #KiyiyaVuranInsanlik. #HumanityWashedAshore.:

Konten berkualiti.


Penulisan/Konten berkualiti?. Bagi seorang blogger, penulisan di blog adalah suatu perkara yang sangat penting. Tetapi berapa ramai yang benar-benar menghasilkan penulisan/konten yang berkualiti? Apakah yang di maksudkan dengan konten berkualiti? Apakah ciri-cirinya? Semua ini bermain di dalam minda aku sekarang.

Apakah syarat atau "keyword" tertentu, yang diperlukan oleh enjin carian, bagi menentukan penulisan/konten blog kita di anggap berkualiti? Ini yang selalu bermain atau menjadi persoalan. Ada yang kata, sesebuah penulisan itu mestilah melebihi 300 patah perkataan, atau lebih. Adakah ini yang dimaksudkan dengan konten berkualiti?

Kalau merujuk kepada pakar/top bloggers, ramai yang memberi saranan, menulis artikel melebihi 300 perkataan. Ini adalah kerana, ianya dia anggap mampu menyelesaikan masalah pembaca. Lihat kepada pakar-pakar penulisan konten berkualiti. Adakah mereka menulis di dalam karangan pendek?


Selain daripada penulisan yang panjang, keyword atau kata kunci juga memainkan peranan yang penting. Tetapi, berapa banyakkah kata kunci yang boleh diletakkan di dalam penulisan? Seperti yang aku tahu, jika kata kunci yang digunakan melebihi syarat, penulisan anda boleh di anggap spam. Adakah ini betul?

1 lagi pelajaran yang aku baru sahaja belajar sekejap tadi. Jangan terlalu kerap bermain dengan ayat ini "klik sini untuk teruskan bacaan" atau "sila kunjungi". Bukankah ini salah satu teknik penulisan? Ini pendapat aku, tetapi ternyata ianya silap! Ini adalah kerana penulisan anda boleh dianggap sebagai pautan spam. Owh!


Konten berkualiti juga sebenarnya tidak hanya melihat kepada penulisan. Melalui bacaan aku di blog blogger indonesia. Perkongsian dari mereka adalah, turut sama meletakkan gambar di dalam setiap penulisan konten. Gambar juga memainkan peranan yang penting bagi enjin carian mengenal pasti, apakah yang cuba di sampaikan penulis. Hmm, gambar ya?

Akhir sekali, penulisan konten berkualiti adalah penulisan yang mempunyai permulaan dan pengakhiran. Ibarat permulaan cerita yang lembut, yang menerangkan apakah isu yang ingin kita ceritakan. Penceritaan yang hebat di pertengahan yang membicarakan berkaitan isu berbangkit dan akhirnya penutup yang sempurna yang menerangkan apakah rumusan dan kesimpulan yang terhasil. Ini adalah cara pakar-pakar penulisan konten berkualiti.

Oleh yang demikian, terjawablah sudah persoalan aku. Penulisan konten berkualiti tidak hanya memandang kepada penulisan. Sebaliknya, lebih kepada apakah penulisan kita benar-benar membantu dan menyelesaikan masalah pembaca. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa singgah ke blog ceritaejoy.

Thursday, September 3, 2015

Siapa Nurul hidayah ahmad zahid?

Siapa Nurul hidayah ahmad zahid?. Viral juga kisah anak kepada TPM, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, mengenai kisah status dan gelaran dato yang diterimanya. Rata-ratanya, ramai mempersoalkan, apakah jasa yang diberikan olehnya sehingga dikurniakan gelaran dato.

Ini bukanlah blog politik Malaysia, ini hanyalah blog personal. Blog ceritaejoy. Aku sedikit tertarik dengan kisah yang memang tengah viral di Malaysia sekarang ni. Mulanya, aku memang tak tahu langsung akan hal ini, tetapi bila terlalu ramai yang membicarakannya, aku perlu ambil tahu.




<script async src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<!-- hal-dunia_crosscol_AdSense1_468x15_0ads_al_s -->
<ins class="adsbygoogle"
     style="display:inline-block;width:468px;height:15px"
     data-ad-client="ca-pub-2302247726563110"
     data-ad-slot="8910585620"></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>


<script async src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<!-- hal-dunia_sidebar-right-1_AdSense3_300x250_as -->
<ins class="adsbygoogle"
     style="display:inline-block;width:300px;height:250px"
     data-ad-client="ca-pub-2302247726563110"
     data-ad-slot="2864052024"></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>

Kisahnya bermula apabila satu gambar “screenshot” rancangan temubual di sebuah televisyen. Tetamu yang di temu ramah itu adalah Nurul hidayah ahmad zahid. Nama yang dipaparkan di kaca televisyen bermula dengan Dato. Disinilah bermulanya pelbagai variasi cerita mengenainya.

Untuk mereka yang tidak mengenali Siapakah Nurul hidayah ahmad zahid, beliau adalah Ketua Komunikasi Bahagian Korporat Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan merupakan graduan Universiti Putra Malaysia. Beliau juga aktif dalam Askar Wataniah.

Ada juga aku terbaca di dalam laman facebook, yang mana seorang rakan baik kepada Nurul hidayah ahmad zahid berkongsikan status mengenai bagaimana beliau memperolehi jawatan dato itu. Katanya, jawatan itu diterima atas kerana jawatan yang disandang beliau di syarikat perumahan negara berhad dan bukannya seperti yang banyak diperkatakan oleh orang ramai ketika ini.

<script async src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<!-- hal-dunia_crosscol_AdSense1_468x15_0ads_al_s -->
<ins class="adsbygoogle"
     style="display:inline-block;width:468px;height:15px"
     data-ad-client="ca-pub-2302247726563110"
     data-ad-slot="8910585620"></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>


<script async src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<!-- hal-dunia_sidebar-right-1_AdSense3_300x250_as -->
<ins class="adsbygoogle"
     style="display:inline-block;width:300px;height:250px"
     data-ad-client="ca-pub-2302247726563110"
     data-ad-slot="2864052024"></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>


Aku tidaklah memihak kepada sesiapa. Memandangkan aku sendiri tidak berminat di dalam bidang politik. Tetapi sebagai salah seorang rakyat malaysia, segala macam isu yang berbangkit, perlulah di ambil tahu. Isu bersih 4.0 pun masih belum diketahui apakah keputusannya. Kini timbul pula isu pangkat dato yang diterima Nurul hidayah ahmad zahid.

Sebenarnya isu ini masih lagi bermain-main di media sosial. Hangat sungguh. Cumanya, janganlah di campuradukan atau dikaitkan dengan agama. Ada juga aku terbaca komen yang cuba mengaitkan agama. Kita di malaysia hidup aman dan damai dah lama dah. Janganlah di hancurkan dek kerana beberapa pihak. Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat hari kemerdekaan ke 58. #sehatisejiwa.

Kelayakan Piala dunia 2018 : Malaysia 0-10 United arab emirates


Kelayakan Piala dunia 2018 : Malaysia 0-10 United arab emirates. Terus terang aku katakan, aku bukan kaki bola, dan mungkin juga aku bukanlah orang yang sesuai untuk berbicara mengenainya. Tetapi aku berani katakan, aku adalah sebahagian daripada rakyat malaysia. Dan pasukan bola kita digelar Malaysia, dan bukannya atas nama individu, jadinya bolehlah aku sedikit berbicara mengenainya ya!

Apa sudah jadi? Itu sahaja yang boleh aku katakan. Mungkin ramai yang menantikan perlawanan Malaysia VS uae ni. Tiada siapa yang boleh menjangkakan malaysia akan menang di dalam pelawanan ini. Tetapi, siapa yang boleh menjangka malaysia menerima kekalahan besar seperti semalam? Owh la, penuh cerita di facebook aku awal pagi ini, kebanyakan dari mereka merasa cukup kecewa. Malah ada yang merendahkan team bola sepak malaysia. Tidak kurang yang berkata mengenai dollah salleh.

Dari pembacaan aku, antara kelemahan atau punca kepada kekalahan besar ini adalah kesilapan taktikal yang mana kelemahan berada di pihak pertahanan harimau malaya. "Jurang" yang terlalu besar/jauh memberi kelebihan kepada pasukan uae menjaringkan gol. Ini juga seolah-olah memberi "kebebasan" kepada Omar Abdulrahman untuk berlegar-legar di kawasan malaysia.


Bercerita mengenai kelajuan pemain harimau malaysia berbanding uae, Ali Mabkhout dan Ahmed Khalil pasti tidak mengalami masalah berhadapan dengan pertahanan malaysia. Ini kerana, dari apa yang di lihat, pertahanan malaysia masih belum mampu menyaingi kelajuan mereka. Jika dilihat kepada majoriti gol yang di hasilkan, kebanyakannya adalah dari Omar Abdulrahman dan Amer Abdulrahman. Dan di hantar ke belakang pemain pertahanan malaysia. Ini adalah kerana penyerang uae memiliki kelebihan kelajuan larian berbanding malaysia.

Hmm, nak bercerita panjang pun, kita tak boleh ubah situasi sebenar. Apa yang boleh dilakukan pasukan harimau malaya adalah merancang strategi baharu bagi menguatkan lagi pasukan bolasepak malaysia sekaligus tidak lagi mencatatkan keputusan buruk seperti ini. Aku sekali lagi nak cakap, aku bukanlah peminat bola tegar, tetapi jika pemain malaysia bermain dengan cara lebih kepada hantaran atau dalam bentuk bertahan, mungkin pasukan kita boleh mengurang "jumlah gol". Ini hanya pandangan aku yang daif mengenai pemainan bolasepak ini.


Apapun, bangkitlah pasukan harimau malaya! Kekalahan bukanlah penentu kepada kelemahan selamanya. Biarkan yang berlalu menjadi pemangkin kepada semangat yang lebih hebat di dalam membina pasukan bolasepak antara yang disegani bukan di dalam asia malah di dalam dunia. Kami rakyat malaysia sentiasa bersama anda! Yeah! Hehehehe. *bersemangat tak aku hari ini?*

Wednesday, September 2, 2015

Rutin setiap pagi.


Rutin blogger.
Rutin aku setiap pagi adalah memikirkan cerita atau apakah perkongsian aku untuk blog ceritaejoy. Ya. Setiap hari aku melakukan perkara yang sama. Ada masanya, terlalu banyak cerita yang ingin aku kongsikan, ada masanya, aku hilang arah. Inilah kelebihan yang ada pada top bloggers tetapi tidak pada aku. Mereka punya banyak variasi cerita yang ingin dikongsikan.

Disinilah pentingnya niche blog. Blog tanpa niche ni, agak susah mencari bahan cerita. Bila ada orang yang tanyakan pada aku, apakah niche blog ceritaejoy. Aku akan ambil masa untuk berfikir. Jawapan yang biasa aku berikan adalah, blog ini berkongsikan tips-tips motivasi, personal, perkongsian gambar-gambar menarik, keibubapaan, fesyen lelaki dan sedikit tutorial blog. Secara rumusannya, aku sendiri tak tahu apakah niche blog aku ni.


Aku juga masih lagi mencari blogger template yang betul-betul ngam dengan blog aku ini. Sejujurnya, aku masih belum puas dengan appearance blog ni. Buat masa sekarang, aku hanya mencari free template. Bila sebut pasal barang/perkara percuma ni, almaklumlah, tak semua yang betul-betul memenuhi keinginan kita. Sampai masanya aku betul-betul serius menjadi seorang blogger, aku akan memilih template berbayar. Kerana bila kita perlu mengeluarkan wang, ini bermakna ada sesuatu yang istimewa di situ.


Aku juga masih berusaha dan terus berusaha dalam mencari "kelulusan" adsense. Orang kata, jika ada usaha, disitu terdapat banyak ilmu yang boleh kita belajar. Aku pun hampir lupa, kali ke berapa blog ceritaejoy ini di reject oleh adsense. Mulanya hati sedikit berbunga bila diluluskan untuk fasa pertama. Masuk fasa kedua, segalanya berubah. Terlalu banyak tips adsense yang aku belajar, dan hampir kebanyakkannya telah aku aplikasikan pada blog, tetapi masih juga di reject. 

Sebenarnya, penulisan blog yang memainkan peranan di dalam kelulusan adsense. Bila aku tengok balik cerita-cerita lepas, memang sedikit cacamerba. Nak buat blog memang senang, nak menulis pun senang, tapi nak menghasilkan yang betul-betul berkualiti dan tak nampak copy paste memang susah. Memang benar, kadang tu, penulisan kita adalah lahir dari diri kita sendiri, tetapi search engines bukan tahu pun, nampak sedikit ayat atau keyword yang lebih kurang, dikatanya kita copy paste. Hish.


Bercerita pasal keyword, siapa yang benar-benar faham mengenai keyword blog? Adakah top bloggers memang mahir akan keyword atau mereka ada medium khas? Aku setakat ni, cuma guna adwords keyword tool. Beza tau adsense dengan adwords ni. Nak cerita panjang pun, aku bukan hebat sangat. Yang aku faham, adsense ni medium buat duit dengan blog. Adwords pula adalah medium pengiklanan google. Isikan apa yang patut dan iklan anda akan keluar di google.

Kaitan keyword blog dengan adwords keyword tool ni adalah, ada ruangan khas di dalam adwords yang membolehkan kita search apakah keyword yang boleh kita gunakan dalam penulisan di blog. Mungkin ini adalah medium mudah (easy) bagi seorang bloggers picisan semacam aku. Banyak lagi sebenar keyword search tool yang ada. Yang mungkin salah satunya digunakan oleh top bloggers/blogger malaysia di dalam menghasilkan penulisan berkualiti mereka. Itu kenalah tanyakan sendiri pada mereka ya. 


Hmm, rasanya cukuplah aku bercerita mengenai rutin setiap pagi aku ni. Inilah yang selalu aku buat dan fikirkan hampir setiap pagi *selain daripada memikirkan cara-cara untuk lebih serius dengan blog*. Bukan mudah untuk meniti kejayaan. Semuanya perlu dengan usaha. Semua ingin jadi yang terbaik, tetapi aku ingin jadi yang terbaik daripada yang terbaik. Oleh yang demikian, usaha bukan setakat usaha, malah perlu lebih usaha daripada usaha. Ha, faham tak? Hehehe. Terima kasih sudi luangkan masa singgah ke blog ceritaejoy. Jumpa lagi dalam ceritaejoy yang mendatang. Daa~.

Pengasingan sisa pepejal di rumah.

Pengasingan sisa pepejal di rumah. Bermula 1 september 2015, iaitu semalam, kerajaan malaysia telah mewajibkan seluruh isi rumah di malaysia untuk mengasingkan sisa pepejal *dalam kata mudahnya ,sampah*. Ini bermakna, kita perlu mengasingkan sampah yang ingin dibuang, tidak seperti sebelum ini yang mana kita campurkan kesemua jenis sampah di dalam 1 tong.


Soalan lazim mengenai jenis-jenis pengasingan.

Apa yang perlu di asingkan? Dalam kepala aku, bila dengar akan perlaksanaan ini, apa yang perlu diasingkan adalah buangan makanan berlebihan, botol atau tin, pampers anak. Ha, sebab inilah antara kebanyakkan sisa pepejal yang ada di rumah aku.

Tetapi selepas baca info daripada laman web SWCORP. Sisa pepejal ini terbahagi kepada 2:

i) Kertas, plastik dan lain-lain bahan kitar semula (Kaca, seramik, tin aluminium/besi/logam,barang elektrik, bahan fabrik/kasut/getah/kulit dan sisa berbahaya)

ii) Sisa baki pula adalah sisa makanan, lampin pakai buang, dan sisa lain yang kotor.

Ini bermakna akan ada 2 sahajalah plastik di rumah. Tak semacam apa yang aku praktikkan di rumah semalam. Untuk pampers anak 1 plastik, untuk sisa makanan 1 plastik, botol-botol 1 plastik, dan lain-lain. 


Kenapa perlu asingkan sisa pepejal? 

Soalan ini bukan korang je yang tertanya-tanya, aku sendiri pun tertanya, kenapa tiba-tiba je kena asingkan sampah? Kenapa sebelum ini tak perlu buat pun? Kan? Kan?

Ini jawapan yang diberikan pihak kerajaan. Mengurangkan peruntukkan wang negara untuk melupuskan sisa pepejal. Ha. Itu alasannya. Dan di terangkan lagi dengan, proses pengasingan sisa pepejal di rumah ini mampu mengurangkan jumlah sisa pepejal yang di hantar ke tapak perlupusan sampah dan membantu meningkatkan jangka hayat tapak perlupusan tersebut.

Bila kita dah asingkan sisa pepejal kat rumah, kos untuk mengasingkan sisa pepejal itu dapat dikurangkan, Kalau sebelum ini, mereka perlu keluarkan belanja dan ambil masa untuk asingkan, tetapi selepas daripada perlaksanaan ini, hanya sisa pepejal yang tidak boleh di kitar semula sahaja akan di hantar ke tapak perlupusan sampah. Ha, faham tak? Harap-harap faham la ye. Hehehe.

Adakah penduduk akan dibekalkan dengan plastik sampah khas?

Ya! Soalan ini bermain-main di dalam fikiran aku. Kita di arahkan untuk melakukan pengasingan sisa pepejal di rumah. Ok. Memang kita akan buat, masalahnya sekarang, adakah kita akan dibekalkan plastik sampah khas, atau mungkin tong sampah khas. Jawapan yang diberikan ini mungkin mengembirakan hati anda semua *termasuklah aku*. Kita tidak akan dibekalkan dengan apa-apa dan dikehendaki menyediakan sendiri plastik sampah bagi tujuan pengasingan ini. Yeah! Suka tak? Suka kan? Kan? Hmmm.

Lagi ada soalan tak? Hehe. Dah macam aku wakil pihak kerajaan pula kan? hehehe. Sebenarnya banyak lagi persoalan yang timbul, macam contoh mereka yang duduk di apartment atau kondo, macamana proses pengasingan mahu dilakukan. Kemudian, bahan kitar semula yang dikumpulkan, adakah boleh dijual atau orang lain datang ambil bahan kitar semula yang telah kita kumpulkan dirumah? Ini hanyalah beberapa persoalan.


Apa yang boleh aku kongsikan adalah, jika korang mempunyai soalan, yang mungkin tidak terjawab di blog ceritaejoy ini, korang boleh klik dekat sini : swcorp. InsyaAllah, semua soalan telah terjawab di situ. Kena rajin bacalah ye. Hehehe. Akhir kata dari aku, marilah bersama-sama menjaga kebersihan negara kita dan mewujudkan suasana bersih dan harmoni. Dengan itu, rakyat malaysia lebih sihat dan cergas. Jap, ada kaitan tak? Wahahahaha. Ok, terima kasih kerana sudi baca dan singgah ke blog ceritaejoy ya! Daa~

Tuesday, September 1, 2015

Mood blogging ke laut.

Teknik blogging. Mood nak berblogging hari ini betul-betul ke laut *kenapa mesti laut ye?*. Ini semua sebab anak sulung aku demam panas. Huhuhu. Bila anak dah tak sihat, semua benda pun tak kena. Tumpuan dan perhatian kena bagi 200% pada mereka. Dah usaha macam-macam, secara moden dan tradisional, tapi suhu badan masih juga sama. Tinggi! Demam tak juga kebah. Aku risaukan anak aku ni kena stroke haba je.


Kalau kita tengok suhu dekat malaysia ni, memang tengah panas. Dengan jerebu lagi. Ya. Melaka sekarang ni macam berkabus. Nak bawa kereta, nampak putih je. Berbalik kepada kes anak aku demam panas. Kena juga tahu simptom stroke haba ni. Kalau kita tengok gambar dekat atas, suhu badan adalah >40.5. Suhu badan anak aku untuk semalam adalah 39 darjah celcius. Maknanya anak aku bukan terkesan dengan kes stroke haba ni.

Walaupun suhu anak aku tak tinggi macam tu, tapi still anak demam panas. Kan? Kena juga usaha cari ubat atau petua anak demam panas ni. Jalan-jalan dekat siraplimau terjumpalah apa yang aku perlukan. Sebenarnya, aku dah cuba buat seperti apa yang dikongsikan, tapi suhu badan anak aku masih sama. Cuma ada 1 perkara yang baru aku tahu. Ok, aku cuba kongsikan dekat sini ya. Kredit kepada blog siraplimau *sirap limau ais? Perghh*.

Petua demam panas.


1. Periksa suhu badan anak.

Adalah sangat penting untuk tahu berapa suhu semasa badan anak kita. Jangan main agak-agak je. Pegang sikit dekat dahi dengan ketiak, kemudian buat rumusan, owh ok, demam. Jangan! Ketahui dengan lebih detail, berapakah suhu semasa badan anak kita. Suhu normal adalah 36.7◦c. 

2. Tuam dengan kain basah.

Ini sangat penting. Kena kerap tuam atau lap badan anak kita. Ini bertujuan untuk kurangkan suhu badan mereka. Letakkan kain basah di dahi dan ketiak. Jangan biarkan kain terlalu lama di dahi.

3. Makan bubur.

Selera budak orang demam ni, memang tersangatlah kurang. *tak tahulah kalau selera bertambah waktu sakit-sakit ni kan?*. Jadi, berikan anak anda makan bubur nasi. Jangan sesekali biarkan perut mereka kosong. Ini adalah sangat tidak bagus. Badan mereka perlukan tenaga. Kalau tak makan, macamana nak ada tenaga kan? Ye idok?

Ini pelajaran baru. Beri anak makan aiskrim vanilla. Ha? Aiskrim? Biar kebenaran? Katanya dapat melegakan rasa panas dan sakit tekak. What?

4. Minum banyak air.

Petua yang sangat mudah tapi selalu di abaikan. Suhu badan yang tinggi akan menyebabkan badan kekurangan air. Jadi berikan mereka minum air dengan banyak.

Aku lebih suka beri minum air 100plus yang di campur dengan air masak. Alhamdulilah, setakat ini berkesan.

5.Sentiasa berada di sisi anak.

Bila mereka tidak sihat, mereka perlukan “lebih” tumpuan daripada kita, ibubapa. Jadi kita perlu sentiasa berada di sisi mereka. Cuba untuk penuhi setiap apa yang mereka inginkan *yang mampu untuk anda penuhi*. Sentiasa berikan kata-kata semangat kepada anak anda. Supaya mereka cepat sembuh.

Doa demam panas.


Kita orang islam, memang di galakkan berdoa dan memohon kepada Allah. Jangan ada yang tak tahu, ada doa khas untuk demam panas ni. Antara doa nya adalah, doa nabi ibrahim ketika berada di dalam api. Api yang panas bertukar menjadi sejuk. Semuanya juga atas izin Allah ya. Info ini aku dapat dari blog murabbiy. Aku kongsikan di sini. Semoga ianya memberi manfaat kepada semua.

Langkah #1: Sediakan bahan berikut:

1. Air mineral
2. Besen kecil
3. Tuala muka
4. Ais
5. Baldi kecil

Langkah #2: Bacakan rangkaian doa berikut

1. Al-Fatihah (1x)
2. Ayat Kursi (1x)
3. Selawat Syifa’ (1x)

Sambung dengan doa berikut;

Doa Nabi Ibrahim a.s (1x)


Maksudnya:
Wahai api, jadilah engkau sejuk kepada Ibrahim dan peliharalah kesejahteraannya! (Surah al-Anbiyaa’ : ayat 69)

atau;

Doa demam panas (1x)



Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung daripada kejahatan setiap urat yang menggelegak dan daripada kejahatan panas api neraka.

atau;

Doa penyejuk (1x)


Maksudnya:

Ya Allah! Kasihanilah kulitnya yang lembut, tulangnya yang halus dan uratnya yang sempit daripada terlalu panas. Wahai Ummi Mildam (nama asal sakit demam), jikalau engkau sesungguhnya beriman dengan Allah yang Maha Agung, maka janganlah kau sakit kepala, janganlah kau pahitkan mulut dan janganlah kau minum darah. Berpindahlah darinya kepada orang yang menyekutukan Allah dengan tuhan yang lain.

atau;

Kesemua 6 rangkaian doa tersebut.

Langkah #3: Proses rawatan

1. Setelah selesai membaca doa hembus pada air mineral sehingga habis nafas.

2. Masukkan air yang telah didoakan ke dalam besen kecil.

3. Rendam tuala ke dalam besen yang berisi air doa.

4. Tuamkan tuala tadi ke anggota badan pesakit bermula dengan celah jari kaki kemudian di belakang lutut, celah paha, celah ketiak, leher, tengkuk, kepala (gunakan kain yang lain).

Langkah #4: Usaha tambahan

1. Mandi seperti biasa mesti dilakukan (pagi & petang)

2. Jika panas berterusan;

a. masukkan air doa ke dalam baldi kecil (mesti didahulukan)
b. masukkan ais
c. Rendam kaki pesakit ke dalam air yang berisi ais
d. Pantau suhu badan pesakit

3. Dapatkan rawatan doktor

Nota editor:

1. Langkah tersebut dilakukan adalah sebagai ikhtiar awal sebelum pesakit mendapat rawatan daripada doktor

2. Sekiranya air doa sudah berkurangan, ia boleh ditambah dengan memasukkan air mineral (bukan air masak)

Hmm, nampaknya entry aku kali ini memang tak kena langsung dengan tajuk. Nak bercerita pasal mood blogging ke laut, tapi tershare pula pasal stroke haba, petua demam panas dengan doa demam panas. Hehehe. Takpelah, janji ada sedikit ilmu untuk dikongsikan bersama. Semoga ianya memberi manfaat. Ye idok? Hehehehe.

Monday, August 31, 2015

Bila kali terakhir anda menonton wayang?


Bila kali terakhir anda menonton wayang?. Kalau di tanya pada aku, mudah je aku jawab, sewaktu isteri aku mengandung 6 bulan anak pertama. Sekarang anak sulung aku nak masuk 3 tahun. Dan dah ada adik dah pun. Ini bermakna, dah hampir 3 tahun aku tak tengok wayang. Wahahahha.

Apa ya filem terbaru 2015? Teringin juga nak menonton wayang dengan wife. Sama macam waktu bercinta dulu. Feel tengok wayang ni tak sama dengan feel tengok tv dekat rumah *walaupun rumah aku pakai tv 84 inci* hahahahha. Nampak menipunya kan? Lagi pulak kalau nonton filem seram. Fuh. Berdentam-dentum dalam wayang. Itu belum kira suara extra penonton. Kadang tu jadi tak seram pulak.Yelah suara penonton yang melebih-lebih.



Aku kalau tengok wayang. Aku suka tengok filem melayu terbaru *ada yang lama ke? Hehehe*. Tapi maklumlah, filem melayu ni tak banyak yang menarik perhatian aku. Filem berbentuk aksi dan kereta sering mendapat tempat dalam jiwa aku. Wife aku cuma ikut je apa yang aku nak tengok. Sebabnya, dia tak kisah pun. Memang la tak kisah, Aku teringat waktu nonton filem apa tah. Dia boleh syok tidur kat sebelah. Erks. Boleh ek tidur dalam wayang. Selesa ke? Ish.

Ingat, nak ambil 1 hari untuk aku dengan wife la. Khas untuk kami berdua. Menonton wayang, minum, jalan-jalan. 1 hari cukuplah. Dapatlah kami rilekkan minda dan tubuh kami. Siapa cakap jaga anak tak penat? Penat ooo, tapi ini amanah. Kenalah jaga betul-betul kan? Bukan kami nak mengeluh tau. Tidak sama sekali. Cuma nak ambil sedikit masa sahaja. Terapi tubuh dan minda. Ye idok? Hehehe.

Sunday, August 30, 2015

Bantulah semampu ada.

Bantulah semampu ada. Dalam kesenangan kita sekarang, ada yang menanggung susah. Bukan di minta wang ringgit yang banyak, cukuplah sekadar apa yang ada. Jika semua memberi sedikit, pasti hasilnya sebesar gunung. Rezeki yang Allah beri, bukan untuk dinikmati sendirian, ianya perlu di kongsi. Tak banyak, sikit. Hari ini kita senang, orang susah. Esok lusa, nasib kita tak tahu lagi.

Terbaru, ada sebuah keluarga, yang kabarnya baru sahaja di arahkan keluar rumah. Mungkin kerana tidak mampu membayar sewa. Kini menumpang di stor buat sementara waktu. Anak-anak tiada baju,makanan dan kelengkapan. Kini berada di pangsapuri nuri, seksyen 4, bandar bukit mahkota. blok c dekat dengan taman. *alamat melalui perkongsian di bawah*.




Dapatlah kiranya kita berkongsi barang seringit dua *atau lebih*, lebih ramai, lebih banyak yang mampu kita kongsikan. Ataupun, bolehlah kiranya ceritakan perihal keluarga ini di blog anda. Kita bantu orang, Allah bantu kita. InsyaAllah.

Teknik hebat menarik perhatian audiens


Teknik hebat menarik perhatian audiens. Bercakap dan mendengar adalah 2 perkara yang berlaku pada sesuatu perbualan. Namun, di dalam sesuatu kes, adalah amat sukar untuk menarik perhatian orang ramai bagi mendengar apa yang ingin kita sampaikan. Ini sedikit sebanyak menimbulkan perasaan kecewa kepada kita jika perkara yang ingin kita sampaikan itu sangat penting dan berguna untuk dikongsikan. Kami di sini menyediakan beberapa peraturan mudah, bagaimana anda mampu menarik perhatian orang ramai supaya fokus kepada apa yang ingin anda sampaikan.


#1 Memahami Audience anda.

Sebelum anda menyampaikan mesej anda, kenali dahulu siapakah orang atau kumpulan sasaran anda. Dengan cara ini, adalah sangat mudah untuk anda menarik perhatian mereka bagi mendengar mesej anda.


#2 Perkataan yang jelas.

Beri perhatian kepada perkataan yang anda ingin gunakan. Perkataan super kamus *hanya orang bijak pandai sahaja yang faham* hanya memberi kepuasaan kepada kamu dan tidak kepada mereka yang mendengar.  Oleh yang demikian, baca semula #1 dan pilih perkataan yang betul sebelum memulakan bicara anda.


#3 Panjang mesej.

Perbualan yang panjang boleh menyebabkan penonton hilang fokus dan tidak berminat dengan anda. Jadi lebih kreatif di dalam membina ayat ringkas tetapi penuh dengan maklumat.

#4 Kelajuan suara.

Bercakap terlalu cepat dan terlalu perlahan juga mampu menghancurkan kosentrasi pendengar anda. Jadi sentiasa awasi pertuturan anda.

#5 Bahasa tubuh.

Ini adalah perkara yang paling penting. Orang lebih mudah memberi perhatian kepada anda jika anda bersemangat dan penuh komitmen. Jika anda hanya berdiri tegak, peratusan mereka yang memberi tumpuan kepada anda juga rendah. Hubungan mata juga memainkan peranan yang sangat penting di dalam Bahasa tubuh.

#6 Menjadi pendengar yang baik.

Jika anda ingin orang atau kumpulan anda memberi perhatian kepada apa yang anda ingin sampaikan, anda juga perlu membuat perkara yang sama. Sentiasa menunjukkan kesediaan anda untuk mendengar setiap daripada apa yang ingin disampaikan oleh penonton anda.



Selain daripada perkara yang disebutkan di atas, keyakinan dan penampilan juga memainkan peranan yang penting di dalam menarik perhatian audience anda. Sentiasa gunakan Bahasa yang tidak kuat dan juga tidak terlalu perlahan. Ulang semula pertuturan anda jika audience anda tidak jelas dengan apa yang anda ingin sampaikan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk membaca.

Saturday, August 29, 2015

Aku dah mula putus asa.


Google adsense malaysia. Setelah hampir 10 kali di tolak permohonan aku, aku sedikit hampir putus asa. Pelbagai tips dan tutorial apply google adsense aku dah ikut. Macam-macam benda aku dah tukar dan masukkan dalam blog ceritaejoy ni, namun hasilnya tetap juga di tolak. Apakah punca google adsense di tolak?

Tercari-cari juga apakah masalah sebenar. Cuba perbetulkan seperti apa yang diajar, tetapi masih menerima jawapan yang sama. Melalui perkongsian dalam group google adsense malaysia, mereka mencadangkan aku membeli akaun google adsense. Kerana kata mereka, inilah cara yang paling mudah.

Namun dalam banyak-banyak yang menyarankan aku untuk terus beli, ada seorang rakan yang memberi sokongan. Katanya, blog kita haruslah mempunyai konten yang cukup. Dalam erti kata lainnya. Penulisan yang panjang dan penuh isi. Selain daripada trafic yang tinggi kepada blog.

Ini ada logiknya pada fikiran aku. Kerana apa yang aku nampak, penulisan di dalam blog ceritaejoy ini masih belum cukup "patah perkataannya". Bukan tak mahu menulis panjang-panjang, tapi seperti yang aku ada kongsikan di SINI *baca no #4* aku risaukan tiada yang habis membacanya. Aku sendiri tidak mengemari penulisan yang panjang.

Hmm. Besar rasa kecewanya di dalam hati aku. Tetapi takkan aku nak menyerah kalah semacam itu sahaja kan? Kalau melihat kepada kejayaan top blogger malaysia, bukan mudah untuk mereka berada di dalam kejayaan mereka sekarang. Terlalu banyak halangan yang perlu mereka tempuh. Sama besar rumitnya menyelesaikan cerita MH370 *uish, jauh sangat aku tersasar ni* hehehe.

Chaiyok! Chaiyok! Orang cakap, usaha jangan sekali, teruskan dan teruskan. Dan bila kejayaan itu menjelma, pasti kepuasan dan kesyukuran yang tidak terhingga. Ya! Teruskan berusaha walaupun di reject puluhan, ratusan dan ribuan. Wahahaha. Tapi kenalah belajar jugak kan? Kalau kena reject atas alasan yang sama je, tiada maknanya jugak. Yer idok? Baiklah, teruskan mencari kesalahan dan betulkan. Semoga akhirnya membuahkan keberhasilan. InsyaAllah. Terima kasih sudi baca ya!

Friday, August 28, 2015

5 Tips Hebat Berurusan Dengan Pelanggan Sukar.


5 Tips Hebat Berurusan Dengan Pelanggan Sukar. Pernah berhadapan dengan pelanggan cerewet? Ianya sudah pasti bukanlah pengalaman yang mengembirakan untuk anda. Pernahkah anda dengar tentang istilah ini: Pelanggan adalah raja? Yang membawa maksud, pelanggan sentiasa berada di pihak yang benar. Salah satu cara meningkatkan penjualan produk adalah mencari pelanggan baru. Tetapi bagaimana jika anda berhadapan dengan pelanggan yang cerewet ini? Dalam siri motivasi di blog ceritaejoy, kami berkongsikan cara hebat berurusan dengan pelanggan ini. Ayuh teruskan bacaan anda!


Tips Hebat Berurusan Dengan Pelanggan Sukar.


#1 Kesabaran.

Jangan sesekali biarkan kesabaran anda hilang. Bertenang dan beri tindak balas dengan cara terbaik kepada pelanggan anda. Ini akan menjadikan pelanggan anda lebih tenang. Berikan masa untuk mereka meluahkan perasaan mereka.

#2 Mendengar.

Sentiasa dengar apa yang pelanggan anda luahkan. Ini adalah 1 rahsia di dalam membantu anda berurusan dengan pelanggan yang sukar. Masalah atau soalan pelanggan adalah penting kepada mereka. Beri respon kepada mereka dan berusaha menyelesaikan masalah mereka.

#3 Merasai.

Letakkan diri anda di dalam diri pelanggan. Cuba fahami masalah mereka. Sentiasa beri respon, “saya faham masalah ini” atau “saya tahu apa yang kamu rasa”.

#4 Jangan ambil hati.

Di dalam keadaan marah, pelanggan lebih cenderung mengeluarkan kata-kata kesat atau emosi.  Jangan sesekali ambil hati. Ini adalah kerana, kita juga akan melakukan perkara yang sama jika berhadapan dengan perkara seperti ini. Cuba untuk bertenang dan bawa emosi pelanggan anda kepada keadaan yang lebih tenang.

#5 Cari penyelesaian.

Jangan hanya mendengar luahan pelanggan, sebaliknya cuba mencari apakah jalan terbaik di dalam menyelesaikan masalah pelanggan anda. Berikan jalan alternative atau maklumat berkaitan kepada pelanggan anda, bagaimana masalah mereka ini boleh diselesaikan.

Jadi inilah 5 Tips Hebat Berurusan Dengan Pelanggan Sukar yang boleh anda praktikkan. Sentiasa ingat, pelanggan adalah penentu kepada masa depan perniagaan anda. Emosi mereka hanyalah bersifat sementara. Sebagai seorang yang professional, anda sudah pasti mampu menghadapi masalah ini dengan tenang. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.

Thursday, August 27, 2015

Berita penculikan di melaka palsu?

kes culik di melaka


Kes penculikan kanak-kanak. Viral baru-baru ini, tentang kes penculikan di pengkalan, alor gajah melaka. Penuh rakaman suara dalam group whatapps. Mengenai sebuah kereta iswara, yang melarikan seorang kanak-kanak. Fuh, pengkalan dengan rumah aku tak jauh mana pun. Sekankang kera je jaraknya. Bila aku dengarkan rakaman suara tu pada wife aku, terus dia peluk anak-anak.

Yelah, misteri van putih yang menculik pun tak habis lagi. Ni ada lagi kes penculikan. Kalau sebelum ini, kes ini banyak terjadi di kawasan berdekatan negara jiran kita, tetapi sekarang, macam kerap dengar berlaku di melaka. Oh my! Dekat pula dengan kawasan rumah aku. Hish!

Sekarang ni, wife dah takut-takut nak bawa anak keluar. Kalau aku takda kat rumah, memang confirmlah dia tak keluar. Dengan semua tingkap tertutup! Fuh. 1 Situasi yang pastinya membuatkan anak-anak aku memberontak. Yelah, gelap je rumah. Angin pun tak masuk. Orang tua pun bosan, inikan budak-budak kecik, kan?

Semalam, dalam surat kabar, polis melaka mengesahkan kes penculikan di melaka ini adalah palsu. Baca petikan di bawah:

Melaka: Polis Melaka sedang melakukan siasatan bagi mengesan individu yang menyebarkan maklumat palsu dikaitkan dengan penculikan murid sekolah di Pengkalan Alor Gajah dan Melaka Tengah yang viral di laman sosial sejak semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi mengesan penyebar maklumat palsu itu.

"Gambar individu yang viral dan dikaitan dengan kes culik itu sebenarnya gambar lama membabitkan suspek jenayah pecah rumah tahun lalu.


"Ada antara suspek berkenaan sudah dikenakan tindakan di mahkamah dan bukan suspek melakukan penculikan didakwa berlaku," katanya.

Beliau meminta orang ramai menghentikan penyebaran maklumat itu kerana ia hanya menimbulkan susana cemas dalam kalangan masyarakat di negeri ini.

"Kami menafikan kes culik dimaksudkan tetapi jika ia benar-benar berlaku laporkan pada polis untuk siasatan.

"Berdasarkan maklumat awal diterima kami susah menjalankan siasatan untuk mengesan individu yang menyebar maklumat itu," katanya.


Kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 233 (1) (a) Akta Suruhanjaya Komumikasi dan Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.


Sumber: Harian metro.

Yang menjadi kebingungan dan kebimbangan dan ker,ker lagi. Kenapa kawan-kawan aku cakap benda ini betul. Pelik jugak. Kata mereka benda ni memang berlaku. Tetapi kalau polis melaka dah cakap palsu, macamana pulak kan? Mana satu yang nak percaya ni? Polis atau orang awam?

Aku sebenarnya tak kisah yang mana satu betul. Yang aku kisahkan dan pentingkan adalah anak-anak aku. Aku dan wife perlu lebih menjaga keselamatan anak kami. Tak kisah la apa pun. Anak-anak bukan boleh di beli pakai duit. Ini anugerah. Manusia yang menculik dan menjual kanak-kanak ini dah pasti takda anak. Sebab tu mereka tiada perasaan. Tapi, Allah maha besar, pasti ada balasan yang lebih teruk pada mereka ini. 

5 Tips Tingkatkan Tahap Keyakinan di Tempat Kerja


5 Tips Tingkatkan Tahap Keyakinan di Tempat Kerja. Jika di tanya, dimanakah ruang atau tempat, dimana kebanyakkan tahap keyakinan yang rendah, sudah pasti, kebanyakan jawapan adalah tempat kerja. Tetapi anda sangat bertuah, kerana di blog ceritaejoy hari ini, dalam siri motivasi, kami ingin kongsikan cara tingkatkan keyakinan diri di tempat kerja anda.


Tips Jadi hebat di dalam kerjaya.



#1 Etika kerja yang kuat.

Tingkatkan tahap keyakinan di tempat kerja dengan melakukan kerja dengan baik, mengikut masa rehat yang telah ditetapkan, menyiapkan kerja mengikut masa dan masuk/pulang kerja mengikut masa.

#2 Pakaian.

Pakaian yang baik akan memberi impak yang besar kepada keyakinan diri dan keseluruhan kerja anda. Jadi, sentiasalah berpakaian kemas ke tempat kerja.

#3 Pengetahuan yang luas di dalam bidang kerjaya anda.

Cara yang paling berkesan dalam meningkatkan tahap keyakinan anda di tempat kerja adalah mengetahui dengan semua yang berkaitan dengan profil kerja anda. 

#4 Suarakan pendapat anda.

Jika anda merasakan majikan anda membuat keputusan yang salah, suarakan! Dengan cara yang betul. Syarikat pasti menghargai anda di dalam menghasilkan keputusan yang baik dalam memberi keuntungan kepada syarikat.

#5 Sentiasa “update” diri.

Sentiasa tambah pengetahuan baru di dalam diri anda. Pengalaman dan pengetahuan adalah segala-galanya. Dengan cara itu, tahap keyakinan anda akan berada di tahap yang tertinggi.

Inilah 5 tips bagaimana anda mampu untuk tingkatkan keyakinan di tempat kerja. Dengan keyakinan yang tinggi, kerjaya anda juga akan lebih bersinar dan bermakna. Tips yang diberikan sebenarnya tersangatlah mudah tetapi kita sering terlepas pandang. Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Terima kasih sudi membaca dan singgah ke blog ceritaejoy.

Penat menulis!



Menulis di blog. Dulu selalu baca penulisan orang. Sampailah terasa nak ada blog sendiri. Bila dah ada blog, kenalah belajar menulis. Bila dah menulis, barulah tahu macamana penatnya menulis *walaupun tak guna pen pun*. Huhuhu. Penatnya menulis! Walaupun tak guna pen, menaip je. Tapi still rasa penat. Kenapa? Mungkin sebab nak cari idea nak menulis *walaupun penulisan tak berkualiti* macam top blogger malaysia. Hmm. Kita jenis susah bercerita, jadinya, bila nak bercerita, ada sikit susah la. Bukan senang rupanya menulis ni.

Dulu, dulu la. Selalu fikir, ala, orang menulis. Cerita jelah apa yang nak di cerita. Anggap macam berbual dengan kawan-kawan waktu rehat makan tengahari. Ha. Kan banyak benda yang nak di bualkan? Tapi hambik ko. Bila di suruh menulis, takda idea. Terpaksa cari dari sumber-sumber terdekat. Kalau dapat alhamdulilah, kalau takda? Alamatnya tak berupdatelah blog. Sunyi sepi tiada penghuni. Kalaulah blog ni ada bunyi angin *menandakan blog tak update* mesti ramai yang berusaha update blog. *hmm, bunyi angin? Macam bagus kan? hehehe*.

Industri blog *industri?* menunjukkan perkembangan yang sangat bagus lewat kini *ada macam ayat berita tak?*. Sebabnya cara membuat blog sama mudahnya dengan cara membuat cucur nak makan waktu petang. Letak tepung dalam bekas, letak air, gaulkan, panaskan minyak, goreng, makan. Ha, senang tak? Tapi kalau top blogger malaysia, lain pulak. Dia letak cheese. Jadi cucur tu jadi lebih sedap. Itu yang ramai orang singgah kat blog diarang tu. Ha, faham tak apa yang aku nak sampaikan ni?

Ok. Tadi cakap penat menulis, tapi macam panjang pula aku bercerita ni. Sebenarnya tengah dok cari idea nak menulis jugak ni. Idea tu ada je, masih segar di dalam minda aku ni.Tapi disebabkan blog ceritaejoy ni, kena reject lagi dengan google adsense buat kali ke 10, terus terbantut idea nak menulis. Hoi, nape tak lulus lagi ni? Payah nau! Hahahaha.

Ok, aku dah mula bercerita dalam bahasa pasar. Atau bahasa bualan. Sebabnya, rasa aku, bahasa macamni mudah untuk aku bercerita dan insyaAllah mudah untuk rakan blogger faham. Yer ke idok? Hahahaha. harapnya begitulah ye. Penat menulis bahasa kamus sebenarnya. Tapi ada juga entry yang perlu menggunakan bahasa kamus. Boleh je kalau nak tulis guna bahasa pasar, tapi nanti kang, macam tak serius pula nak menyampaikan. Oraite! Cukup cukup sudah Idea nak menulis dah sampai. Kita ngeteh dulu, baru sambung menulis. Terima kasih sebab sudi baca bebelan aku ni. Hehehehe.

Nilai ringgit malaysia terkini.


Nilai ringgit malaysia terkini. Alhamdulilah, walaupun tidak menunjukkan penurunan mendadak, tetapi ada juga penurunan daripada terus meningkat. Nilai tukaran ringgit hari ini, 28 ogos 2015 bersamaan dengan USD 1=RM4.19 berbanding 3 hari lepas. Boleh baca di SINI.

Ini sedikit sebanyak menunjukkan perubahan positif yang mana, ekonomi malaysia, khususnya ekonomi rakyat tidak di himpit ke arah yang lebih teruk. Khabarnya juga, pelajar malaysia yang berada di luar negara mengalami kesan yang besar di atas kejatuhan nilai ringgit ini. Yelah, belanja di luar bukanlah murah seperti belanja di negara kita *jangan ada yang kata, suruh belajar di malaysia sahaja sudahlah*.

Malaysia bukan milik individu. Bukan juga milik sesetengah orang. Malaysia milik rakyat. Rakyat yang membangunkan negara tercinta ini. Bertahun lamanya kita menjaga keamanan di negara malaysia ini. Namun ada sesetengah kalangan yang merasakan negara ini milik mereka. Sedih juga rasa diri ini.

Apa yang kami rakyat malaysia harapkan, biarlah penurunan ringgit malaysia ini berterusan. Selain daripada menaik taraf ekonomi rakyat. Negara bertambah maju, ekonomi rakyat masih di tahap yang sama juga tidak bagus. Biarlah ia seiringan. Barulah ada kesinambungan di situ. Owh. sebelum terlupa, negara kita bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 58 pada tahun 2015 ini. Tema hari kemerdekaan tahun ini adalah #sehatisejiwa. Oleh yang demikian, barulah kita bersatu hati menjaga keamanan negara dan membetulkan apa yang perlu dibetulkan dalam memastikan negara malaysia terus maju dan maju. InsyaAllah.

Cara menghilangkan rasa takut bercakap.


Cara menghilangkan rasa takut bercakap. Perasaan takut dan gementar sebelum bercakap di khayalak ramai merupakan perkara biasa hampir kepada semua orang. Jika perasaan gementar itu sedikit, itu normal, tetapi jika ianya berlebihan, ia perlu di kawal dengan segera. Perasaan cemas ini perlu diberi perhatian. “Public speaking” adalah 1 kemahiran dan ianya boleh di pelajari. Ya! Disini! Di blog ceritaejoy ini, dalam siri motivasi, anda boleh mempelajari 8 cara yang boleh membantu anda menghilangkan rasa takut untuk bercakap di khalayak ramai.


Tips hilangkan rasa takut bercakap di khalayak ramai.


#1 Belajar dari mentor.

Salah satu cara untuk anda belajar adalah dengan menonton video mereka yang pakar di dalam bidang pengucapan umum (Public speaking).  Kerap menonton video mereka dan cuba ambil beberapa tips penting.

#2 Buat kajian mengenai topik anda.

Anda perlu menjadi teliti dan melakukan penyelidikan dengan topik yang ingin anda sampaikan. Apabila semua perkara di dalam gengaman anda, secara automatiknya, tahap keyakinan anda akan meningkat.

#3 Keyword utama topik.

Sediakan nota kecil dan tulis keyword utama topik anda. Ini sangat membantu anda di dalam memberi tumpuan kepada apa yang ingin anda sampaikan.

#4 Latihan yang berterusan

Latihan yang berterusan mampu memberi anda keyakinan yang tinggi di dalam menjadi penyampai/penceramah yang hebat.

#5 Bertenang dan sentiasa tersenyum.

Jangan biarkan ketakutan mengambil alih tubuh anda. Sentiasa mengukir senyuman. Jika anda sentiasa tersenyum, penonton juga akan melakukan perkara yang sama kepada anda.

#6 Hubungan mata.

Hubungan mata secara langsung dengan penonton adalah sangat penting. Jangan sesekali memandang ke bawah semasa bercakap dengan penonton kerana ini akan mengambarkan tahap keyakinan anda yang lemah.

#7 Tone suara yang kuat dan keyakinan.

Tone suara yang bertenaga juga mampu meningkatkan tahap keyakinan anda. Jadi pelajari teknik suara yang sesuai ketika berhubungan dengan orang ramai.

#8 Klimaks yang berkesan.

Pengakhiran pengucapan adalah sangat penting. Oleh itu, berikan klimaks yang besar dan berkuasa di akhir pengucapan anda!

Jadi inilah Cara menghilangkan rasa takut bercakap di khalayak ramai. Dengan mempraktikan 8 cara di atas, anda mampu menghilangkan rasa takut sekaligus boleh menjadikan anda antara yang terbaik daripada yang terbaik. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Selamat mencuba dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa singgah ke blog ceritaejoy.

Tercari-cari telekung selesa, mudah di pakai dan moden? Boleh cari di sini: Telekung reehans pilihan muslimah.

Monday, August 24, 2015

Teknik promosikan diri melalui blogging.


Teknik promosikan diri melalui blogging. Blogging adalah mengenai penulisan di blog oleh seseorang atau secara berkumpulan. Penulisan blog umumnya mengenai perihal diri, kesihatan, minat dan sebagainya. Banyak kelebihan memiliki blog dan salah satunya adalah popularati. Jika anda mahu pembaca kerap datang ke blog anda dan mengetahui lebih lanjut mengenai diri anda, maka tips berikut pasti akan membantu anda.

Teknik promosikan diri melalui blogging.

#1 Kandungan yang baik.

Kandungan yang baik di dalam penulisan blog anda adalah ciri yang paling penting di dalam menentukan popularati anda. Kata-kata yang digunakan hendaklah dipilih dengan teliti dan tepat.

#2 Jadikan ianya seperti perbualan.

Penulisan berbentuk syarahan adalah sedikit membosankan. Oleh yang demikian, jadi kreatif di dalam penulisan anda. Jadikan pembaca seperti sedang berbual dengan anda.

#3 Kekerapan penulisan.

Lebih banyak post anda, lebih banyak orang yang ingin mengenali anda. Kekurangan cerita akan menyebabkan pembaca menganggap anda kurang aktif.

#4 Jadikan ia menarik.

Jangan hanya menulis di blog. Tetapi cuba wujudkan contest, segmen ataupun pemberian hadiah kepada pembaca bertuah. Ini pastinya akan menarik lebih ramai pembaca ke blog anda. Post berkaitan gambar dan juga video juga boleh menarik ramai pembaca ke blog anda.

#5 Bantu pengunjung anda.

Adalah sangat baik jika blog anda mampu menyelesaikan masalah pembaca anda.  Jika pembaca berjaya mencari apa yang mereka inginkan dari blog anda, popularati anda akan meningkat. Dengan cara perkongsian blog anda kepada orang lain.

Akhir kata, penulisan blog bukan sahaja mengenai penulisan yang bagus tetapi adalah baik jika penulisan anda mampu menyelesaikan masalah orang lain. Tetapi pada masa yang sama, mengekalkan keaslian penulisan itu. Jangan hanya tahu copy paste sahaja.

Kesan kejatuhan ringgit malaysia 2015.

Kesan kejatuhan ringgit malaysia 2015. Ahh! Apa sudah jadi? Nilai ringgit malaysia menunjukkan kejatuhan hampir setiap hari! Apakah tiada usaha untuk menghalang ianya daripada berterusan. Apakah yang sedang berlaku sebenarnya? Apakah kesan yang bakal di hadapi jika ianya tidak di kawal?

Kos sara hidup meningkat. Ya. Kejatuhan nilai ringgit akan menyebabkan harga barangan meningkat. Ini akan memberi kesan yang teruk kepada isirumah berpendapatan rendah! Kehidupan rakyat akan menjadi lebih sukar. Yang sudah sedia ada sukar, menjadi lebih sukar. Tidakkah ianya adalah suatu kesan yang sangat buruk?

Kejatuhan ringgit malaysia memberi kelebihan kepada orang asing untuk menambah aset sedia ada di dalam negara kita. Mereka juga mempunyai kelebihan membeli belah dengan tukaran matawang mereka yang tinggi. Sebaliknya berlaku kepada rakyat malaysia yang di paksa untuk berjimat cermat. Tidakkah ianya kelihatan sangat teruk?

Kadar tukaran ringgit hari ini adalah USD1=RM4.23. Ini tidak memberi kesan kepada rakyat malaysia *sumber di SINI* tetapi bagaimana pula dengan pelajar di luar negara? Tidakkah ianya memberi kesan yang sanga besar kepada keseluruhan kehidupan mereka? Ibubapa yang memberikan wang kepada anak mereka,"dipaksa" untuk mengandakan wang pemberian itu. Dalam erti kata lainnya, rakyat malaysia juga terkesan dengan kejatuhan nilai ringgit ini.

Kami sebagai rakyat, mahukan 1 usaha untuk menaikkan kembali matawang ringgit. Kehidupan kami tidaklah semewah seperti yang di jangka. Malaysia sebuah negara yang maju,aman dan damai. Kami bangga menjadi rakyat malaysia. Hebatnya negara ini atas rakyatnya yang berbilang kaum. Kami juga sebahagian daripada negara malaysia.

8 Teknik Tingkatkan Kemahiran Perbualan Anda.


8 Teknik Tingkatkan Kemahiran Perbualan Anda. Untuk menjadi cemerlang di dalam kehidupan, kita perlulah mempunyai kemahiran perbualan yang kuat. Kata-kata yang keluar dari mulut kita, mencerminkan keperibadian kita. Seringkali kita lihat, mereka yang berjaya di dalam bidang jualan, mempunyai kemahiran perbualan yang tinggi. Malah, untuk menjadi seorang motivator yang hebat, juga memerlukan kemahiran ini. Ada banyak cara untuk meningkatkan kemahiran berbicara anda, diantaranya ialah:

#1 pengetahuan mengenai sesuatu perkara/topic.

Ini adalah perkara yang paling utama. Dengan meningkatkan IQ kita melalui pembacaan, kita akan lebih yakin di dalam perbualan kita. Sentiasa ambil tahu isu semasa. Ini untuk mengelakkan diri kita tersisih jika topic perbualan utama adalah berkaitan dengannya.

#2 Jadi pendengar yang baik.

Dengar dan kemudiannya bercakap. Sebelum membangunkan kemahiran berbicara yang baik, anda perlulah menjadi pendengar yang baik. 

#3 Tunjukkan minat.

Tunjukkan minat apabila seseorang sedang bercakap dengan anda. Jangan sesekali melihat ke arah lain kerana ianya bertentangan dengan etika komunikasi. Tunjukkan minat anda di dalam topic perbualan akan membantu anda meningkatkan kemahiran mendengar anda.

#4 Adakan hubungan mata.

Apabila anda berbual, pastikan mata anda melihat mata atau wajah rakan anda. Ini membantu meningkatkan tahap keyakinan anda ketika bercakap. Senyum ketika bercakap. Ini akan membantu menjadikan perbualan anda menjadi lebih selesa. Apabila anda selesa, perbualan akan menjadi lebih mudah.

#5 Tanyakan soalan.

Perbualan yang baik tidak bergantung kepada seorang individu sahaja. Adalah penting untuk kerap bertanyakan soalan selepas setiap topic yang dituturkan. Ini juga membantu untuk menunjukkan minat di dalam perbualan anda.

#6 Bersikap positif.

Sentiasa bersikap positif ketika bercakap dengan seseorang. Jangan sesekali bersikap sombong. Jika anda optimis di dalam perbualan, ianya akan menjadi lebih menarik.

#7 Berikan pujian.

Beri pujian ketika bercakap. Ianya mungkin pujian pada gaya rambut, pakaian ataupun aksesori yang ada. Ini juga mampu mewujudkan suasana yang menarik di dalam perbualan anda.

#8 Sertai “public speaking”

Jika anda merasakan kemahiran berbual anda pada tahap yang rendah, cuba sertai kumpulan “public speaking”. Dalam masa yang singkat, anda akan mempelajari seni komunikasi. Ia juga akan meningkatkan keyakinan anda kepada tahap yang lebih tinggi.

Gambar Belangkas